Fully Half Emty Story of Renjuna

Since football is in my blood and partly running my system.. hahhaaa, I’ll do my best to cover all the important moment for next coming FIFA World Cup in next year. The kick-off for the event has been started yesterday with team’s seeding for group draw.
The football fever is back with next World Cup 2010 which will be held in Africa seeding has came out. This seed will segregate all team (32) into four pots and again will be drawn out to 8 groups. Popular England have been seeded for the World Cup finals along with South Africa, Brazil, Spain, Netherlands, Italy, Germany and Argentina, FIFA announced at a press conference in Cape Town.
France have unexpectedly been unseeded after FIFA decided to move away from their usual system of taking into account past performances at the finals. FIFA chose to base the seedings upon their October 2009 FIFA world rankings. That France have been placed into the general pot of European teams may be seen as punishment for their controversial win over Ireland in the World Cup play-offs.
Pots 2-4 are based purely on a geopgraphical basis and there is no seeding to them. This is to ensure there will be no more than one team from any one confederation, and no pot with more than two European nations (of which there will be five).
below is the seeding list :-
| Pot 1 |
| Argentina |
| Brazil |
| England |
| Germany |
| Italy |
| Netherlands |
| South Africa |
| Spain |
| Pot 2 |
| Australia |
| Japan |
| North Korea |
| South Korea |
| Honduras |
| Mexico |
| United States |
| New Zealand |
| Pot 3 |
| Algeria |
| Cameroon |
| Ivory Coast |
| Ghana |
| Nigeria |
| Chile |
| Paraguay |
| Uruguay |
| Pot 4 |
| Denmark |
| France |
| Greece |
| Portugal |
| Serbia |
| Slovakia |
| Slovenia |
| Switzerland |
It’s December again .. dan tahun baru akan menjengah nanti … begitu juga dengan kalendar Islam.. 18 December 2009 bersamaan 1 Muharram ..
Setelah sebelas bulan berlalu, ianya terlalu banyak yang berlaku untuk diambil pengajaran dan dijadikan sempadan. Dunia, Negara, negeri, syarikat, keluarga, pasangan dan diri sendiri telah banyak berubah.. ada yang ke arah positif dan ada juga yang ke arah negatif. Ada yang sedikit dan ada yang terlalu major perbezaannya. Ada yang perlahan dan ada yang terlalu deras perubahannya.
Teringat petikan dalam cerita Kungfu Panda yang memang patut kita jadikan pedoman;
” Yesterday is history , Tomorrow is Mystery and TODAY is A GIFT.. that’s why it’s been called PRESENT”
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
“Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar - benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh kakitangan TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Kakitangan TNB tu pun berkata.
” Ini rumah Mr Leong ker?”
“iya, saya ni isterinya. ada apa encik”, balas isteri Mr Leong
Kakitangan TNB tu pun menambah seraya berkata,
“Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap kakitangan TNB tu.
” APA..!!!!! ??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???”
Kakitangan TNB tu pun dengan selamba menjawab
“ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”
Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “
Kakitangan TNB tu pun cuba mententeramkan keadaan
” Rileks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
“nanti saya bincang dengan suami saya..”
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mr Leong ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yang datang kerumah si Mr Leong ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
“sabar encik, sabar encik… Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…”
kata-kata pegawai TNB tu membuat kan si Mr Leong naik berang.
“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”
Lalu pegawai TNB tu pun cakap
” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya……. ….”
Si Mr Leong mencelah
” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap
” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA“

………………………
Teringat kata-kata member dekat Facebook ” Team Arsenal semua muda-muda dan berbakat besar” , noktah
Game semalam boleh lah dikatakan game of the season pada peringkat awalnya dan selepas 90 minit, ianya boleh ditaksirkan sebagai medan budak-budak belajar dari orang dewasa… men against boys kata orang puteh.. Tiga berbalas kosong atau tanpa balas menunjukkan Arsenal belum lagi mampu mencabar kejuaraan liga. 11 mata ketinggalan daripada pendahulu liga Chelsea mungkin boleh memalingkan mereka daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris tahun ini.
Penawar buat Wenger and the gangs ialah Liverpooool masih dibelakang mereka walaupun menang 2-0 ke atas Everton dalam derby mereka walaupun perlawanan banyak dikuasai oleh Everton ( yang sebenarnya masih frust sebab stadium baru mereka belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mereka.. ).. p/s: mengalahkan PBT masih Malaysia pulak dioarang nihh..
Berbalik kepada game Arsenal - Chelsea ; Yang paling ketara kelemahan arsenal ialah Defend to be honest ( pinjam kata-kata Shebby Singh… berapa kali punya to be honest daaaa).. Kegagalan mereka mengawal Drogba a.k.a Kerbau menyebabkan mereka terpalit tahiknya… Arsenal bukan lagi di zaman Tony Adam .. atau mempunyai defender sehebat gandingan Nesta-Cannavaro .. Galas agak lembik untuk memotong hantaran lawan dengan memberikan Drogba suatu ‘tap’ mudah untuk gol pertama Chelsea pada minit 41.
Gol kedua juga Gallas tak memainkan peranannya, kegagalan menahan awal bola daripada memasuki kawasan petak - D mengelirukan Vermailen dan seterusnya memberikan peluang untuk Vermailen menjaringkan gol sendiri … hahaaa gol yang memberikan kedudukan selesa kepada Chelsea sebelum 45 minit seterusnya.. Seterusnya Arsenal menguasai bola walaupun yang di kira dalam bolasepak ialah jaringan gol .. hantaran yang kemas tak dikira lah wei … Sehinggalah minit 80 ++ , freekick Drogba @ kerbau yang pada pandangan penonton tidak mudah untuk di ’score’ sekiranya Arsenal menambah player lagi untuk membuat benteng…
Hasilnya 3-0 buat Chelsea yang seterusnya membongkakkan lagi Managernya yang berpendapat Chelsea boleh bermain lebih baik dan lebih banyak penyudah boleh disudahkan walaupun telah menang game 3-0.. ….dasar italian….
So .. apa yang boleh dibanggakan Arsenal semalam ; Hanya tiada pemain injured …… so next game akan lebih kuat walaupun tanpa Van Persie …. ( selama 5 bulan)
Hopefully, we still have some good men and good judiciary system to drive us to greater height…
—————————–
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah. Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.
Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk ‘Anwar’s Link To US Lobbyist’ yang disiarkan pada 2002. Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewangan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

Setelah menunggu hampir 5 tahun semenjak Majlis Pecah Tanahnya yang dilakukan oleh YB Dato Idris Jusoh iaitu Menteri Besar Terengganu ketika itu dan kemudian pembukaan yang dilakukan oleh YB Datuk Awang Tera, MESRA MALL di Kerteh kembali ‘hidup’ walaupun musim dan suasana tengkujuh yang agak teruk melanda Terengganu sekarang.
Pembukaan U-Bowl iaitu Bowling Centre dan yang akan dibuka 27 November 2009 nanti, Pasaraya Besar TMC ( ‘menggantikan’ Pasaraya GIANTS) terbukti telah menjadi talian hayat kepada kawasan Kemaman/Kerteh amnya dan MESRA MALL khasnya. Bermacam-macam cerita telah timbul akibat kelewatan pembukaan Pasaraya tersebut dan bermacam-macam telahan telah dibuat. Namun, sempena Aidiladha yang akan tiba nanti, kita tak payahlah mengungkit-ungkit kisah yang lama kerana apa yang penting ianya telah sedia untuk dibuka. Anggaplah tempoh menunggu tersebut sebagai ‘PENGORBANAN’ yang perlu dibayar dan jadikanlah PRU akan datang nanti sebagai medan pemutus bicara.
Ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah seminggu berlalu, MESRA MALL telah hidup kembali dengan Food Courtnya kembali penuh dan pengunjung sekarang terpaksa mencari-mencari parking walaupun sebelum itu, mencari parking adalah sangat mudah seperti memakan MAMEE sahaja sebenarnya.
Walaupun semua tahu yang TMC dan GIANT adalah satu proksi.. dan ada yang keliru tentang kisah di sebalik penukaran nama tersebut, abaikanlah persoalan tersebut di minda anda sekelian kerana yang paling penting, dengan pembukaan TMC ini memberikan persaingan yang sihat kepada peniaga dan menjadikan pilihan pengguna/pembeli menjadi lebih banyak .
Semua telah sedia maklum yang sebelum ini, harga barangan di Kerteh/Kemaman setaraf dengan Bandaraya-Bandaraya besar.. harganya……fulamak.. mahu pokai semua pengguna/pembeli tetapi disebabkan buying power yang agak gah oleh komuniti industri oil dan gas, maka ramai peniaga masih lagi menaikkan harga sesuka hati. Jikalau anda makan nasi campur, jangan terkejut dengan harga sepinggang nasi dan minuman boleh mencecah RM 7.00 dan begitu juga harga ikan kembung boleh mencecah RM 12.00 / kg.
Oleh itu dengan pembukaan TMC ini, ianya diharap dapat menstabilkan sedikit harga barang terutamanya bahan mentah. Begitu juga dengan industry makanan (F&B) yang sekilas pandang seperti mencekik darah pengguna.
Selain daripada itu, isu peniaga-peniaga kecil yang mungkin tertindas melawan gergasi-gergasi besar dijangka akan timbul selepas ini. Buat peniaga, anggaplah ini sebagai lumrah perniagaan, ada pasang dan ada surut dan apa yang paling penting, peniaga-peniaga ini patut berfikir diluar kotak dan tampil dengan strategi perniagaan masing-masing yang diharap dapat memajukan perniagaan. Saya percaya, peniaga seperti L-Mart dan R-Tinie tidak akan terjejas sekiranya dapat menarik pengguna dengan idea-idea menarik.
Akhirnya, kita sebagai pengguna dan komuniti di sini patut berfikir secara positif dengan pembukaan TMC ini dan contoh yang terbaik ialah ianya akan dapat memberikan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan dan ianya juga dapat membantu sektor-sektor lain dalam sama-sama menjana ekonomi tempatan.
Buat muslimin muslimat semua pula, jangan lah anda terlalu teruja dengan pembukaan TMC dan terlalu seronok bermain bowling hingga mengabaikan kewajipan kita kepadaNya. Ini adalah kerana adalah menjadi satu fardu kifayah untuk kita membantu saudara seagama dan tutupnya/lingkupnya business saudara kita kerana kita terlalu mendewakan ‘yang lain’ boleh mengundang murkaNya.
Akhir kata, SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA…
So far , we all dah travel about 820km of mileage …. after PD yesterday, we drove south to Malacca … samapi Melaka around 5 pm and kelam kabut a little bit because Hotel semua tak ada kosong… lastly kitorang jumpa hotel at bukit cina ( palace hotel) yang masih menggunakan semua barang yang antik untuk mengendalikan operasi hotel ni…
Biliknya quite big compare to our PERMATA but the low point is they don’t provide the ASTRO but surprisingly they’ve got free WIFI… … The hot water is wonderful with a water pressure yang melampau2 lajunya … so far kitorang ok la stay at this hotel ( and the rate is very cheap … malu la nak citer : kira berkali-kali-kali ganda lebih murah dari hotel yang kitorang earlier aimed .. Equatorial HOtel….)
okk.. we will update again soon….. and insyaAllah with picture …
I am nobody who will become somebody when I wanna be
Recent Comments