Sebagai peminat kita berhak meluahkan hati dan perasaan kita dan inilah luahan aku mengapa kita bolos teruk dengan Singapura sebentar tadi.

Harus diingat perkara berikut tak boleh diambil kira mengenangkan kita semua sedia maklum dengan perkara yang boleh dijadikan penyebab atau disandarkan alasan oleh King Gopal atau FAM:-

  • Pemain tak biasa dengan padang tiruan .. sapa bagi alasan nih memang bodoh.
  • Pemain letih sebab baru lepas main dengan Liverpool / Arsenal
  • Iklim Cuaca yang berbeza..
  • Pemain masih muda dan tengah menyesuaikan diri antara satu sama lain.
  • Masalah kecederaan pemain-pemain utama.
  • Tuanku Presiden FAM  tak turun padang memberi semangat

Jadi setelah mengambil kira perkara di atas, berikut ialah 10 alasan yang menyebabkan Malaysia dibelasah oleh Singapura yang pada pendapat aku kurang hebat berbanding dengan Indonesia.

  1. Formasi : King Gopal memilih taktik 4-5-1 tetapi dengan extra midfielder menyerang (Ismail Faruqi) berbanding dengan meletakkan dua defensive midfielder  iaitu Amar dan Gurusamy/Shakir
  2. Defend : Sejak dari dulu lagi sekiranya Muslim dan Fadli Shah dipilih bermain bersama, mereka nampak lebih untuk menyalahkan diri orang lain berbanding mereka. Jenis nak tegakkan benang yang basah antara mereka nih.
  3. Bek kanan Mahali ; sejak dari VS Taiwan  hari tu lagi, dia jenis yang cepat fed-up dan kalau dilihat game tadi, 3 gol adalah dari kelemahan bek kanan Malaysia.
  4. Bek Kiri Asraruddin : Aku tak nak komen banyak la tapi dekat team Selangor pun dia bukan pilihan Automatik K Devan.
  5. Wing Kanan dengan Ahmad Fakhri : Tak pernah menyerlah sejak post Piala AFF tapi sering menjadi pilihan KingGopal .. aku pun naik heran walhal dekat Negeri Sembilan pun sebagai second selepas Hairuddin dan Sapa ntah nama mamat tu .
  6. Malaysia tak mampu menyerap asakan dengan mengekang playmaker utama Singapura yang berbangsa Cina tu jer sejak dari awal…
  7. Kegagalan meletak Amirul Hadi dari awal menyebabkan option menyerang menjadi statik dan hilanglah ‘nafsu’ yang menyebabkan Singapura mampu menyerang dalam senyum jer.
  8. Ismail Faruqi : hahahahahahahahahahahahahahahahaha…. aku tak nak komen apa2 tapi korang boleh buat analisa sendiri..
  9. Sharbinee Alawee ; Sejak dari dulu lagi beliau bukanlah Yang Terbaik untuk Malaysia. Lagi-lagi kalau main Away Games … Tak caya aku, then ngkorang cuba check statistik …  ( memang jelas tersuluh)
  10. KingGopal player Selections : Tiadakah pemain Kelantan yang begitu konsisten dalam tempoh tiga tahun ni dalam Liga Malaysia dan LAYAK UNTUK BERADA DALAM KESEBELASAN UTAMA tuan ; ( ie Selain Matyo)..

 

So, kalau sapa-sapa yang tak bersetuju dengan fakta diatas, bolehlah komen dan kita akan berbahas secara sihat nanti. Adios.

 

Aku tahu yang perlawanan ini sungguh serius kepada dua-dua negara. Sungguh serius hinggakan aku takut nak buat entri ni secara sastera tahap tinggi kerana bimbangkan pembaca salah menafsir ayat hinggakan ianya lari dari posisi maknanya yang asal. ESPN Sportcenter  dua tiga hari ini ada memainkan peranan kewartawanan mereka dengan melabelkan  tahap pertemuan kedua-dua pasukan ini sungguh panas dan dinantikan semua hinggakan boleh ditafsirkan sehingga tahap keinginan semua orang ingin melihat suatu perdebatan antara Lee Kuan Yew vs Mahathir.

Sedikit anti-klimak terhadap pertemuan ini ialah perlawanan di Singapura hanya dimainkan di stadium kecil (Stadium Jalan Besar) yang hanya mampu menampung 5000 penyokong sahaja. Ini ialah akibat daripada tokey-tokey pasir dari selatan semenanjung yang gagal menyeledup/menjual pasir ke Singapura untuk mereka menambak tanah menyebabkan tiada tempat untuk dijadikan stadium bertaraf dunia (fyi ; Stadium Kallah tengah renovasi).

Perlawanan yang akan disiarkan secara langsung ini samada di Astro dan  bagi golongan yang tiada decoder astro juga akan berpeluang menontonnya secara live di RTM  2 akan sebenarnya memberikan impak yang maksima untuk kedua-dua pasukan sebelum mereka akan berjumpa lagi dalam Liga Super musim depan. Dengan dibantu hampir 6 orang pemain asing yang dipertaruhkan sebagai warganegara Singapura  baru, Singapura patut memegang gelaran sebagai pasukan pilihan walaupun mereka kalah dalam Piala AFF sebelum ini.

Bagi Malaysia pula, kemenangan atau seri amatlah ditagih apatah lagi setelah mereka menimba banyak pengalaman menentang skuad Arsenal dan Liverpool tempoh hari. Skuad Harimau Malaya perlu memanfaat pengalaman mereka tempoh hari bagi mengekang kemaraan Singapura dan seterusnya mencipta sejarah baru bolasepak Malaysia. Ianya juga sebagai bekalan sebelum bertemu sekali lagi pada perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Aku tak nak membuat ulasan secara details atau head to head setiap pemain kerana pada pendapat aku, King Gopal akan tersenyum walaupun hanya memperolehi keputusan seri tanpa jaringan malam ni..

Jadi, aku punya prediction :  0 – 0

dan selamat bertembung kembali di SNBJ

 

Brazil dan Argentina.

Melihatkan permainan mereka saling tak tumpah dengan Liga Amatur Kerajaan Sudan Selatan, sudah tentu tiada sedikit perit pun menerima berita mereka tersingkir di Copa Amerika 2011.

Brazil dengan tiada tendangan penalti yang dapat dilunaskan semasa separuh akhir menceritakan hajat pemain mereka yang patut ditendang oleh CBS atau paling tidak pun dengan Pele yang berkaki lebar itu.

Argentina; seperti kata-kata Mario Kempes tempoh hari, selagi Messi tiada mencapai kemuncak nikmat membawa Argentina menjulang Piala Copa America atau Piala Dunia, sehingga itulah beliau berhutang dengan rakyat Argentina.

P/s : Sungguh pandai Mario Kempes memberikan petua yang tak bermanfaat tu.

Calonan aku untuk Juara : Uruguay dengan Sang Arnab Suarez

 

Seperti dua-tiga entry terdahulu, aku memperkatakan yang keadaan rakyat Malaysia yang terlalu ghairah menyambut pasukan liga BPL dari England. Kita seperti hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong kerana mereka datang seperti ‘penjajah’ yang ingin meningkatkan keuntungan dan hanya sedikit bertujuan untuk sesi pemanas badannya. Kita pulak terlalu mengagungkan mereka hinggakan lupa pasukan yang kita sokong itu menentang pasukan tanah tumpah darahnya kita .

Aku sebenarnya tertarik dengan komen Safee Sali yang keliru apabila menjaringkan gol tadi dan biasanya pemain akan berlari kearah penonton kerana kita bermain sebagai tuan rumah. Tapi yang nyata tadi, walaupun pasukan Liverpoool tadi ialah pelawat, mereka mendominasi dibahagian penyokong dengan ramai majoritinya memakai jersey merah kebanggaan kopites.

Inilah yang diperkatakan Safee; ..

‎”Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya” kata Safee Sali, penjaring gol tuk Malaysia menentang Liverpool petang tadi.

Sungguh aneh rakyat Malaysia; tiket yang mahal sanggup dibeli apabila kita menentang pasukan BPL tapi apabila kita bergelut dalam kejohanan tempatan atau peringkat serantau, stadium menjadi separuh sepi. (Sedangkan tiket untuk itu lebih murah berbanding dengan melawan team dari BPL ini.

.. bilalah rakyat kita nak berubah nih..

 

 

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” ~Surah Muhammad, ayat 7

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha