Teringat kata-kata member dekat Facebook ” Team Arsenal semua muda-muda dan berbakat besar” , noktah

Game semalam boleh lah dikatakan game of the season pada peringkat awalnya dan selepas 90 minit, ianya boleh ditaksirkan sebagai medan budak-budak belajar dari orang dewasa… men against boys kata orang puteh.. Tiga berbalas kosong atau tanpa balas menunjukkan Arsenal belum lagi mampu mencabar kejuaraan liga. 11 mata ketinggalan daripada pendahulu liga Chelsea mungkin boleh memalingkan mereka daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris tahun ini.

Penawar buat Wenger and the gangs ialah Liverpooool masih dibelakang mereka walaupun menang 2-0 ke atas Everton dalam derby mereka walaupun perlawanan banyak dikuasai oleh Everton ( yang sebenarnya masih frust sebab stadium baru mereka belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mereka.. ).. p/s: mengalahkan PBT masih Malaysia pulak dioarang nihh..

Berbalik kepada game Arsenal – Chelsea ; Yang paling ketara kelemahan arsenal ialah Defend to be honest ( pinjam kata-kata Shebby Singh… berapa kali punya to be honest daaaa).. Kegagalan mereka mengawal Drogba a.k.a Kerbau menyebabkan mereka terpalit tahiknya… Arsenal bukan lagi di zaman Tony Adam .. atau mempunyai defender sehebat gandingan Nesta-Cannavaro .. Galas agak lembik untuk memotong hantaran lawan dengan memberikan Drogba suatu ‘tap’ mudah untuk gol pertama Chelsea pada minit 41.

Gol kedua juga Gallas tak memainkan peranannya, kegagalan menahan awal bola daripada memasuki kawasan petak – D mengelirukan Vermailen dan seterusnya memberikan peluang untuk Vermailen menjaringkan gol sendiri … hahaaa gol yang memberikan kedudukan selesa kepada Chelsea sebelum 45 minit seterusnya.. Seterusnya Arsenal menguasai bola walaupun yang di kira dalam bolasepak ialah jaringan gol .. hantaran yang kemas tak dikira lah wei … Sehinggalah  minit 80 ++ , freekick Drogba @ kerbau yang pada pandangan penonton tidak mudah untuk di ‘score’ sekiranya Arsenal menambah player lagi untuk membuat benteng…

Hasilnya 3-0 buat Chelsea yang seterusnya membongkakkan lagi Managernya yang berpendapat Chelsea boleh bermain lebih baik dan lebih banyak penyudah boleh disudahkan walaupun telah menang game 3-0.. ….dasar italian….

So .. apa yang boleh dibanggakan Arsenal semalam ;  Hanya tiada pemain injured …… so next game akan lebih kuat walaupun tanpa Van Persie …. ( selama 5 bulan)

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha