The Federal Government will pay compassionate fund in the form of development programmes to Kelantan for its oil starting next year, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. This is morale booster for Kelantan and will be a proof – point that the oil is in Kelantan Territory  or area .   Eventhough the word of Compassionate Fund or WANG EHSAN is a little bit low note , but then the most important is the fund will be tasted by Kelantanese.

And kudos to Kelantan Goverment who mastermined the called for Federal Goverment to return back the ‘HAK’ of Rakyat Kelantan.

Note : This could be an additional morale booster for Kelantan Team in Malaysia Cup Final this weekend against Negeri Sembilan.

 

(+++A very nice article from Berita Harian for your reading pleasure +++)

Dilanda pelbagai masalah kini igauan 39 tahun hampir terlerai

APA jua kesudahan buat Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, ia tetap menjurus ke arah satu rumusan – pemergian Peter Butler yang memimpin pasukan itu pada saat saingan Piala Malaysia bermula, langsung tidak ditangisi.

Ketika Selangor bermegah dengan tiga kejuaraan dalam semusim, tidak keterlaluan boleh disimpulkan betapa Kelantan adalah pasukan paling mencuri tumpuan yang mewarnai kemeriahan kancah Liga Malaysia 2009, baik dari sudut negatif mahupun positif.

Bermula dengan langkah Polis yang ‘menarik diri’ yang membolehkan Kelantan diberi ihsan beraksi dalam Liga Super, diikuti kehilangan tiga mata kepada KL Plus ekoran penangguhan aksi pembukaan akibat padang becak sebelum perlawanan ulangan diadakan semula, hingga ke insiden keganasan penonton di luar Stadium Sultan Muhammed IV pada April lalu, segala rencah itu menjadikan pasukan Kelantan sering menjadi bualan.

Diperkuatkan empat ‘pemain import’ tempatan – Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus, Nor Farhan Mohamad dan Azlan Zainal – Kelantan memulakan musim Liga Super dengan garang, apabila secara bergilir mendahului liga bersama Selangor sebelum kedua-dua pasukan bertemu pada final Piala FA yang juga aksi final pertama skuad Pantai Timur itu sejak 1970.

Kekalahan kepada skuad Merah Kuning itu kemudian menjadi titik tolak kemerosotan Kelantan, apa lagi diarah menggunakan Stadium Nasional sebagai gelanggang sendiri hingga akhirnya pasukan diberi jolokan The Red Warriors, menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam walaupun larangan itu ditarik balik selepas dua bulan.

Musim yang menjanjikan sinar buat bola sepak Kelantan sejak sekian lama dilihat semakin malap apabila Butler, pengendali dari England itu secara mengejut meninggalkan pasukan hanya tidak sampai seminggu sebelum sepak mula Piala Malaysia.

Namun, seperti pemergian Butler, pelantikan secara mengejut bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan, rupa-rupanya menyalakan semula impian menggunung penyokong fanatik Kelantan untuk sekali lagi berarak ke Bukit Jalil.

Daripada sebuah pasukan yang sering dikaitkan dengan masalah kewangan dan dianggap lawan kerdil kerana pernah terjerumus ke kancah paling bawah saingan liga domestik iaitu Piala FAM pada 2005, sesuatu boleh dipelajari daripada kejayaan Kelantan musim ini.

Ia membuktikan falsafah kejayaan buat pasukan liga tempatan cukup mudah – mempunyai pengurusan cekap serta tidak berdepan kemelut gaji tertunggak, selain memiliki set pemain berbakat, jurulatih berkaliber dan penyokong setia di belakang pasukan.

 

NOTA : SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI FACEBOOK KELATE.NET ( credit to all of them )

Salam, Syukur alhamdulillah Kelantan ke Final. Walau bagaimanapun perjuangan masih belum selesai untuk mengharungi minimum 90 minit lagi bagi menjulang Piala yang paling menjadi tumpuan dalam arena bolasepak Malaysia. Di atas kertas buat masa ini memang Kelantan berpeluang penuh menjulang Piala Malaysia, tetapi harus diingat yang sukan yang sama-sama kita semua dambakan ini boleh menjadikan pasukan kuat menjadi kerdil atau daripada pemain lemah menjadi ‘hero’ .

Piala Dunia 1982 memahatkan Italy sebagai Juara Dunia dengan Paolo Rossi menjadi heronya … tapi sebelum itu, siapakah Paolo Rossi? .. semua orang tak mengenalinya. Begitu juga dengan Ronaldo dengan kisah tragis ‘sawan-nya’ ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1998 .. daripada ‘phenomenom’ kepada ayam belasahan media massa local dan antarabangsa.

Sebenarnya kebangkitan Kelantan bukan bermula dengan sekelip mata. Daripada Tan Sri Annuar Musa dan kombinasi awal dengan memilih Cikgu Jan ( Coach Norizam ) dan kemudian P Butler yang mula-mula menaburkan benih yang hampir dapat Kelantan tuai pada musim ini. Kombinasi ini jugalah yang menunjukkan beberapa perkara yang harus dilihat FAM sebagai suatu model. Majlis Pengenalan pemain Kelantan dilakukan di Shopping Complex yang tersohor di Kota Bharu juga mempunyai maksud yang mendalam bagi memancing para peminat negeri Kelantan.

Namun sayangnya sekali lagi, kerana pihak KAFA sepatutnya menjadikan ‘merchandise’ menjadi suatu cabang bagi menjana pendapatannya. Kerjasama dengan Sportzone sebenarnya suatu langkah yang paling tepat bagi menjadikan ianya lebih berkesan tetapi hari ini kita masih melihat yang t-shirt dan lain-lain momento ‘pirate’ masih banyak berleluasa dijual merata-rata.

Berbalik kepada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 .. Kelantan Vs Negeri Sembilan… pertemuan Halim Napi vs Si Kembar N9 .. pertemuan antara midfielder generasi lama (Rezal Zambri, Idris Karim ) dengan perancang baru (Daudsu, Khairan, Indra, Rizal ) … pertemuan Wan Jamak vs B Sathia … semua ini memungkinkan pertemuan klasik penutup tirai Piala Malaysia dekad ini.. Walaupun N Sembilan dengan ramai pemain dan bekas-bekas kebangsaan dibandingkan dengan Kelantan hanya mengharapkan Indra seorang yang menjadi first-eleven Malaysia. Begitu juga anugerah 100 Plus FAM yang baru-baru ini membariskan hanya 2 orang pemain Kelantan (Indra dan Ezrie ) menampakkan sedikit pilih kasih panel pemilihannya.

Tidak adakah pemain Kelantan lain yang berkaliber yang boleh dicadangkan dalam senarai Anugerah 100 Plus FAM itu… kemanakan Zamri ( bagi pemain harapan ), kemanakah Farhan ( yg membuktikan kepada Rajagopal baru2 ini )….. dimanakan taraf Farisham, pertahanan Kelantan yang pada saya sangat ‘cool’ atau ke manakah Halim Napi yang jikalau satu lawan satu memberikan lawan kurang 5 % kebarangkalian untuk melepasinya…. Itu hanya sedikit … kerana sebenarnya terdapat pemain lain juga berpotensi ( lebih-lebih lagi yang muda seperti Nizab Ayub, Ailim, Rojo, Daudsu, Khairan, Rizal dan Hanif )

Faktor ‘Piya’ juga memainkan peranannya yang tersendiri buat pasukan Kelantan. Kapten yang cedera teruk (patah kaki) ini menjadikan peminat lebih ‘mendekati’ Kelantan kerana kaptennya orang Kelantan. Namun sekarang tidak begitu… oleh kerana Kelantan tengah ‘naik syeikh’… dan Indra juga bijak memainkan peranannya, dengan karektornya yang semakin ‘gedebe’ dan agak ‘robust’ menjadikan beliau semakin menyelami budaya ‘gedebe’ masyarakat Kelantan (nota: Gedebe dalam konteks orang Kelantan bukan membabi buta sebenarnya tetapi apabila rasa diri ditindas atau di anak tirikan seperti yang sama-sama dirasakan penyokong Kelantan selama ini oleh FAM ( ini pendapat peribadi ).

Sabtu ini memungkinkan segalanya buat Kelantan .. menang akan menjadi suatu sejarah.. kalah juga menjadi suatu sejarah.. Memang kesian kepada wargakota Sabtu ini kerana semua chef-chef tomyam akan berkampung di Bukit Jalil….. Walau apa-pun, untuk penyokong Kelantan, harap jangan mengabaikan Solat pada hari perlawanan tersebut… InsyaAllah kemenangan akan dipihak Kelantan… kerana ini lah yang kita semua doa-kan dan buat semua pemain Kelantan, tiada lagi kemuncaknya selain daripada hari sabtu ini. Bermainlah dengan penuh semangat dan jagalah psikologi pihak lawan ( seperti biasa mereka akan bermain robust dan akan berpura-pura sakit atau melambatkan permain ; buktinya ialah Separuh Akhir Piala FA di Kota Bharu)

Buat penyokong dan penonton bolasepak serta pencacai bolasepak .. nikmatilah perlawanan akhir ini dengan semangat penonton yang sejati … kita boleh jadi ‘ULTRAs’ tapi jagalah jatidiri masing-masing.. semua mata akan tertumpu kepada game ini.. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak kita yang menonton perlawanan ini, kerana merekalah yang akan menjadi tali hayat kita nanti bagi menjadikan Malaysia sebagai ‘contender’ dalam Piala Dunia.

Akhir sekali buat Rakyat Kelantan ; Buat apa kita berfikir panjang lagi… Ayuh kita semua ke Bukit Jalil Sabtu ini…. Peristiwa perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan ini bukan boleh berlaku setiap minggu … Jadi … marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada Kelantan dan bolasepaka Malaysia khasnya … InsyaAllah KELANTAN AKAN MENJADI JUARA dengan DOA TUAN/PUAN…

GOMO KELATE GOMO….

 

Red Warriors akan membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Semalam di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan melupakan kehilangan sementara Indra Putra kerana menjalani pergantungan satu perlawanan apabila membenam Perlis 3-1. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan apabila meledak hatrik manakala gol tunggal Perlis dihasilkan menerusi Firdaus Faudzi. Kemenangan itu menyaksikan Kelantan mara dengan agregat 5-1 selepas menang 2-0 minggu lalu.

Kemaraan bersejarah dalam tempoh 39 tahun itu walaubagaimanapun sedikit cacat dengan kekacauan oleh penyokong Perlis yang membaling objek-objek keras kepada penyokong dan bas-bas rombongan penyokong Kelantan. ( dan Paper hari ini langsung tidak memaklumkan kejadian yang memalukan ini)…..

 

For the last two days gua pening memikirkan kenapa itunes tak leh nak access…. dah kering semua idea dan ilmu digunakan tapi tak jugak-jugak dapat resolve… banyak jugak lah website yang telah di google-kan dan hasilnya memang menghampakan…. selama 2 hari tu gua guna i-phone yang ‘standard’…. tak ada modification langsung …. cuba korang bayangkan kalau bawa keta yang standard … tak best kan.. macam toya jer kan..

… and then this morning baru gua perasan yang untuk selama masa tu, gua access itunes guna laptop office ( tapi bukan waktu opis hour okkk)…. kelebihan laptop ni ialah, my company dah ‘tanamkan’ kat dalam tu sejenis macam firewall atau proxy atau aper mende nama pun aku tak tahu… TU LAH penyebab kenapa  gua tak boleh nak Access itunes….

So this morning…. gua dah disablekan FIREWALL tu, jadi semua settle la..

APA lagi ………macam tak ada kerja lain la lepas tu… asyik mendownload FREE application dan FREE games jer kerjanya (yang ni mengaku guna lappy office but guna Broadband) … macam-macam benda dah di download… tunggulah malam nanti…. mahu berebut ngan anak nak main games melalui iphone

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha