1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur
 

Dengan statusnya Juara dan Naib Juara Liga Super (disamping Juara dan Naib Juara Piala FA) musim ini, Kelantan dan Terengganu bakal diletakkan dalam kumpulan berbeza apabila majlis pengundian kempen Piala Malaysia berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada 05.08.2011 Jam 5.00 petang. Ini bagi mengelakkan mereka bertemu sesama sendiri awal dalam peringkat selain separuh atau perlawanan akhir nanti.

So mengikut ranking, Selangor dan Kedah bersama-sama dalam pot yang utama. Berikut ialah seeding yang diberikan FAM ke atas semua pasukan yang bertanding.

Balang 1 – Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah.
Balang 2 – Perak, Johor Fc, N.Sembilan, T-Team.
Balang 3 – Sabah, Felda United, K.Lumpur, Pkns
Balang 4 – Sarawak, Pdrm, Johor, Sime Darby

tunggu yer ….

++++++++++++++ U P D A T E +++++++++++++++++++++++++++++++++++

So , selepas pengundian dilakukan petang Jumaat semalam, berikut ialah seteru yang akan berlawan pada pusingan awal Piala Malaysia..

Kumpulan A : Kedah, Perak, Sabah, Johor.
Kumpulan B : Terengganu, N9, Pkns, Sime darby.
Kumpulan C : Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak.
Kumpulan D : Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM.

Saingan Piala Malaysia 2011 akan bermula pada 6 September 2011 dan kemuncak Perlawanan Akhir pada 29 Oktober 2011

Suku Akhir:
Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D
Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C
Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B
Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A

Separuh Akhir:
(Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D) lwn (Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B)

Akhir
(Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C) lwn (Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A)

====>>> So, pendapat aku team yang akan layak ke suku akhir ialah :-

Kumpulan A : Kedah, Sabah

Kumpulan B : Terengganu, PKNS

Kumpulan C : Kelantan, Felda United

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur

=======> Apa pula pendapat kalian ????

 

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu (Travelog Tarbiah)
RM25.00 , 267 hal

Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ‘ Siapa kamu menentukan cara kamu melihat’. Kesannya pula ialah, ‘ Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat’.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif atau nama penuhnya Hasrizal Abdul Jamil di bumi Khilafah Othmaniyyah atau Turki. Ia banyak bermain dengan prosa-prosa proses  mengenal hati budi kenalan dan teman-teman, samada yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan sepanjang pengembaraan di negara yang kita sering didengari semasa pelajaran sejarah Tingkatan Lima dulu. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk kita semua  melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sinarnya gelita, hingga terbit fajar janji-NYA.

Buku ini dibeli kerana aku sudah kehabisan stok buku yang hendak dibaca dan setelah membeleknya disebuah kedai buku berdekatan, aku membelinya terus tanpa curiga. Tanpa curiga yang aku maksudkan ialah kerana aku pernah berjumpa personally dengan pengarang buku ini di PCB Beach Resort semasa syarikat aku membuat satu sesi workshop dan sepanjang sesi tersebut aku memang terasa terhibur dan rasa bermanfaat dengan apa yang dilontarkan oleh Abu Saif dalam sesi tersebut.

Seperti juga dengan blognya Saiful Islam, buku ini menampilkan gaya penceritaan yang amat berlainan jika kita membuat perbandingan dengan cara penulisan dari kalangan golongan-golongan para penulis yang bergelar Ustaz. Dengan kata mudah yang lain … ianya witty dan cute. Dan paling penting buku ini amat sesuai bagi orang yang selama ini melihat Turki sebagai ‘Bapak Sekular’. Yer … bagi aku yang selama ini hanya membaca cerita tentang Turki di akhbar-akhbar, dan selama ini mendengar kehilangan ‘nafsu Islam’ diTurki kerana sifat jahatnya Kamal Atartuk, buku ini menerbitkan rasa hormat aku kepada Turki. Bagaimana ia menceritakan kesungguhan para penghafaz Al Quran dan kehebatan golongan yang sentiasa mahu menegakkan kembali kehebatan Islam di sana.

Sebagai pengakhiran, aku berpendapat tiada pujian yang paling tinggi untuk diberikan kepada penulis dan karya yang sangat istimewa ini selain selepas khatamnya aku membaca buku ini, aku terus tanpa membuang masa pergi kembali kedai buku dan membeli dua naskah lain karya Abu Saif . Terima kasih Abu Saif dan ketahuilah bahawa kini peminat tegar karya anda bertambah seorang lagi iatu aku.

Aug 022011
 

Ini bukan sebarang test, ini adalah eksperimen yang tiba-tiba aku nak dan kena  buat.

Aku tahu ngkorang tak tahu kenapa tajuk entry aku ni TEST sebab aku hanya nak tengok jenis hurufnya akan berubah sekiranya aku menggunakan tulisan jenis italic.

Maaf kerana perkara remeh ini.

Dan banyakkan bersabar dibulan Puasa yang mulia ini.

P/s : Sesiapa yang masih lagi blur, sila perhatikan huruf   ‘A’ diantara jenis huruf yang normal dan jenis huruf yang dah aku italic – kan . Ianya berlainan walaupun ianya menggunakan jenis huruf yang telah aku setting-kan yang sama dan standard.

 

Apa yang aku tulis nih memang tak penting untuk korang tapi ianya sangat significant untuk aku yang selalu tak hebat dalam mengikut segala perancangan yang digariskan. Untuk semua yang kat list dibawah, aku harap mampu membuat kesemuanya walaupun ianya dilakukan tanpa rasa ikhlas atau dengan tahap kemalasan yang tinggi. Yerlah … kalau tak buat lagi haru, at least walau keberatan pun ianya sebagai langkah aku melawan nafsu dan menjaga kehormatan ramadhan.

Berikut ialah resolusi Ramadhan 2011:-

a) Last year sempat bertahan 10 hari, tapi this year aku harap  aku TIDAK menjejakkan diri ke pasar Ramadhan paling kurang 20 hari … yang ni idea biasa saja tapi nak buat cukup payah.. yer lah tak kan nak buat murtabak sendiri kan kalau dah teringin sangat tu.

b) no more radio dalam kereta ke tempat / balik kerja – HANYA USB dengan hiburan dan ceramah Alternatif.

c) no more cerita Korea this Ramadhan.

d) BPL – hanya boleh bila mana at least selepas terawih, dah siap baca half juzuk quran.

e) Terawih – Lagi hebat dari tahun lepas ..

f) 10 Malam terakhir Ramadhan- Last year sempat lah jugak kat Masjid Intan Zaharah dengan sembahyang sunat tasbih etc.. Tahun ni at least malam-malam ganjil tu confirm kat sana.

g) Qiam – Lagi hebat dari tahun-tahun lepas.

h) Al Quran – Tak nak lagi last last tu baru terkejar-kejar .. ( tapi hingga entry ni ditulis baru 1/30, yang sepatutnya dan 2/30 )

i) Sahur – 100 percent sebab nak ajar Dina berpuasa.

j) Berat Badan – Overweight – KURANG sebanyak 5 Kilo adalah munasabah walaupun 7 kilo adalah yang terbaik..

+++ Tu jer .. tak nak banyak-banyak dan yang paling penting lebih berisi lagi ..

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha