Hahaaaa… even before FAM comes out with the verdict for Kelantan due to some troublemakers, KAFA has done a good job by signing few players to strengthen the squad… and whitleblower did mentioned that KAFA President has approached a striker, 2 midfielders and a fullback …

… And for sure one of them is Shakir Shaari, who plays for MyTeam this season. The Kelantanese Shakir is dubbed “Deco” for his exquisite ball control, distribution and technique. One of the country’s most exciting young players, Shakir was immediately grabbed by MyTeam last season and featured prominently in the promotion winning campaign.

For me, the position that really need further attention is Striker and Left Winger. A strong full back also mandatory since the game with N Sembilan proofed that a national striker like Zaquan really makes our defender looks like a schoolboy…

So… the excitement of football, red warriors etc still continue in K Bahru and let see what FAM gonna do this afternoon for ‘black day’  in Bukit Jalil last weekend.

 

For the first time i couldn’t agree more with our Shabery Chik

+++++++++++++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR, Nov 10 (Bernama) — The Football Association of Malaysia (FAM) has to be held responsible for the damage estimated at RM214,000 caused by Kelantan fans to the National Stadium in Bukit Jalil last Saturday as it had rented the premises, Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said.

“Although the FAM promised a percentage from its gate collection, it has to be held responsible for any damage,” he told reporters at the Parliament lobby.

Ahmad Shabery said FAM would be notified of the total damage estimated by the Bukit Jalil Stadium Corporation as well as the cost of repairing the damage caused by disappointed Kelantan supporters after their team lost 1-3 to Negeri Sembilan in the Malaysia Cup final.

Asked about suggestions to limit the number of fanatic supporters and those with bad records from entering the stadium, he said the move would be contrary to the concept held by the sports industry.

“The development of a sport is linked to spectators, and if we take stern action which makes it difficult for the public to watch, the sport will not do well,” he said.

Ahmad Shabery said spectators bought tickets to help boost a team’s revenue and the popularity gained could attract good sponsorship from private companies and broadcast rights, as was happening in the West.

– BERNAMA

 
  • Tahniah kepada Kelantan kerana berjaya ke Perlawanan Akhir sebagai ‘wakil’ Liga Perdana..
  • Tahniah juga pada pemain yang telah bertungkus lumus sehingga ke kita dapat merasa sendiri ‘bahang’ perlawanan akhir (2 X tahun ni )
  • Tahniah pada pengurusan .. kerana anda membuatkan kami berbangga dengan pasukan Kelantan dan membawa pasukan Red Warriors ke suatu peringkat yang kami tak bermimpi sebelum ini.
  • Tahniah kepada TSAM … kerana aspirasi Tan Sri dapat memberi impak yang ‘segera’ jika difikirkan secara mendalam dan hampir dapat merealisasikan impian Rakyat Kelantan
  • Tahniah kepada Kelate.net (KDN) yang dengan komitmen yang jitu dapat sedikit sebanyak menjaja sukan bolasepak arena tempatan dan Kelantan khasnya
  • Tahniah kepada penyokong kelantan yang berhemah, sabar dan mengerti tentang PERJUANGAN sebenar seorang penonton bolasepak yang sebenarnya…
  • Tahniah kepada Rakyat Kelantan yang sama-sama memberikan sokongan tahap maksimum dengan mengorbankan RM 50-RM 100 setiap bulan untuk menonton Bolasepak melibatkan Pasukan Kelantan
  • Tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan yang juga sama-sama berjuang secara indirect bagi mencetus kebangkitan bolasepak Kelantan…
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  • Puk#mak … kepada pembaling mercun dalam stadium
  • Puk#mak … kepada pembakar banner – baner dalam stadium
  • Puk#mak … kepada pembakar kerusi dalam stadium Puk#mak … kepada pembakar trak polis luar stadium
  • Puk#mak … kepada pembaling botol air dalam stadium
  • Puk#mak … kepada ulat – ulat tiket luar stadium
  • Puk#mak … kepada pengulas tak bertauliah dalam dan dalam stadium
  • Puk#mak … kepada mereng-mereng yang buta hati dengan melihat warna jersey pasukan lain terutama warna kuning baru-baru ini di stadium
  • Lanc#u … kepada SEMUA PENCACAI – PENCACAI BOLASEPAK
 

KOTA BHARU – “Berikan masa kepada kami dua tahun lagi untuk memberi saingan sebenar,” ujar Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar).

Justeru ketika kekalahan skuad Kijang dan sikap penyokongnya ketika aksi akhir piala Malaysia hangat diperkatakan umum, Kafa telah mengadakan mesyuarat awal di Kuala Lumpur semalam bagi persiapan pasukan menghadapi musim depan.

Ini termasuklah meneliti senarai pemain yang bakal menyarung jersi Wira Merah kerana Kelantan tidak boleh lagi bertahan pada tahap sekarang.

Bagi Annuar, sesiapa yang tidak memahami keadaan sebenar ‘perjalanan’ bola sepak di Kelantan dan keupayaan sebenar saingannya, Negeri Sembilan, mereka mungkin kecewa dan terkejut melihat aksi skuad Kijang, lalu memberikan pelbagai tafsiran.

“Bukanlah di luar jangkaan kita (kalah). Kita memang sepatutnya kalah, Kita sudah kalah tiga kali dengan pasukan itu yang sudah 10 tahun berada dalam Liga Super.

“Malah Kedah juga memerlukan empat kali ke peringkat akhir sebelum ditabalkan juara.

“Kita sebenarnya team Liga Perdana tetapi bernasib baik diserapkan dalam Liga Super. Kita bina pasukan cuma dalam setahun dan setelah dilatih, kita telah tunjukkan kejayaan yang sangat cemerlang sebenarnya, sedangkan pasukan lain begitu lama menunggu peluang seumpama itu.

”Kita kena terima realiti bahawa lawan lebih kuat dan kita pula berhadapan kekangan ketiadaan kapten Mohd. Badhrie Radzi yang patah kaki.

“Manakala Mohd. Azlan Zainal yang diharapkan di bahagian tengah juga cedera dan kita menentang Negeri Sembilan dengan barisan yang mempunyai banyak pengalaman termasuk dua penyerangnya.

Katanya, dalam keadaan itu anak buahnya tidak harus dipersalahkan apabila nampak begitu lemah berdepan dengan pasukan yang begitu kuat ketika harapan peminat begitu tinggi.

Bagi Anuar mereka yang tidak memahami akan memberikan pelbagai reaksi yang negatif namun ia tidak akan mematahkan semangatnya dan Kafa.

Katanya, skuad Kijang telah menunjukkan lompatan yang baik musim ini sedangkan mencecah kaki ke akhir bukanlah sasaran awal dan pasukan ini masih dalam pembinaan.

Beliau memahami tindak-tanduk keterlaluan para penyokong kerana begitu mengharapkan kemenangan namun mereka seharusnya lebih bersikap setia terhadap pasukan sendiri.

”Kalau tidak menang, dengan gol yang banyak dan jaringan awal, sudah tentu mereka kecewa, dan saya faham.

Cuma katanya, sekiranya masih banyak masa berbaki mereka tidak harus mula meninggalkan stadium kerana masih banyak kemungkinan boleh berlaku.

 

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB (utusankelantan@utusan.com.my)

KOTA BHARU – Umpama kijang hutan yang sesat di pekan dan mula kemabukan lampu sehingga lemah dan tidak bermaya.

Barangkali, itu analogi sesuai apabila melihatkan gaya pasukan Kelantan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di tengah majoriti lautan penyokong mereka dan berjuta-juta lagi terpaku di depan kaca televisyen.

Ya, mereka berhak untuk kalah dan tidak selayaknya untuk menang kerana tindak-tanduk mereka bukan aksi untuk muncul sebagai juara.

Mereka seolah-olah bukan lagi bertanding tetapi sekadar bermain bola sepak dengan menyepak ke sana-sini, corak kekalahan yang boleh dikategorikan tanpa maruah.

Seolah-olah prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya sewaktu menundukkan Perlis bagi melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan corak permainan yang jauh berbeza.

Bagaikan tiada apa lagi yang perlu dikejarkan. Mereka mengecewakan seluruh harapan penyokong Kelantan dan peminat bola sepak keseluruhannya yang ingin melihat persembahan yang menarik, tanda kebangkitan sukan itu di peringkat negara.

Mereka mengecewakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhempas pulas memberi nafas semula kepada sukan yang menuntut kepada dana yang begitu besar selain komitmen yang begitu tinggi.

Para penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit bagi memenuhi stadium pula hanya menang sorak dan sebahagian daripada mereka bukan sekadar pulang kecewa tetapi memburukkan lagi keadaan dengan perangai yang memalukan, mengaibkan dan memualkan.

Mungkin belum pernah insiden seburuk ini dicetuskan oleh mana-mana penyokong ketika pasukan mereka beraksi difinal bagi merebut piala berprestij itu.

Mereka seperti lazimnya mudah berpaling tadah apabila pasukan mula menunjukkan tanda-tanda untuk kalah.

Namun apabila mereka mula merusuh dengan lontaran botol air, mercun dan membakar kerusi dan bendera negeri, mereka membenarkan persepi umum bahawa selama ini penyokong Kelantan liar dengan menunjukkan gedede danonar tak bertempat.

Sedangkan saban tahun, akan ada pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir, tetapi para penyokong mereka masih boleh menerima kenyataan.

Justeru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu juga mentarbiahkan mereka.

Malam kelmarin, ketika harapan menggunung tinggi, dalam keghairahan yang meluap, prestasi sang Kijang tersembam ke peringkat paling dalam dan cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Kelantan bertukar menjadi hari berkabung bola sepak Kelantan.

Kesalahan mulai dituding ke sana-sini, daripada pemain, jurulatih dan pemimpin persatuan ketika sebenarnya, umum tiada yang menyangka Kelantan mampu mara sebegitu jauh dengan beraksi di peringkat akhir dalam dua kejuaraan tahun ini.

Namun ramai percaya bahawa ketidakupayaan pemain menerima tekanan dalam perlawanan yang begitu besar menyebabkan para pemain hilang punca – gugup dan gopoh serta tidak mampu mengawal bola dengan hantaran-hantaran meliar.

Tiba-tiba sahaja, tiada seorang pemain pun yang berupaya mencaturkan rentak dan corak permainan manakala barisan pertahanan pula masih jauh dari kesesuaian taraf bagi mengisi skuad negeri.

Ketika pelbagai ganjaran menunggu jika pulang sebagai juara serta masa depan yang lebih baik bagi mereka sebagai pemain bertaraf profesional, tahap ketahanan mental yang masih rapuh memusnahkan segala impian peribadi mereka.

Jika diukur dengan usia kebangkitan semula skuad Kelantan dalam tempoh yang sungguh singkat setelah meredah begitu banyak halangan, ia terlalu awal untuk mereka beraksi di pentas akhir. Ke tahap ini sudah boleh dibanggakan.

Justeru Tan Sri Annuar Musa tidak harus patah semangat dalam menerajui Kafa ketika politik bola sepak kadangkala lebih hebat daripada politik parti. Cuma jangan biarkan Kelantan menunggu empat dekad lagi.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha