SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat. Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka. Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempu nyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t. Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat. Berdasarkan hadis Rasulul lah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan. Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?. Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta ba nyak berdoa kepada Allah.

“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.

“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.

Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.

Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.

“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.

“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”

“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebab kan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.

Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.

“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.

Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”

“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.

Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.

“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.

“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.

“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.

 

Sumber : Al Bakriah

 

 

Buah-buahan sebagai pencuci mulut ternyata menjadi satu amalan dan tradisi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tabiat memakan buah setelah hidangan utama dianggap baik untuk mengekalkan kesihatan oleh kebanyakan orang disebabkan oleh sifat buah sebagai pencuci mulut. Namun, hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Ramai yang tidak faham mengenai kitaran sistem pencernaan. Masyarakat kita suka mengambil buah dalam keadaan di mana tidak memberi faedah yang optimum kepada tubuh badan. Walaupun pada dasarnya, buah-buahan memberikan manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia tetapi jika diambil tidak mengikut masa dan aturannya, tidak akan memberikan pulangan yang baik kepada kesihatan.

Seharusnya, buah-buahan diambil terlebih dahulu sebelum kita menikmati hidangan utama. Ia akan menggalakkan penyerapan tenaga dan zat daripada buah tersebut untuk tubuh secara optimum. Di samping itu, ia membantu melancarkan proses penghadaman  dan perkumuhan manusia. Ini kerana, buah-buahan yang dimakan tidak akan berada dalam salur penghadaman begitu lama dan menyebabkan ia senang dikumuh.

Tabiat memakan buahan mengikut waktu yang terbaik akan memberikan impak yang maksimum kepada kesihatan kita. Seboleh-bolehnya, buah perlu diambil pada ketika perut kosong tanpa sebarang makanan. Namun begitu, ia boleh diambil sepanjang hari selagi mana perut dalam keadaan kosong dan tidak dipenuhi dengan hidangan yang berat. Selepas mengambil buah-buahan, sewajarnya kita tidak mengambil sebarang makanan lain lebih kurang 30 minit untuk memberikan laluan kepada penghadaman buah-buahan tersebut berjalan secara lancar dan optimum.

Terdapat kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan alternatif Amerika yang mendapati bahawa corak pemakanan seseorang yang memakan buah dengan cara yang betul merupakan rahsia untuk kelihatan cantik, sihat, bertenaga, panjang umur dan mempunyai berat badan yang ideal. Walaupun dapatan ini terlalu subjektif untuk menentukurkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan seseorang tetapi ianya tidak mustahil. Ini kerana, dengan memakan buah secara teratur akan menentukan penyerapan zat yang terbaik untuk tubuh badan kita. Jika tidak, mungkin kita hanya memakan buah-buahan tetapi zat yang bermanfaat untuk badan tidak dapat diserap secara optimum. Dan ternyata ia hanyalah amalan yang sia-sia.

Kita perlu faham bahawa buah-buahan dihadamkan di usus pencernaan dan bukannya di dalam perut. Oleh sebab itu, ia akan dicernakan secara cepat melalui sistem pencernaan  dalam tempoh lebih kurang setengah jam sahaja. Otak kita  memerlukan glukosa untuk berfungsi dan buah-buahanlah merupakan sumber yang sangat baik untuk glukosa darah. Pengambilan buah-buahan yang mencukupi akan menormalkan tahap gula dalam darah dan menjadikan sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan baik. Di samping itu, ia boleh mengelakkan kita daripada terlebih makan dan fenomena obesiti yang kerap melanda masyarakat pada hari ini. Ini kerana, glukosa yang terdapat pada buah-buahan dapat mengawalatur mekanisma kelaparan tubuh badan kita supaya dapat berfungsi secara optimum.

Makan buah semasa perut masih lagi kosong dapat membantu memulihkan sistem pencernaan. Ini bermakna saluran pencernaan kita dapat menjalani proses penyahtoksikan secara semulajadi. Buah yang dimakan ketika perut kosong akan mempercepatkan proses penghadaman berbanding dengan kumpulan makanan lain. Namun, jika dimakan sejurus selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yang terkandung didalamnya akan rosak dan akhirnya menyumbang kepada ketidakselesaan kepada perut.

Setelah mengambil hidangan utama, kita perlu memastikan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum mengambil sebarang jenis buah-buahan. Ini untuk memastikan agar makanan sebelum itu dihadamkan sempurna di dalam perut dan tidak menjadi berasid serta proses penapaian makanan tersebut dapat dielakkan. Sebenarnya, keadaan sebegini kerap kali berlaku dalam kalangan kita. Seringkali terdengar rungutan seperti perut terasa sebu, berangin dan kembung selepas menikmati hidangan diakhiri dengan buah sebagai pencuci mulut.  Keadaan tersebut berlaku kerana buah yang dimakan akan bercampur dengan makanan yang belum sempat dihadamkan lagi akan menghasilkan asid dan perut akan menjadi kembung. Ketidakselesaan ini kadangkala menyebabkan kita cenderung untuk tidak lagi mengambil buah-buahan kerana menyangka sesetengah buah-buahan yang dimakan tersebut bersifat angin. Perkara inilah yang memerlukan masyarakat prihatin terhadap kepentingan dan khasiat buah-buahan agar kita tidak terus menerus dengan sangkaan sedangkan amalan atau tabiat itulah yang akan menentukan baik buruk kesannya kepada kesihatan.

Jika kita perhatikan, sudah banyak sekarang berlaku anjakan pemikiran masyarakat kita contohnya dalam menyediakan juadah ringan untuk mesyuarat atau perbincangan ringkas di tempat kerja. Kalau sebelum ini, tidak dapat tidak hidangan kuih-kuih manis menjadi pilihan utama, tetapi kini digantikan dengan hirisan buah-buahan. Ia merupakan satu tabiat pemakanan yang baik. Di samping bagus dijadikan sebagai “snack food”, buah-buahan juga sebagai sumber glukosa untuk otak kita berfungsi dengan baik. Ini dapat memastikan agar kita dapat menjalankan kerja dengan sempurna dan bertenaga.

Saranan memakan buah amat mudah dan tampak remeh namun jika diamalkan ia pasti memberikan natijah yang baik untuk kesihatan. Malah ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW  di mana baginda tidak akan memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti dan juga makanan berat berat lain. Amalan Rasulullah SAW ini sudah pasti memberikan impak yang baik untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan baginda. Walaubagaimana pun, kita perlu mengelakkan daripada mengambil buah-buahan dalam tin, buah yang diproses atau dijeruk kerana ia mengandungi sejumlah gula yang tersembunyi, bahan tambah dan perisa lain yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Justeru itu, saranan memakan buah sebelum kita menikmati hidangan yang lain perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita tidak kiralah sama ada di rumah atau di pejabat. Kita perlu kikiskan budaya yang sekian lama bertapak dalam masyarakat kita yang menganggap buah adalah pemanis dan  pencuci mulut diambil selepas makan hidangan utama. Walaupun langkahnya kelihatan amat mudah tetapi kesan daripadanya amat signifikan untuk kesihatan yang berkekalan.

Sumber : IKIM

 

Kisah yang tak wajar untuk kita abaikan ...InsyaAllah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.


Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.


Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

 

It’s all about what we eat … or ‘soru’ .. that’s one of the secret of success  being told by our  Royal Professor Ungku Abdul Aziz. 

The other secret of success : Read all this nine books, which are:-

  • Harvey Diamond’s Fit for Life, Not Fat for Life
  • Edward De Bono’s Thinking Course
  • Tony Buzan’s Mind Map
  • Head First and The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World by Wee Chow Hou and Lan Luh Luh.
  • Jim Collins’ Level 5 Leadership
  • Sun Tzu’s Art of War
  • Nicollo Machiavelli’s The Prince on the Art of Power.
  • Leader’s Window by J.D.W. Beck and N.M Yeager.
The 87-year-old voracious reader said the books provide an insight on how to be good and successful leaders. Citing an example, he said Edward De Bono’s Thinking Course promotes lateral thinking. ”The book teaches you to think differently,” he said in his lecture “Quest For Success” as part of the Merdeka Award Lecture Series. He was a recipient of the award last year, in the education and community category. Ungku Aziz said a good leader would have intelligence, credibility, humility, courage, and discipline. He also said a good leader would be able to spot opportunities during crisis. “Every crisis opens up opportunities,” he said. Later, when taking questions from the floor, Ungku Aziz said successful people were those who had resolve because their minds were strong and were resolute in reaching their goals. “At the same time, humility is important, too. “I’m happiest when I go to a kampung and people tell me ‘you macam itu universiti punya’ (you look like the person from the university),” he said to laughter from the floor.
Note : Some of the facts taken from The Star
 

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.

Sumber : Harakah

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha