Penantian rakyat Malaysia telah berakhir malam tadi. Kemenangan ke atas Indonesia dengat aggregat 4-2 telah mencetuskan fenomena baru bolasepak di Malaysia. Kejuaraan terbesar peingkat Asia Tenggara dalam sukan bolasepak iaitu Piala AFF akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur petang besok. Seluruh rakyat Malaysia juga bersorak riang dan aliran media massa dan internet menjadi medan menyatukan kesamaan pendapat dalam menyokong pasukan K Rajagopal yang selama ini dipandang sepi sebahagian rakyat Malaysia.
Ada yang berpendapat kita menang nasib, atau ada yang berfikiran sempit dengan percaya kita menggunakan bomoh atau laser, TAPI tidak seorang pun yang membangkang kata-kata sinis itu, sedangkan hati (bagi yang minat bolasepak) sudah mengakui yang Pasukan Malaysia telah menewaskan juara bertahan iaitu Vietnam dalam peringkat Separuh Akhir. Juga tak lupa yang Malaysia adalah juara bertahan atau pemegang pingat emas Sukan Sea dalam acara bolasepak yang ianya secara tak langsung juga membuktikan yang kita sememangnya jaguh bolasepak di peringkat serantau.
Perlawanan Akhir peringkat kedua ini membuktikan banyak perkara. Dan ianya kalau ditulis semua boleh mengakibatkan sampai subuh barulah entry ini boleh dinoktahkan. Namum begitu, secara ringkasnya kita sebenarnya boleh melihat betapa sayangnya Rakyat Malaysia dengan bolasepak kita. Walaupun stadium hanya penuh pada pasukan yang cemerlang (Selangor, Kelantan, N SeMbilan) semasa Liga Super, kita Malaysia sebenarnya mempunyai fan based yang sangat hebat.
Berbalik kepada perlawanan tadi….
Gelora Bung Karno tidaklah sekebal mana, reputasi kekalahan 5-1 ke atas Indonesia pada peringkat kumpulan bukan penunjuk yang lurus untuk mendapatkan ‘result’ yang sama. Perang psikologi tidak dapat memusnahkan kesungguhan pemain. Suasana yang havoc dengan penyokong fanatik tidak menakutkan pemain. Jurulatih dan pemain yang diimport tidak dapat mencari persoalan dalam permainan. Semua ini bukan suatu yang memberikan impak yang sejati kerana para pemain telah dijaga dengan baik dan gangguan luar ini diibaratkan suatu kiasan yang tak kunjung tiba untuk memberi erti yang boleh mencelaru.
Lebih-lebih lagi dengan bekalan selesa 3 biji gol untuk dibawa ke sana ke mari. Kegagalan penalti indonesia oleh Firman, Kapten Indonesia juga memberikan gambaran gembira untuk rakyat Malaysia. Indonesia yang dianggap ingin mencari gol awal sudah tidak mampu menahan gelora diri sendiri dan tekanan penonton selepas kegagalan menyempurnakan penalti tersebut. Maka, satu demi satu siri kegagalan memecah gawang dipamerkan walaupun serangan bertali arus dilancarkan.
Suasana kemudian menjadi senyap seketika (di Indonesia lah) apabila Safee Sali menjaringkan gol kelimanya dalam kejohanan ini. Tekanan yang bertimbun tadi menjadi semakin tinggi menggunung dengan pemain Malaysia semakin berani memegang bola dan mencuba permaianan cool dan steady . Tapi keselesaan ini menjadi duri dalam daging untuk team Malaysia setelah Indonesia berjaya menyumbat 2 gol walaupun Khairul Fahmi sedaya upaya ‘terbang’ menyelamatkan pelbagai bentuk serangan.
Dalam pada ramai-ramai yang memuji Khairul Fahmi dan Safee Sali, kita sebenarkan alpa yang pemain lain seperti Nor Shahrul Idlan, Muslim, Fadzli, Safiq, Kuna juga telah berjuang lebih dari 100 peratus hingga merencatkan semangat Pasukan Indonesia. Begitu juga pemain lagi dan yang paling penting sekali ialah King Rajagopal.
Jadi setelah memenangi Sukan SEA dan Piala AFF, pasukan Harimau Malaya telah menakluki South East Asia. Langkah seterusnya ialah Piala Asia dan seterusnya ialah Piala Dunia. Walaupun ianya mungkin dianggap IMPIAN, tapi kita harus yakin, bahawa daripada angan-anganlah yang akan menjadi kenyataan.
Bolasepak semalam memberikan suatu ‘feel’ yang baru kepada rakyat Malaysia yang muda-mudi hinggakan malam yang sepatutnya dihabiskan melaram telah diisi dengan sama-sama bersorak untuk pasukan Malaysia. Kaum ibu-ibu yang biasanya endah tak endah telah sama-sama menyokong pasukan kita. Aku memang yakin dan pasti, selepas ini apabila dibuka musim persekolahan nanti, akan ada kanak-kanak yang ingin menjadi sehebat Khairul Fahmi Che Mat atau setangkas Safee Sali dan tidak mustahil ingin menjadi selicik Nor Shahrul Idlan Talaha apabila ditanya tentang cita-citanya nanti.
Petanda baik untuk semua, tapi yang nyata aku memang tetap aku.. Ingin melihat FAM suatu hari nanti di uruskan oleh bukan orang politik dan juga keturunan raja-raja.
Kalau orang kata aku ni sinis… jawapannya MEMANG hati ini telah lama terguris dengan FAM
Bebelan….