Seperti yang ditunggu oleh semua peminat bolasepak, perlawanan akhir Kejohanan Liga Juara-juara Eropah menampilkan pertembungan yang dramatik. Kisah di Wembley tahun ini sungguh berbeza daripada dua-tiga perlawanan akhir yang terdahulu menampilkan suatu pertarungan yang sungguh mengasyikkan. Barca dengan hantaran-hantaran yang kemas serta Man United dengan serangan balas yang pantas.
Sepuluh minit pertama penuh lancar dengan serangan dari Man United, namun selepas itu barulah Barca mula mencengkam sedikit demi sedikit penguasaan bolanya. Memang tekanan untuk bermain di Perlawanan akhir sungguh tinggi. Kecuali Xavi dan Iniesta, pemain lain nampak masih segan untuk memegang bola dengan lama. Mungkin adrenalin yang dirembes terlalu deras hingga keupayaan agar ‘berpijak dibumi nyata’ sukar untuk digapai oleh setiap pemain
Hasil nya, setelah 90 minit, 3-1 KEMENANGAN UNTUK BARCELONA
Barca
1. Pedro 27′
2. Messi 54′
3. David Villa 69′
Man United
1. Rooney 34′
p/s : Nampaknya, Sir Alex tak jadi lah nak pencen ..

Follow me on Twitter
Bebelan….