Semalam aku terkejut dan terkedu sebab masih ada orang yang bodoh dekat Malaysia ini yang mana mereka masih lagi memihak kepada pihak kerajaan kerana mengenakan cukai 6% ( peratus ) kepada pembeli kad permulaan prepaid atau Top Up prepaid.. Setiap komen yang menyerang kerajaan dibalasnya dengan kata-kata ‘ rakyat tak tahu yang kerajaan telah banyak memberi’ ..

Huhh satu alasan yang paling cetek aku pernah dengar… tahukah anda sekelian yang Cukai ialah menunjukkan taraf kelemahan sesebuah negara. Semakin banyak cukai, semakin lemahlah prestasi kerajaan yang memerintahnya.

 

 

Berita baik :

  • LPT fasa ke dua dibuka kepada semua kenderaan mulai 22 Ogos 2011 dan ianya memberi manfaat dengan memberi laluan percuma tanpa tol kepada semua pengguna laluan tersebut.
  • Jadi senanglah orang pantai timur nak balik beraya nanti

 

Berita buruk :

  • LPT 2 hanya boleh dilalui sepanjang 70km bermula dari persimpangan Bukit Besi hingga Pesimpangan Kuala Terengganu (kg. Gemuruh).
  • Terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.Kawasan Rehat,Hentian Sebelah,Stesen Minyak dan Plaza Tol adalah dlm fasa pembinaan.

 

Berita baik / buruk :

  • Lebuhraya ini direkabentuk pada kelajuan 120km/j pada laluan utama(Mainline). Namun had laju kebangsaan bagi lebuhraya adalah 110km/j. Manakala di jalan susur keluar, kelajuan rekabentuk adalah 90km/j dan persimpangan pada kelajuan 50km/j. Lebuhraya ini adalah 4 lorong dua hala dengan lebar bagi setiap lorong adalah 3.75m dan bahu jalan adalah 3m. Super-elevation maksimum pada kadar 5% di laluan utama. Lebuhraya ini direkabentuk bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna

 

Berita tak baik dan lagi buruk :

  • Lain-lain pakej tak tahu la bila nak buka-nya, terutama dari susur keluar Jabor hingga ke Bukit Besi sebab kalau nak dikirakan, pakej inilah yang paling penting sebab banyak menempatkan kawasan kemalangan maut dan juga traffic light yang melenguhkan jiwa sipemandu kereta.

 

Sumber : Facebook Rasmi LPT Fasa Dua

 

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya

- muttafaqqun ‘alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf

- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).

- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya

- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang

- Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya

- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya

- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta

- Riwayat Muslim

Rujukan
1. Bassam Abdul Wahab,At-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran li Imam Nawawi, Darul Basyair, cet. kedua 1996

 

 

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ

وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

 

Betoi ker Wikileak ada mendedahkan seorang minister atau timbalan minister atau ahli parlimen kat Malaysia seorang yang gay. Hermmm ….. kalau ada tolong bagitahu wehh sapa tuh… aku nak tengok sikit sapa muka yang tak tahu malu . ( dan yang tak pandai menilai keseronokan memiliki sang perempuan secara zahir dan batin.

huh… macam-macam kat Malaysia neh…

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha