Adakah anda lelaki ?
Adakah anda kaum yang lemah gemalai iaitu Perempuan?
Atau adakah anda seorang pengkaji serangga?
Adakah anda seorang peminat Naruto ?
Atau adakah anda seorang jedi?
Adakah koram hati kering ? hinggakan sanggup menelan Tarantula hidup-hidup seperti dalam cerita X Factor
or…. Adakah korang seorang yang berhati waja dan memandu kereta waja ? hinggakan sanggup berpuasa lengkap sebulan termasuklah puasa juga untuk deria-deria yang lain.
Adakah korang seorang yang tahu menyusun selipar dengan betul semasa ke surau setiap malam semasa berterawih? hinggakan bakat anda menyusun tadi lebih baik daripada K Rajagopal menyusun player Harimau Malaya semasa menentang Singapura tempoh hari.
… Jika anda ada atau bukan kepada kepada semua soalan itu, masuklah/ joinlah Fantasy Football yang aku createkan ini. Walaupun hadiahnya cuma tiga belas bijik Ipad 2 dan seutas jam tangan Panerai, aku berharap anda dapat mengambil bahagian dan bersama-sama mengeratkan silaturrahim. Satu saja pantang larang yang patut dipatuhi semasa pertandingan untuk musim ini berlangsung. Iaitu pengelola berharap pemain semua masih dapat menunjukkan muka yang serius banget walapun pasukan anda mendapat mata tak lebih daripada 15 setiap game berlansung…
Kepada sapa yang nak join sila click link kat bawah dan masukkan Kod Liga : 166460-53189 {Code to join this league: 166460-53189 } bagi mengauli Liga Kampung Dusun yang telah aku set-upkan dengan tulang empat kerat aku ini…
http://fantasy.premierleague.com/
Chioww…

Follow me on Twitter
Bebelan….