
Mood untuk menulis entry ini sebenarnya kelam dek kerana memikirkan bagaimana Indonesia memperkotakkan Lagu Negaraku di Gelora Bung Karno. Perasan itu datang membuak lagi setelah melihat dan membaca komen-komen yang pelbagai dari semua pihak di Rantau ASEAN ini serta aksi-aksi video-video di Youtube yang menunjukkan betapa ‘ceteknya’ pemikiran Rakyat Indonesia ( sebilangan dari mereka ) dengan aksi-aksi mereka yang TIDAK DAPAT MENUNJUKKAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI’ terhadap rakan-rakan ASEAN mereka yang lain. ( baca kisah Indo vs Thailand dalam sukan silat) dan (kisah Penonton masuk ‘membaham’ orang di gelanggang Silat.)
Jadi malam ini menemukan Indonesia vs Malaysia untuk merebut IBU segala pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA 2011. Pertemuan ini yang boleh dianggap amat biasa dengan aksi-aksi panas… dan sudah tegar dengan aksi-aksi yang dramatik sering menjanjikan pertembugan epik seperti kisah Hang Tuah melawan Panglima Taming Sari. Walaupun pada perkiraan awal, sepatutnya pemain yang akan menjadi watak utama, ia tidak akan berlaku kerana seperti yang kita ketahui penyokong tuan rumah ( Indonesia ) akan mencelah untuk merebut keglamouran yang menimbul.
Ong Kim Swee sudah pasti akan pening dengan barisan yang sedikit tempang akibat penggantungan dan kecederaan pemain. Sudahlah kita kehilangan Wan Zack Haikal dan K Rueben sebelum temasya berlangsung, dan Harimau Malaya lepas peringkat separuh akhir pula dengan barisan yang semakin menipis dalam kelompok pemain yang mahu dipilih sebagai kesebelasan utama. Diharapkan walaupun ianya semakin nampak ‘tinggi’ gunung emas untuk Malaysia daki, pemain yang terpilih sepatutnya menampilkan semangat juang yang tinggi bagi membayar Semangat baju kuning-hitam yang tersemat dengan kata-kata “Tanah Tumpahnya Darahku” itu
Untuk perlawanan ini, pasti kita penonton akan bosan untuk melihat dengan style permainan bertahan Malaysia. Sudah pasti juga kita akan semput nafas bagaimana taktik bertahan dengan Counter-Attacking yang akan digunapakai oleh Ong Kim Swee menyebabkan barisan Indonesia /Papua yang akan menyerang bertali arus. Tapi itulah alternatif mungkin yang kita ada, hanya pemain sayap / inside forward yang boleh dibanggakan sambil mengharapkan keajaiban oleh penyerang Tunggal negara yang akan dipilih malam ini oleh OKS samada Tamil Arasu / Izzaq / Fakri.
Sehingga selepas perlawanan separuh akhir, kelibat Irfan Fudzail yang sebelum ini banyak membantu dengan cubaan dan jaringan cuma kelihatan lesu dengan banyak membantu mengambil bola dikawasan sendiri. Begitu juga dengan Fandi Othman yang masih kurang berjaya dengan hantaran-hantaran yang boleh menjelmakan ‘clear chance’ untuk pasukan kita. Jadi pada perlawanan yang terakhir ini dan sebelum berlepas pulang SEGERA malam ini bagi menghadapi Syria Rabu ini, mereka berdua harus menebus ‘kemalapan’ sebelum ini dan mengambil peluang untuk menjadi wira negara pula. Lihatkan kisah Fakri yang boleh membuat tweak dengan jaringan kemenangan tempoh hari dan OKS mungkin hari ini tak akan teragak-agak untuk meletakkan Fakri nama kedua diatas kertas selepas APEK untuk kesebelasan utama Harimau Malaya.
Ada pemain lain pula nampaknya tidak konsisten dalam setiap perlawanan dan itu amatlah mendebarkan semua para penyokong. Lihat sahaja Mahali Jusuli, sekejap timbul dengan hantaran yang cantik dan sekejap tenggelam dengan ‘kemalasan’ untuk mengejar balik selepas kehilangan bola. Setakat ini hanya Apek yang masih lagi teguh di gawang. Namun malam ini akan menjadi penentu segalanya. Mungkin juga malam ini akan berlarutan sehingga sepakan penalti dan Apek akan menjadi penentu kita menidakkan Indonesia di laman sendiri dua kali dalam tempoh tiga hari ini. Malam ini juga akan menjadi penentu dan KPI untuk kita menyahut cabaran utama kita untuk layak ke Olimpik. Dengan kata lain kehilangan pemain akibat kecederaan atau digantung bukan untuk diratapi tetapi untuk memberi peluang kepada pemain lain menonjol menjadi watak utama pula.
Sebagai penyokong, kita meminta Emas dibawa ke Malaysia dan sebagai peminat setia, kita mahu membenam Indonesia dengan jumlah jaringan yang mutlak. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, bola itu bulat dan jika ini berlaku, semangat yang ditunjukkan pemain akan menjadi jawapan dan petunjuk terhadap semua komen rakyat Malaysia nanti.
Menang akan disanjung dan kalah akan dikeji , tetapi jikalau semua pemain menunjukkan komitmen yang tertinggi dan berjuang sehingga saat-saat yang terakhir, InsyaAllah kita semua akan puas kerana pemain kita telah berjuang berhabisan walaupun kecil rasa dalam hati ini berharap dan berdoa akan kemenangan berlawan dengan 11 pemain + 100,000 penonton di Gelora Bung Karno adalah suatu misi yang tidak mustahil.
InsyaAllah Malaysia Bisa dan Gomo Harimau Malaya Gomo
Aaauuuuummmmmmmm……..
Bebelan….