Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Wallahua’alam

 

Semalam aku ingat ramai rakyat Malaysia yang frust menonggeng dengan ASTRO. Game bola antara Malaysia vs Arsenal tidak dapat disiarkan secara langsung atas alasan kehendak penganjur iaitu Pro-Event yang hanya akan memberi kebenaran untuk itu sekiranya jumlah tiket yang terjual melebihi 80 peratus. Dan yang lebih menyedihkan lagi, Astro ada pula menyiarkan perlawanan antara Liverpool dengan kelab dari negara China pada ketika ramai diantara kita menekan butang remote control mencari kelibat Norshahrul Idlan ataupun Safiq Rahim.

Sungguh jelik rasanya yang ASTRO menyiarkan team luar yang bermain sedangkan rakyat Malaysia amnya mencari-cari dan ingin melihat prestasi terkini pasukan Harimau Malaya menduga kekuatan dengan melawan Arsenal  sebelum perlawanan dengan Singapura dalam masa 2 minggu lagi.

Dengan ramai yang kini memberikan tumpuan ke atas Harimau Malaya setelah peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh skuad Datuk Rajagopal, ASTRO pula meng ‘cas-keting’ dengan memperlihatkan sikap kapitalis mereka untuk tidak sama-sama menaikkan sokongan kepada skuad negara.

Dah lah tu aku dengar cerita daripada kawan-kawan yang mereka telah menerima notis kenaikan harga yuran langganan ASTRO walaupun kabinet tidak bersetuju dengan apa yang ingin dihajati oleh mereka sebelum ini.

Sungguh hampeh ASTRO … hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Hampeh..

 

Nothing suprised me except Shell outplayed Exxon to take 2nd place. For PETRONAS, it’s a huge achievement after dropping place last year. Number 86 in overall rank and no 11 for the most profitable companies. For full/complete list, please click this link.

 

Rank: 86 (Previous rank: 107)
CEO: Shamsul Azhar Abbas
Employees: 41,623
Address: Tower 1, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur  50088
Country: Malaysia
Website: www.petronas.com.my

$ millions % change from 2009
Revenues 76,875.9 22.8
Profits 17,479.3 50.0
Assets 145,026.1
Stockholders’ equity 87,145.0
 

Profits as % of

Revenues 23
Assets 12.1

 

 

Kalau sesiapa yang mengikuti blog ini pasti akan teringat atau terbaca yang aku yang dalam organisasi kami, sebulan sekali akan diadakan suatu session yang dinamakan Readers’ Cycle di mana setiap eksekutif yang digilirkan akan membentangkan buku yang dibacanya untuk memberi inspirasi kepada semua eksekutif yang lain.

Semalam pula diadakan sesi tersebut untuk bulan Julai dan dalam sesi tersebut aku sangat tertarik kepada satu presentation yang diberikan berkenaan sebuah buku yang dinamakan :

WHO MOVED MY CHEESE

Buku tersebut sangat menarik untuk dibaca terutamanya bagi mengelakkan kita terlalu ‘complacent’ dengan apa yang kita ada sekarang. Begitu juga bagi memberi ilham kepada kehidupan kita berkeluarga dan yang terpenting sekali karier kita bagi mencari rezeki menyara diri dan Keluarga.

Antara yang menarik sekali ialah suatu ingatan yang perlu ada dalam setiap diri dan antara nota-nota penting untuk kita ambil teladan dan sentiasa dijadikan ingatan ialah :

 

Change Happens
They Keep Moving The Cheese

Anticipate Change
Get Ready For The Cheese To Move

Monitor Change
Smell The Cheese Often So You Know When It Is Getting Old

Adapt To Change Quickly
The Quicker You Let Go Of Old Cheese, The Sooner You Can Enjoy New Cheese

Change
Move With The Cheese

Enjoy Change!
Savor The Adventure And Enjoy The Taste Of New Cheese!

Be Ready To Change Quickly And Enjoy It Again
They Keep Moving The Cheese.
So … kalau nak tahu cerita dan panduan yang menarik ini, anda semua patut membeli buku yang nipis dan dengan tulisan yang besar-besar ini.
Selamat membaca

 

 

Juara Liga Super..

Nombor Satu..

Numero Uno ..

Tahniah buat team Red Warriors… kepada semua pihak pengurusan KAFA ke semua jurulatih dan juga semua pemain atas sikap ‘pahlawan merah’ dan seterusnya berjaya membolehkan rakyat Kelantan berbangga dengan Piala Liga Super yang belum pernah dikecapi sepanjang penglibatan Kelantan dalam sukan bolasepak. Walaupun terlepas Piala FA tempoh hari hari dengan detik ’5 saat’ , ianya sebenarnya mampu diubat dengan gelaran Juara Liga Super. Sungguh bertuah rasanya selaras dengan kebangkitan skuad bolasepak negara, Harimau Malaya seiring dengan prestasi mengagumkan Kelantan FA dalam 2-3 tahun kebelakangan ini.

Gomo Kelate Gomo.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha