Besok aku pasti yang K Rajagopal akan menyalahkan mereka yang cedera sehingga pasukannya dibelasah lima gol di Jakarta. Dalam pada itu,  aku hampir-hampir terkeliru samada itukah (majoriti) pemain Selangor yang konon-kononnya memenangi Liga Super 2010 ? macam hampeh

Bek kiri Malaysia perlu dihantar ke kem PLKN kerana hanya minat menyimpan rambut ala-ala artis … yang lain aku malas lah nak tulis, Rajagopal perlu bertanggung jawab. full stop.

Nota Kecik :- 

Tapi aku lagi marah pada beruk-beruk yang buat bunyi bising semasa lagu Negaraku dimainkan. SBJ, baik hantar beruk-beruk tu ke Malaysia, aku nak lempang sekor-sekor

 

seri satu sama dengan newcastle

  • Giordola dah kena improve grammar sebab nanti pindah London, senang nak order makanan.
  • King Carlo perlu start balik tukar diet Pasta dan Pizza
  • Roman dah boleh start tukar Drogba dan Anelka.
  • Ray Wilkins ; nak gelak tu, jangan kuat sangat.
  • Frank Arniesen ; lebih baik hang jadi penasihat FAM lepas ni. Untung-untung dapat Datuk Seri dan terus sama level dengan Sepp Blatter.
Oct 042010
 

Patutlah anak yang bongsu asyik nak pakai baju biru tu sangat selepas mandi pagi semalam, rupa-rupanya Bapak Drogba akan mengganas malamnya nanti. Kesian budak-budak Arsenal asyik kena rempuh sajer.

Nampaknya Chelsea semakin menjauhi Man United dan juga Arsenal. Liverpool jauh sekali. Pasukan faveret Newcastle juga kalah semalam, walaupun Ref tak nak bagi penalti masa Ameobi dijatuhkan Lescott …

Ada 31 game lagi, tapi semakin menampakkan Chelsea akan mengekalkan kejuaraan BPL lagi tahun ni. Paling Malang ialah LIVERPOOR…. semalam pun kalah dengan Blackpool. Kalau ikut firasatnya Mr Hodgson akan kehilangan tugasnya menjelang Depaavali nanti.

 

 

Semalam menoktahkan suatu sejarah baru dengan Kelab Manchester United telah memenangi Charity Shield yang ke 18 dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Pertemuan dengan Chelsea di Stadium Wembley yang baru dibaikpulih/ganti rumputnya berkesudahan 3-1 kepada Man United. MElihat pertemuan semalam, Man United nyata di hadapan dalam memburu kejuaraan liga setelah mereka terpaksa mengalah kepada Kelab Chelsea pada penghujung musim yang lepas.

Apa yang ketara juga semalam ialah bagaimana Paul Scholes memainkan peranannya dengan mengucar-kacirkan pertahanan Chelsea dengan hantaran-hantaran yang mengelirukan. Begitu juga winger Man United seperti Nani, Valencia, Park Ji Sung semakin bertambah matang dalam menghadapi lawan yang se’gah’ mereka.

Begitu juga dengan pendatang baru Javier Hernandes yang berjaya menjaringkan gol yang pertama untuk Man United dalam suatu perlawanan yang kompetetif. Berbatov juga nampak menyengat dengan gerakan yang bersahaja dan akhirnya semalam menjaringkan satu gol yang ‘cool’ pada minit terakhir perlawananan yang menyentap semangat Chelsea pada akhirnya.

So… musim ini di Liga Perdana Inggeris.. apa ramalan anda..?

Melihat semalam sudah tentunya , Man United  ternyata di hadapan Chelsea… namun begitu Man City, Arsenal, Liverpool dan Spurs juga mampu menjadi pencabar terkuat dan tidak mustahil, pada musim hadapan Chelsea dan Man United tidak layak untuk bermain di liga Juara-Juara Eropah..

 

Aku pun dah tak ingat berapa lama aku tak update blog ni.. dan ianya bukan disebabkan oleh sindrom kemalasan atau ketidakcukupan masa melayan sinetron melayu AdaMaya hari tu, tetapi ke’brengset’-kan Celcom Broadband aku mendajalkan segala-galanya.

Tapi kini semuanya telah kembali seperti sediakala, dan Renjuna sudah boleh bersiaran seperti sebelumnya ( tapi itupun kalau web-hosting dapat direnew dalam tempoh yang terdekat). So apa yer topik yang terhangat sekarang…..  MENTOR dengan Ziana mencari protege barunya kah ? … TIDAK ; atau Shahir yang menang AF8 dengan penggunaan status ‘SUCI’ nya kah ? JUGA BUKAN …. jadi apa yang paling hot sekarang yer…

Tidak lain dan tidak bukan ialah BOLA… atau FOOTBALL kata orang puteh atau SOCCER kata geng2 Uncle Sam. Sempena dengan Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi, maka Renjuna dengan ini mengistiharkan yang Topik yang akan paling banyak berlegar diruangan renjuna.com ialah pasal BOLA  dan yang sewaktu dengan … Jadi kepada para pelawat yang ada bola-phobia, sila jauhkan diri anda dari kawasan ini termasuklah jika anda ingin mencari kisah atau video 3gp pasal BOLA  dalam seluar .

Memandangkan hari ni ialah hari ahad dan biasanya penulis tak bertauliah macam aku rehat daripada berkarya pada hari ini.. maka entry ini akan ditamatkan setakat ini kerana terdapat satu HIPOTESIS yang boleh dibuat semalam (awal pagi tadi) yang jikalau bolasepak Malaysia ingin maju dan dapat mara ke Piala Dunia, maka DS Najib perlulah berjumpa dan seterusnya meng-hire JOse MOurinho kerana hanya dengan beliau sajalah yang mampu merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat Skuad Harimau kita bertarung di Piala Dunia… atas sebab-sebab..

Renjuna percaya yang tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia (Termasuk reporter Rizal Hashim dan geng-geng Sokernet) dan semua warga peminat bolasepak ( kecuali geng2 Inter ) yang berani meramalkan yang Inter Milan berjaya merangkul kejuaraan Ketiga-tiga-an (Treble) pada tahun ini…

Sebagai tanda respect dan hormat , maka Renjuna ingin TABIK SPRING ( spring Tilam Vono) kepada Saudara Jose Mourinho kerana melengkapkan kejuaraan Ketiga awal pagi tadi dengan membenam Bayern Munich 2-0 di Bernabeu.. KUDOS to Jose.. 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha