Seharusnya kita manusia biasa akan betah atau senantiasa lalai terhadap kewajipan kita. Kita akan lalai apabila kita tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan kita akan lalai walaupun kita sentiasa bersedia dengan segalanya untuk menghadapi sesuatu. Itulah yang dinamakan kuasa tuhan.
Jadi untuk itu, kita tidak harus gusar walaupun kita tahu kita telah terlalai, tetapi apa yang harus dibuat ialah sentiasa menumpukan perhatian kepada yang akan akan yang mana lebih memerlukan tindakan segera kita. Satu perkongsian yang menarik telah aku jumpai di MukaBuku dan aku rasa benda ini sebagai penangkis sifat lalai kita.
Senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat:
1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.
Contoh yang bagus ialah item no (7) iaitu Kunci Solat ialah Taharah . Pada siapa yang tak tahu, maka dimaklumkan disini Taharah ialah bersuci. Jadi sebagai hipotesisnya, kalau kita nak pelihara solat kita, benda yang harus dipastikan ialah bagaimana kita dengan aktiviti Taharah kita. Samada dari peringkat pemilihan air untuk bersuci, mandi biasa atau mandi wajib dengan betul, cara kita mengambil wudud dan banyak lagilah elemen-elemen penting untuk kita penuhi amalan bersuci/taharah ini agar solat yang akan dilakukan dapat dipenuhi segala kehendak dan seterusnya di terima Allah swt.
Wallahualam..






Follow me on Twitter
Bebelan….