Semalam menoktahkan suatu sejarah baru dengan Kelab Manchester United telah memenangi Charity Shield yang ke 18 dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Pertemuan dengan Chelsea di Stadium Wembley yang baru dibaikpulih/ganti rumputnya berkesudahan 3-1 kepada Man United. MElihat pertemuan semalam, Man United nyata di hadapan dalam memburu kejuaraan liga setelah mereka terpaksa mengalah kepada Kelab Chelsea pada penghujung musim yang lepas.

Apa yang ketara juga semalam ialah bagaimana Paul Scholes memainkan peranannya dengan mengucar-kacirkan pertahanan Chelsea dengan hantaran-hantaran yang mengelirukan. Begitu juga winger Man United seperti Nani, Valencia, Park Ji Sung semakin bertambah matang dalam menghadapi lawan yang se’gah’ mereka.

Begitu juga dengan pendatang baru Javier Hernandes yang berjaya menjaringkan gol yang pertama untuk Man United dalam suatu perlawanan yang kompetetif. Berbatov juga nampak menyengat dengan gerakan yang bersahaja dan akhirnya semalam menjaringkan satu gol yang ‘cool’ pada minit terakhir perlawananan yang menyentap semangat Chelsea pada akhirnya.

So… musim ini di Liga Perdana Inggeris.. apa ramalan anda..?

Melihat semalam sudah tentunya , Man United  ternyata di hadapan Chelsea… namun begitu Man City, Arsenal, Liverpool dan Spurs juga mampu menjadi pencabar terkuat dan tidak mustahil, pada musim hadapan Chelsea dan Man United tidak layak untuk bermain di liga Juara-Juara Eropah..

 

Sir Alex Ferguson sekali lagi menyalahkan pengadil apabila Fletcher dikenakan tindakan buang padang akibat layangan dua kad kuning dalam perlawanan tempoh hari. Keputusan seri juga lebih melukakan hatinya yang secara matematiknya memberi kelebihan kepada Chelsea.  Selepas beberapa ulasan yang menyedihkan kepada pengadil terutamanya Alan Wiley yang beliau anggap hanya berjalan kaki menghabiskan sisa masa ketika satu perlawanan melibatkan pasukan Red Devils.

FA England sepatutnya lebih bertegas dengan Pak Alex. Pergantungan 3 atau 5 perlawanan memang wajar bagi menjaga maruah individu dan dalam kes ini adalah pengadil. Satu cara lain ialah dengan memaksa Pak Alex membuat kerja-kerja kebajikan ataupun hantar terus ke kem PLKN di Setiu Agro Resort. Cubalah anda fikir akan kewarasan orang-orang komplen tentang suatu keputusan yang perlu dibuat dalam ‘split second’ yang sudah tentunya ada yang betul atau salah. Kalau kita berfikiran wajar pula, apa kata Pak Alex sekiranya ada makhluk manusia yang mengatakan Pak Alex sebenarnya sudah rabun dan tak mampu menilai mana intan dan yang mana permata atau yang mana kaca sebenarnya, … dalilnya..

CARLOS TEVEZ yang dulu ternanti-nanti tawaran Man United telah berpindah ke Man City telah menjaringkan 10 gol dalam 7 games sedangkan Berbatov dan Owen terganga-nganga mengejar bola…

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha