May this New Year bring many opportunities your way,
to explore every joy of life and may your resolutions
for the days ahead stay firm, turning all your dreams
into reality and all your efforts into great achievements.

HAPPY CHINESE NEW YEAR FROM RENJUNA.COM

P/S : SUAREZ (THE RABBIT TEETH) JUST STARTED HIS CHINESE NEW YEAR WITH A GOAL FOR LIVERPOOL. WHAT A WONDERFUL RABBIT’S YEAR FOR HIM

 

Setiap ibubapa pasti mengimpikan sesuatu ke atas anak mereka. Begitulah jua aku dan salah satu keinginan tersebut ialah kebolehan anak-anak untuk berbahasa slang ‘kelate’. Berkahwin dengan ‘orang luar’ menyebabkan hasrat tersebut sedikit terbantut walaupun bahasa digunakan kat rumah begitu pekat dengan nahu bahasa oghe-oghe kelate. Ditambah dengan pergaulan disekolah dan ‘bantuan’ peti suara TV, mereka anak-anak lebih kepada berbahasa standard dan dicampur dengan english tunggang-langgang.

Namun semalam, Ikhwan yang agak petah apabila berbicara mengejutkan kami suami isteri dengan ‘vocabulary kelate-nyo’. Selepas makan malam dan ketika ummi sedang sibuk menge’check’ buku/kerja sekolah Irdina, Ikhwan tiba-tiba menceritakan aktivitinya dekat sekolah tadika.

“ Baba, hari ini Ikhwan kena CEKIK lagi kat sekolah “ . Kata Ikhwan selamba.

Kitorang yang terkejut terus tanya dia kenapa jadi macam tu.

“ Sebab Ikhwan GOCOH kat sekolah” …..

Itulah, tak sangka keinginan untuk mengajar anak berbahasa Kelantan telah menyebabkan Ikhwan lebih ke arah mengetahui perkataan yang negatif. Contohnya ialah ‘Teay’ atau pukul lebih mereka fahami jika dibandingkan amaran dengan penggunaan perkataan ‘pukul’ atau ‘rotan’.

Jadi target lepas nih kenalah kitorang ajar mereka perkataan yang molek-molek seperti :-

  • Jjurus = Berperangai baik/elok
  • Come Lotey = Comel
  • Bijok = pandai

Dan lain lain lagi……………………………

 

Sudah jadi satu kemestian sekarang, mereka akan ke luar negara semasa pengumuman kenaikan harga barang/minyak di dalam negara.

Extra sepuluh sen untuk RON 97 tidak membebankan kepada mereka kerana mereka ada PETRONAS Smart Pay yang mungkin mereka tidak pernah tengok bilnya pada hujung bulan.

Kenaikan harga minyak juga tak ada kesan kepada mereka kerana minyak kereta diisi oleh si driver.

Mereka juga tak perlu gusar ketika harga barang lain naik kerana mereka tidak ke kedai runcit mencari bahan basah untuk dimasak.

Mereka juga tidak akan merana kerana kekurangan baki duit pada setiap hujung bulan kerana mereka tak pernah pergi mesin ATM akibat tidak pernah ‘kekeringan’ wang ringgit.

PERSOALANNYA ; Siapakah MEREKA ? (Sila pilih yer)

A)    Pemimpin Negara

B)     Politikus yang hampes

C)     Wakil rakyat yang akan dituntut oleh rakyat di Padang Mahsyar

D)     Semua di atas

 

Seperti u oll sedia maklum, bekerja di Kerteh ini menyebabkan jadual dan tahap keinginan anda untuk menikmati suatu yang indah di hari minggu akan terpadam begitu saja. Contohnya ketika hendak makan tengahari di kantin tadi, brother kantin menayangkan Channel Astro dengan TV 42 ” dengan jayanya. Ditambah pula dengan Astro BeeYongnya yang mantap aku terkedu sendiri sambil berat punggung melangkah kembali ke opis apabila jam dua berdetik.

…. Hasilnya sekali lagi hari ini aku keempunan menengok Lee Chong Wei melawan Lin Dang untuk Super Series terbuka Korea yang hanya akan berlangsung lebih kurang jam 3.00 pm. Ianya sama seperti aku banyak terlepas F1 race yang mana ianya berlangsung ketika aku sedang bekerja (terutamanya asia track). Cukup keempunan… Cumanya aku ada satu soalan kepada yang bekerja pada hari jumaat dan rest hari ahad… pernahkan korang rasa keempunan akibat terlepas Al-Kulliyah?.. (.. nasib baik aku tak rasa begitu apabila terlepas rancangan MELODI yang TV3 buat tu..)

 

“Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama”. Pepatah tersebut memang kena dengan tempatnya jika dikira dengan perjalanan Red Warriors untuk bersama-sama dengan kuasa elit bolasepak tanahair. Kejuaraan pertama musim 2011 ini semalam iaitu dengan membenam Selangor di tempat lawan dan menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah menjadi suatu katalis bagi musim yang boleh dikatakan penuh berliku ini. Penuh dengan kontroversi dan disi dengan pelbagai drama tidak menjadi halangan yang sukar ketika pasukan yang dibimbing Dato’ M Karathu ini dengan selamba mengutip tiga mata berharga di tempat lawan dan kemudiannya mendakap piala pertama utuk musim ini.

Perlawanan yang dijangka panas sebenarnya agak teratur untuk Red Warriors untuk 30 minit pertama pertama perlawanan. Sebelum ini para penonton digoyahkan sedikit oleh keputusan perlawanan pra musim yang agak teruk seharusnya boleh menarik nafas lega dengan persembahan pemain-pemain yang baru diambil untuk musim ini. Secara logiknya, pemergian Indra dan Farhan untuk mengatur serangan tidak perlu lagi digusai oleh para penyokong. Suntikan larian kencang oleh Nurul Azwan (Awe) di sebelah kiri dan gelecekan oleh Soley disebelah kanan mengundang rasa terhibur untuk penyokong yang secara amnya masih lagi mengharap sentuhan Nor Shahrul Idlan untuk membuat penyudahan.

Menang dengan dua gol di tempat lawan adalah suatu petanda yang Kelantan tidak goyah sedikit pun untuk menjalani musim 2011 yang panjang ini. Mengambil kesinambungan tahun lepas dengan persembahan yang sangat cemerlang ditempat lawan, skuad yang diketuai oleh Piyaa mempamerkan hantaran pendek yang kemas dan dibantu oleh larian cemerlang oleh Daudsu. Mungkin suatu yang boleh diperbaiki ialah rasa yang terlalu hormat kepada pemain Selangor seperti Safee dan Amri yang membataskan ‘keinginan’ untuk menyerang kubu lawan. Zairul Fitri (Roypi) yang agak sibuk mengawal Safee dan sekali sekala ‘clearance’ yang agak liar dari Rizal dan Ishe membantutkan tempo menyerang kubu lawan.

Gerakan cemerlang Awe pada minit ke-6 dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan dan gol cemerlang sepakan percuma Piyaa sebenarnya membenarkan semua rakyat Kelantan untuk bermimpi lebih pada tahun ini. Dibantu oleh pengurusan yang cemerlang, skuad ini sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi dan seterusnya mempersiapkan skuad dengan penuh kesungguhan sebelum Liga M menampilkan pemain import pada tahun hadapan. Perlawanan semalam juga seperti yang diperkatakan oleh M Karathu ialah kemenangan sepasukan. Red Warriors seperti satu unit yang mantap dengan formasi awal 4-5-1 dan kemudiannya bertukar kepada 4-3-3 pada separuh masa kedua.

Mungkin akur dengan barisan tengah Selangor yang agak ‘ternama’, taktikal mudahnya ialah dengan meletak lima barisan tengah dengan hanya Mat Yo yang bertindak seorangan di bahagian hadapan. Secara dasarnya, ini menyebabkan barisan enjin midfield selangor tidak berjaya beroperasi dengan baik dan mengundang kemarahan K Devan seterusnya mengeluarkan tiga midfielder ‘ternama’ mereka iaitu Hardi, Safiq dan Amri. Walaupun begitu, akibat kurang sokongan dan berseorangan , gerakan Mat Yo agak terbatas dan ini mengurangkan kebarangkalian untuk menjaringkan gol. Kekurangan percubaan ke arah gol lawan seperti pada masa pertama adalah suatu yang perlu di perbaiki oleh panel kejurulatihan Kelantan dan formasi 4-3-3 pada separuh masa kedua adalah alternatif yang baik untuk taktik menyerang.

Persembahan yang baik semalam juga menampakkan beberapa tanda yang positif buat Kelantan dalam menghadapi Liga Super musim ini. Antaranya ialah :-

a) Piyaa akan dapat lebih banyak peluang menyempurnakan sepakan percuma dan membuktikan lebih banyak gol dihasilkan oleh set piece ini.

b) Barisan tengah yang teratur menyusun gerakan menyerang bermula dari Shakir.

c) Khairul Izuan Rosli (Pemain muda) mempunyai potensi yang cemerlang dan boleh diketengahkan walaupun perlu mengawal kegopohannya menyusun gerakan.

d) Kelantan boleh menggunakan sebaikknya Winger (Awe dan Soley) dan apa yang perlu ialah meletakkan penyerang yang mempunyai skill tandukan ( Rojo).

e) Daudsu kembali menjadi kereta kebal dan mengatur potensi menyerang dengan overlapping yang laju.

f) Rizal dan Farisham menampilkan tag-team yang baik walaupun kegusaran kehilangan Azizi masih lagi tebal. Mereka sebenarnya bermain agak baik dengan mengekang Safee dan Fadzli Shaari dari membuat percubaan bahaya. (walaupun satu tandukan mengenai palang)

g) Apek masih ‘cool’ untuk menampilkan persembahan yang baik dalam menjaga gawang. (Walaupun man of the match, kejayaan semalam adalah untuk sepasukan)

Dalam kegembiraan memenangi piala pertama musim ini, terdapat juga beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi menjadikan impian TSAM dan seluruh peminat bolasepak Kelantan untuk melihat kita menjadi “SUPERWARRIORS’ menjadi kenyataan. Antara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana mahu mencari gol selain daripada Mat Yo yang nampaknya akan dikawal dengan ketat oleh pertahanan lawan. Begitu juga barisan pertahanan yang perlu lebih relaks dan membaca permainan pihak lawan.

Masalah penonton juga tak dapat dari apabila melibatkan Red Warriors. Penonton kita perlu lebih berhemah walaupun perlawanan semalam menampakkan satu benda yang sangat jelas untuk kita imbas untuk kejohanan Piala AFF tempoh hari. Ultras ialah dari pihak Red Warriors dan geng tembak laser ialah jelas dari penonton Selangor. Ini dapat dibuktikan semalam semasa Mat Yo mahu menendang penalti dan semasa pasukan Selangor memperolehi sepakan sudut dan tendangan percuma. Mutu pengadilan juga boleh dipertingkatkan dan ianya adalah penting selaras dengan transformasi Liga M yang dilancarkan baru-baru ini.

Seterusnya ialah pertemuan dengan Terengganu, satu ‘derby’ pantai timur dan Red Warriors sepatutnya menghadiahkan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke –IV tiga lagi mata berharga. Seperti kata pepatah di awalan tadi, Langkah pertama sudah dimulakan dengan jayanya dan InsyaAllah langkah seterusnya akan lebih bergaya untuk mencapai impian semua membentuk “Happy Superwarriors”.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha