Update :

OK …. Peraduan itu aje dah ada pemenangnya pagi ini iaitu Sdri Nurafizah daripada Shah Alam dengan membawa pulang wang tunai RM35,700 … Jawapan yang betul ialah: Azmeer  dan lagunya ialah Zuriat Cinta

————————————

Aku rasa di saat entry ni mula tersebar, sudah ada pemenang bertuah untuk hadiah wang tunai yang terkumpul sebanyak lebih dari RM 35,600.00 … Yaaaaa… lebih TIGA PULUH LIMA RIBU RINGGIT…. jangan tak percaya yer… banyak giler tuh.

Ok…. bagi yang masih blur-blur, ini (perkara yang dibincangkan) adalah minggu yang dasyat untuk Suria FM kerana telah berkeputusan untuk cuba memberikan hadiah kepada pendengar yang bertuah yang dapat meneka dengan tepat lagu dan penyanyinya hasil daripada klue petikan ringkas (less than a second) di hujung sebuah lagu..

Teka teki ini (peraduan pun boleh jugak), bermula bertahun-tahun lepas dan seminggu dua ni barulah ianya begitu serius dengan pihak Suria FM memberikan klue-klue yang dapat membantu membuat penekaan.

Aku sebenarnya agak terkebelakang kerana tiada akses untuk mendengar radio … lagi-lagi Suria FM kerana frekuensi yang tak jelas dikawasan aku ini. Namun begitu atas desakan partner tersayang, terpaksalah aku menolong mencari klue-klue yang boleh membantu.

Antara klue-kluenya ialah :-  bla .. blaa .. blaa.. (malas la pulak nak tulis, hang pi carik sendiri lah)

Namun begitu setelah membuka ilmu firasat yang sudah lama aku tak guna nih, maka inilah jawapan yang sepatutnya:

a) Azmeer – Terhalang …………. atau

b) Azmeer – Kota harapan …….atau

c) Azmeer – Pertanyaan ……. atau

d) Azmeer – Zuriat Cinta ……… atau

e) Azmeer – Indah Rupa Bukan Syurga ………….. atau

f) Azmeer – Umpama satu tubuh

===> Ok semua pilihan dah diberi … kalau yang menang tu, kasi sedekah lah sikit kat aku ni yer…

 



 

Hebatnya Al Fateh menggoncang Constantinople

Hebatnya Al Fateh dengan Royal Cannon nya

Hebatnya Al Fateh menawan Haqya Sophia

Hebatnya Al Fateh tak lupa Tahjud dan Rawattibnya

Hebatnya Al Fateh mengianya Sabda kekasihNya.

( Semoga Roh Abu Ayub Al Ansari bersemadi tenang semasa mendengar derapan kaki-kaki kuda tentera Al Fateh)

 

 

 

Seperti Artikel 5 Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk kisah Rasulullah dengan wang 8 dirhamnya, aku dapat rasakan yang 7 artikel extra yang dipaparkan dalam 3-4 hari nih sangat berkat. Dalam artikel tersebut, ia menceritakan bagaimana Rasulullah menggunakan wang 8 dirham yang ada padanya untuk membuat pelbagai faedah kepada masyarakat walaupun pada awalnya ianya untuk kegunaan keluarganya.

Sehubungan dengan artikel yang diterbitkan sempena Maulidur Rasul ini, pelbagai benda yang baik berlaku dan juga beberapa masalah yang telah lama kusut dapat diselesaikan. Begitu juga dengan traffic ke blog ini, sungguh memberangsangkan. Aku juga tak nafikan  yang beberapa isu dapat dipermudahkan dan kerja kat pejabat amat senang untuk diselesaikan. Petanda yang baik untuk usaha aku yang sangat sedikit.

Mungkin aku harus istiqamah dalam menulis artikel berbentuk ilmiah; ya lah mungkin sekali dalam masa seminggu sesuai untuk aku yang jahil ini

 

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu’adz bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih tidur juga wahai Mu’adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’adz berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’adz berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)

Maka Mu’adz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.

Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’adz bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu’adz: Wahai Mu’adz sadarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-Siddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu’adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’adz menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’adz, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’adz.” Maka Mu’adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’adz mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,

“Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’adz?” Fatimah rha lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah salam saya kepada Mu’adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Mu’adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

 

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha