Setelah menunggu sekian lama (since 2010) dan menanti keluaran model terbaru, telah timbul rumour yang terkini mengatakan MacBook Air atau MBA akan mengeluarkan model terbaru selewat-lewatnya Julai nanti. Model terbaru itu yang akan datang bersama pakej Sandy Bridge processor dan Thunderbolt akan menawarkan pakej yang terkini dengan OS Lion.
Bagi aku yang last sekali membeli laptop lebih kurang 6 tahun yang lepas, ianya boleh dikatakan PASTI MBA menjadi gajet yang terbaru. Lebih-lebih lagi melihatkan kadar income tax yang melampau-lampau didermakan secara tak ikhlas kepada gomen setiap bulan. Bulan ni saja income tax aku mencecah hingga berbelas-belas K (dan mungkin FB cuti2 malaysia mungkin guna duit aku jugak tuh). At least kalau aku beli laptop, bolehlah juga melepasi kadar cukai sebanyak RM 3k itu.
Berbalik kepada MBA tuh, maybe aku hanya akan ambik 11″ version kerana memikirkan ‘mobility’ dan semahunya aku mahukan version ultimate walaupun bajet aku tidaklah setebal mana. Kalau tak dapat, aku mengharapkan version standard akan datang bersama 4G RAM dan sekurang-kurangkan 128 G storage. Kalau terpaksa dengan yang standard version pun macam keluaran lepas pun aku dah tak kisah sebenarnya.
So, buat masa sekarang, setiap malam aku menjenguk MacRumors.com menantikan ada berita yang terbaru pasal MBA ni. Tak sabar rasanya (macam masa budak2 dulu nak tunggu raya jer rasanya nih)


Follow me on Twitter
Bebelan….