TARIF NAIK TAK MEMBEBANKAN
PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memastikan kenaikan tarif elektrik akan datang turut tidak akan membebankan rakyat seperti mana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus isi rumah.
Perdana Menteri berkata, kajian dari semasa ke semasa akan dilaksana agar sebarang kenaikan setimpal dengan bebanan rakyat.
Sebagai sebahagian daripada proses merasionalisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan kelmarin mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj berkuat kuasa hari ini.
Lebih kurang 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan dijangka tidak akan terjejas dengan kenaikan tersebut.
Aku bukan sebenarnya orang yang senang tapi bukanlah juga seorang yang susah atau miskin. Tapi semenjak dua menjak ini kenaikan harga barang memang tidak terkawal dan tidak dapat dielakkan oleh para peniaga yang mengambil kesempatan hasil daripada kenaikan beberapa barangan lain seperti harga minyak, harga gula dan yang paling terbaru sekali ialah kenaikan kadar tariff eletrik.
Kepada para-para suami yang selalu mencari bahan untuk keperluan keluarga tak kiralah secara mingguan atau sekali sebulan, anda mesti perasan yang harga barang keperluan asas yang banyak meningkat. Begitu juga segala barangan lain yang boleh kita anggap sebagai aksesori dalam kehidupan kita. Aku bercakap ni sebagai seorang lelaki atau ketua keluarga yang kononnya perihatin dengan masyarakat yang jauh lebih susah dari aku kat luar sana.
Berbalik kepada statement kat atas tu … hebat bukan … aperr…. takkk… ikut suka ngko…lah
Yer sebenarnya ia bukan statement yang hebat kerana jikalau anda sebagai ketua negara anda harus faham yang rantaian sesuatu barangan sangat panjang dan kompleks. Memang kalau dilihat hanya sedikit pengguna elektrik yang terjejas TETAPI banyak kilang-kilang atau pengeluar-pengeluar barangan keperluan terjejas akibat tariff ni dan menyebabkan mereka akan MENAIKKAN HARGA BARANG_BARANG KEPERLUAN KITA selaras dengan peningkatan kos mereka.
Yer memang mudah dan ringkas sahaja hipotesisnya.. satu benda naik … yang lain akan ikut naik .. tapi kalau satu benda tu turun … maka tak semestinya yang lain akan turun. Itulah yang uniknya dan ia memerlukan pengajian yang panjang untuk aku menerangkan isu mikro dan makro ekonomi ini.
Lain kali lah aku cerita Bab Ekonomi tu yer … aku nak pergi basuh baju kat dalam bilik air tuh… bukan apa , tariff dah naik dan kena jimatkan belanja untuk kurangkan penggunaan mesin basuh elektrik.
chioowww

Follow me on Twitter
Bebelan….