Aku sebenarnya terpanggil untuk menulis isu yang biasa dipersoalkan oleh mana-mana non muslim  tentang pemakaian yang menutup aurat bagi muslimat setelah membaca entry Saudara Khairul H yang memperkatakan ulasan buku dari Ang Wang Seng di sini. Ianya timbul dari seorang rakan blogger yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang mengapa perlunya muslimat bertudung walaupun keadaan menutup aurat itu merimaskan dan ‘ketidaksuaiannya’ dengan iklim tropika di Malaysia yang sentiasa panas dan kelembapan yang tinggi.

Topik yang menarik dan memerlukan sesuatu yang halus dan nyata bagi mengelakkan mana-mana pihak menjadi tersinggung dengan penjelasan yang akan diberikan. Oleh kerana aku bukanlah seorang yang tinggi ilmu agamanya, maka perjelasan berikut adalah sekadar yang termampu dan hanya meliputi batas pengetahuan aku sebagai manusia yang terhad berbanding Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Sayugia ingin aku maklumkan yang permakaian tudung dan menutup aurat adalah dua benda yang sangat berbeza. Dengan memakai tudung, perempuan itu tidak semestinya menutup aurat dan sekiranya pemakaian yang menutup seluruh badan pun tidak semestinya ia melambangkan aurat perempuan tersebut telah ditutup sepenuhnya. Penjelasan yang panjang sebenarnya diperlukan untuk menerang semua ini, namun secara ‘bottom-line’ nya Islam melarang perempuan muslim mendedahkan badannya (kecuali muka dan pergelangan tangan & tangan), bentuk badannya dan apa-apa yang boleh menarik perhatian spesis yang berlawanan jantina. Contohnya ialah memakai tudung tapi rambut tersembul keluar atau menutup lengkap bahagian atas tapi memakai legging dibahagian bawah. Itu sebahagian daripada contoh dan banyak lagi ‘kesalahan-kesalahan’ yang mudah yang banyak dilakukan oleh para muslimin dalam praktikalnya untuk menutup aurat yang boleh diberikan pengertian yang serupa.

OK … jadi apakah yang menyebabkan aurat wanita perlu dipelihara.

Aku pernah mendengar ceramah dari Lim Jui Sooi dan Ang Wang Seng  ( termasuk ustaz-ustaz yang lain ) dan jawapan yang mereka berikan ialah hampir serupa iaitu:-

BAGI MEMELIHARA KEHORMATAN WANITA ITU DAN BAGI MENGELAKKAN BAHAYA FITNAH

Sungguh jelas dan tingginya martabat wanita muslim dalam Islam. Selaras dengan jawapan di atas, berikut adalah dalil yang memperelokkan hujah tersebut

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita). Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.

Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah). “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.

Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam). “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya). Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.

Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jadi, sebenarnya penolakkan untuk menutup aurat ialah satu kepalsuan yang nyata. Kepada yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna, satu saja soalan yang paling boleh dilontarkan kepada mereka. Cuba buktikan Adakah pemakaian yang menutup aurat itu boleh membahayakan kesihatan empunya diri ?, atau adakah dengan menutup aurat itu boleh mengugatkan keharmonian negara ? atau Adakah dengan menutup aurat tersebut menyebabkan ekonomi negara menjadi mundur?.

Tentu jawapannya tiada  isu untuk itu kan (menutup aurat)…

Jadi tepuk dada tanya Iman.. dan insyaAllah ini juga suatu peringatan buat si Renjuna yang juga mempunyai isteri dan anak perempuan yang perlu dididik mematuhi prinsip Islam.

WallahuAllam

 

 

Tatkala semua telah siap untuk melakukan satu pelayaran yang panjang bagi musim ini, ada tangan-tangan yang di atas menekan supaya perjalan tersebut menjadi statik. Tika juragan sudah melaungkan kepergiannya bersama-sama awak-awak kapal membawa harapan setinggi gunung, tika itulah ada tangan-tangan yang rakus menariknya kembali dari lautan kepada daratan.

Ketika semua bekal telah dibawa, buritan sudah dipenuhkan dengan segala macam persiapan, ketika itulah juga tangan-tangan angkuh itu mengautnya kembali sambil memeluk tanpa alasan. Inilah yang dikatakan birokrasi terancang. Inilah yang selarkan pejuang kebebasan.

Namun apakan daya, aku hanya seekor semut kecil diladang orang.

 

Hari minggu yang lepas semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai makan malam, terjadi lah dialog dibawah yang pada masa itu aku kebetulan menghampiri traffic light yang baru saja bertukar kuning.

” Baba, warna kuning tu maksudnya apa ? ” tanya Irdina yang ketika itu duduk disebelah tempat duduk pemandu.

“Kuning tu maksudnya bersedia untuk berhenti”

“Merah pulak maksudnya apa?” tanya Irdina lagi sambil adiknya yang tadi senyap berpaling untuk mendengar perbualan kami.

” Apabila lampu bertukar merah, maka kereta hendaklah berhenti”. balas aku.

” Hijau pula untuk apa”. Tanya Irdina lagi yang cuba ‘thinking outside the box’ walaupun masa itu lampu isyarat masih lagi merah.

” Hijau itu, kita jalan ler” . Jawab aku sambil sedikit mendengus.

Tiba-tiba Ikhwan yang tadi curi-curi mendengar perbualan kami pun menjampuk.

” Jalan ?…… jalan kaki ke Baba. Salah tu… jalan kereta lah”

….  aku tersenyum sendirian mendengar hujah Ikhwan ..

 

 

Something about him drives me crazy.
Wanting more of him.
His hugs. His touch. His hold
I want him to be all mine. From head to toe.
I need him to hold me tight though the night.
Ready to catch me when I fall.
Something about him makes me smile.
He’s beautiful and adorable in so many ways.
I don’t know where to start from.
I love the way his eyes shine.
I hear his voice going though my mind every time.
Love the way he makes me laugh.
Something about this boy. Makes me insane.
His hugs are special every time.
His smiles are always breathtaking.
He’s perfect in everyway though these eyes.
Something about this boy made me fall for.
And I keep falling even more everyday.
He just doesn’t know how I truly feel about him.
He’s the one that gives me those wild butterflies every time.
He’s the one I think about though the day making me smile.
Even being far from him, I can still feel his hold on me.
He’s just a friend. I keep telling myself that.
But why do I feel this when I’m around him.
This feeling that drives a girl insane.
All I want is to be hold by him day and night.

 

Aku pun mengalami perkara yang serupa, mengajar anak untuk sembahyang lima waktu. Dugaannya sangat berat, menuntut kita yang juga malas perlu bertindak jua. Aku ibaratkan mengajar anak sembahyang seperti membentuk diri sendiri untuk mempercepatkan kita untuk sembahyang. Atau dengan kata lain jangan melengahkan masa untuk kita sembahyang.

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…

+++++++++++++++++++++++++++++

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha