Gambar Kredit to ://e-bolasepak.blogspot.com/

Setelah berakhirnya musim tengkujuh yang banyak melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, Malaysia akan dihangatkan lagi dengan gelombang baru yang akan membadai bermula 29 hb Januari 2011. Demam bolasepak yang masih lagi terasa semenjak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki Cup mengalahkan Indonesia menyebabkan dunia siber semakin bercambah dengan blog-blog, petikan twitter, fanpage di facebook dan juga forum bolasepak.

Seperti juga mana-mana liga bolasepak lain, musim bolasepak Malaysia untuk tahun 2011 akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih / Piala Sultan Hj Ahmad Shah. Sedikit kontroversi timbul akhir tahun lepas bila Negeri Sembilan mengungkit siapa yang sebenarnya layak bertanding untuk mendakap piala pertama untuk tahun 2011. FAM bagaimanapun telah memutuskan bahawa Selangor  sebagai Juara Liga Super akan melayan Kelantan selaku penyandang Piala Malaysia. Perlawanan ini selain mempertaruhkan piala dan hadiah wang ringgit, ia juga menjadi taruhan Tiga Mata yang perlu untuk bekalan awal samada Selangor atau Kelantan bagi memimpin Liga Super tahun ini.

Jadi 29 haribulan Januari 2011 bertempat di Stadium Shah Alam akan sekali lagi menjadi venue yang sudah tentu akan mendatangkan gerun bukan hanya kepada pemain di atas padang, tetapi juga untuk para penyokong yang memang sudah faham sangat suasana yang akan ‘panas’ nanti. Dengan isu-isu yang boleh dikatakan akan menjadi ‘firestarter’ seperti imbasan suasana tegang Suku Akhir Pertama Piala Malaysia tahun lepas, ‘status 3 Abdul’ dan yang terbaru pula pergantungan 6 bulan jurulatih utama Kelantan iaitu B Sathianathan, menyebabkan PDRM dan FRU harus bertindak bijak menangani keadaan yang mungkin panas nanti.

Sayugia diingatkan bagi setiap penyokong bolasepak Kelantan, perlawanan 29 hb nanti adalah bukan satu perlawanan untuk 3 mata. Ianya bukan sekadar peluang menambah koleksi Piala. Medan stadium Shah Alam juga bukan ruang untuk menambah kantung yang ada walaupun FAS mengambil jalan singkat menaikkan harga tiket ke RM 20.00 ( FAS hampeh). Penyokong Kelantan juga bukan berpendapat ia kan menjadi medan siapa lebih ‘membunuh’ antara Nor Shahrul Idlan dengan Safee Sali. Juga bukan sekadar ingin melihat samada Safee dapat melepasi gawang yang dikawal Apek/Khairul Fahmi. Ianya lebih dari itu…

Dalam konteks bolasepak Malaysia hari ini, sekiranya Selangor bertemu Kelantan, sudah tentu Pakcik-pakcik akan berfikir lima-enam kali sekiranya ingin membawa makcik-makcik ke Stadium untuk menonton perlawanan tersebut. Apatah lagi jika mereka ada niat membawa anak-anak kecil ke stadium. Ini ialah REALITI..

Sememangnya suasana diluar Padang yang semestinya hangat sememangnya menjanjikan persaingan sengit di atas padang. Dengan kelompok  pemain dan jurulatih yang disegani iaitu K Devan dan juga Dato’ M Karathu yang yang sempat melatih pemain Kelantan hanya 2 hari, perlawanan Piala Sultan Hj Ahmad Shah pasti menjanjikan pertarungan epik sebagai pemula musim Liga Bolasepak Malaysia 2011. Sekadar pendapat, berikut ialah analisis percaturan bagi setiap penjuru yang akan menentukan siapa yang lebih berpeluang menjulang kejuaraan pertama musim ini.

 

PERSIAPAN PRA MUSIM

Sememangnya Selangor lebih menonjol dalam hal persiapan pra musimnya, dengan bantuan kewangan yang mantap, mereka memulakan persiapan pra musim dengan membawa nadi pasukan Kuala Lumpur tahun lepas iaitu Azidan Sarudin . Takkala pasukan lain masih terkial-kial dengan persiapan, Pasukan Selangor telah terbang ke Australia dan menjalankan beberapa perlawanan persahabatan yang berkesudahan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah. Manakala itu pula, persiapan pasukan Kelantan penuh dengan liku-liku. Jadual padat sambutan kemenangan tahun lepas, masalah padang, masalah pemain yang ‘cabut lari’, masalah monsoon yang melanda dan isu stadium mewarnai persiapan Kelantan kali ini. Isu penggantungan B Sathianantan secara mengejut juga menambah luka yang ada terhadap FAM dan mujurlah tindakan Presiden KAFA yang pantas dengan mengambil M Karathu sebagai jurulatih utama Red Warriors untuk musim ini. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan pra musim yang kebanyakkannya diadakan di luar Kelantan.

Kelantan vs Pasukan gabungan jajahan  - 3:0

Kelantan vs Kelab Liga Presiden KAFA – 6:0

Kelantan vs Pulau Pinang  - 1:1

Kelantan vs Harimau Muda  - 1:4

Kelantan vs Sarawak  - 1:2

Kelantan vs Felda United  - 0:4

Kelantan vs Sime Darby – 1:1

Kelantan vs USM – 0 : 1

Kelantan vs Perlis – 2:0

Kelantan vs Pulau Pinang 4 : 0

Kelantan vs Kedah – 0 : 1

 

Jika dilihat daripada perlawanan pra musim Kelantan, hanya kemenangan menentang Perlis dan Pulau Pinang yang boleh dibanggakan. Kekalahan kepada pasukan ‘lemah’ seperti USM dan kekalahan teruk seperti dengan Harimau Muda, Felda dan Kedah menunjukkan pencapaian sebenar persiapan pra musim Red Warriors. Walaupun ramai mungkin berpendapat kehilangan ‘Tiga Abdul’ sebagai penyebab, ia sememang alasan yang dhaif kerana sepatutnya kehilangan Azizi saja yang agak dirasakan kerana pengganti Indra dan farhan memang sama atau mungkin lebih hebat dari mereka berdua.

 

JURULATIH DAN PEMAIN

Sepatutnya kelebihan yang berpihak kepada Kelantan telah dinafikan saat akhir oleh FAM dengan menggantung Sathia. Seperti yang sedia maklum, K Devan kerap membuat beberapa kesalahan dengan melakukan pertukaran pemain yang tak strategik tak kala permainan berlangsung. Dan B Sathianathan dengan karisma yang tersendiri dan kerap melakukan ‘kejutan’ pada perlawanan yang penting dan sentiasa ‘rise to the occasion’ di saat para penyokong mengharapkan keajaiban di atas padang. Pengganti Sathia iaitu Dato M Karathu sebenarnya bukan asing bagi Kelantan dan diharap beliau dapat menggunakan peluang ini untuk menonjolkan dirinya semua setelah agak ‘kelam’ dalam beberapa tahun ini. M Karathu sebelum ini telah membimbing Negri Sembilan FA, Kelantan FA, Malaysia Youth Academy, Woodlands Wellington FC dan Sri Lanka .

Analisa pemain kedua-dua pasukan menunjukkan  keseimbangan bagi kedua-dua pasukan. Kelantan agak mantap di posisi penjaga gol dan bahagian tengah dan Selangor mempunyai kelebihan di bahagian pertahanan dan juga Penyerang. Walaupun  Mat Yo sememangnya penyerang terbaik Malaysia ketika ini, sumbangan ‘partner’ yang boleh mengheret atau mengucar-ngacirkan  ‘last man’ Selangor masih lagi agak kabur. Kelantan agak beruntung juga kerana Khairol Anuar Baharom digantung untuk perlawanan Sabtu ini dan sepatutnya Ramzul atau mana-mana pemain yang akan digandingkan dengan Mat Yo haruslah mengambil peluang yang ada untuk menghukum Selangor pada saat kita memerlukan. Serangan Selangor  yang diketuai oleh Safee Sali juga tak kurang hebatnya. Beliau yang dibantu oleh empat serangkai iaitu Amri Yahyah, Amirul Hadi, Fadzli Shaari dan Kapten Malaysia Safiq, menjanjikan perkhabaran yang patut dirunsing oleh pertahanan Red Warriors.

Barisan tengah Kelantan sebenarnya hebat dan menjadi nadi semenjak 2-3 musim lepas. Walaupun mereka kerap dilagukan sebagai ‘unsung hero’, tetapi taruhan di atas padang sepatutnya lebih terarah kepada mereka. Dalam posisi defensive midfielder, Shakir Shaari memang terbaik dalam kelasnya. Jika dibanding dengan Amar Rohidan dalam pasukan Malaysia, Shakir memang tiada gantinya dalam pasukan Kelantan dan beliau berada dalam kelas yang tersendiri. Kepada yang pernah menonton di stadium, takkala Jurulatih mengeluarkan Shakir dari permainan, akan terdengarlah ‘Arrggghhh’ dari kerusi penonton yang agak bimbang dengan ruang yang mungkin akan ada di barisan ‘back four’ pasukan Red Warrior akibat Shakir digantikan pemain lain.

Dalam Piya we trust ; itulah harapan seluruh rakyat Kelantan kepada Kapten Kelantan musim ini. Piya sepatutnya bersyukur yang beliau akan mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada musim ini kerana beliau akan mengambil semua sepakan percuma pasukan Kelantan. Dibayangi Indra musim lepas yang banyak mensia-siakan sepakan percuma, tahun ini merupakan cabaran sebenar pemain ini yang seharusnya menggunakan pengalamannya yang banyak berkelana di pasukan lain bagi mengemudi Kelantan meraih lebih banyak piala tahun ini.

Awe dan K Soley merupakan perlengkap kepada impian pengurusan yang mahukan permaian yang pantas dari Kelantan musim ini. Chanturu telah memperlihatkan kebolehan yang ada dan sepatutnya tahun ini, S Chanturu ini merebut tempat di posisi wing kanan secara tetap dan seterusnya mengembangkan kerjayanya dalam pasukan Malaysia. Perlawanan sabtu ini seharusnya  menampilkan persembahan yang laju dari barisan Midfielder dengan tambahan pemain yang baru di bawa masuk ini. Sekiranya ianya menjadi kenyataan dan dibantu oleh penyudah yang ‘membunuh’ barisan penyerang, realiti untuk melihat Red Giant tersungkur di laman sendiri seharusnya menjadi kenyataan.

Pertahanan masih menampakkan sedikit kegoyahan Kelantan musim ini. Jikalau diukur persiapan awal musim, Kelantan bolos 14 gol. Satu jumlah yang besar dan secara puratanya bolos lebih daripada satu gol dalam setiap perlawanan. Walaupun di atas kertas, Daudsu, Farisham, Ropi, Rizal, Wan Rohaimin dan Subra boleh membentuk jalinan pertahanan yang mantap dan sepatutnya senang-senang mengekang barisan penyerang kebangsaan sekalipun, ianya tidak menjadi sebegitu. Entah apa yang menyebabkan ini berlaku. Namun dengan M Karathu yang membimbing, diharap percaturannya akan menjadi dan seperti yang dibuat oleh mana-mana jurulatih terbaik lain, meletakkan 2 orang pemain defensive midfielder dengan formasi 4-5-1 harus menjadi taruhan Kelantan sabtu ini.

Posisi penjaga gol akan menjadi taruhan sabtu ini sekiranya perlawanan ini berlanjutan ke sepakan penalti. Namun begitu, Selangor yang masih lagi teragak-agak menentukan siapakan penjaga gawang utama mereka tahun ini dan ianya akan menjadi tekanan kepada penjaga gol yang dipilih. Mungkin sabtu ini Saiful Amar akan dipilih dan bekas penjaga gol PKNS masih kurang berpengalaman dan sepatutnya boleh diambil peluang pemain Kelantan. Manakala digawang Kelantan, Apek akan mengemudi dan walaupun telah menunjukkan persembahan yang sangat cemerlang dalam Piala AFF baru-baru, ia bukan suatu jaminan dan ianya memerlukan persefahaman yang kukuh di atas padang bersama pemain-pemain lain. Walaupun secara dasar, ketenangan Apek memang banyak dicemburui oleh Selangor, banyak lagi harus diperbaiki terutamanya ‘positioning’ dan ‘timing’ untuk menumbuk bola dari kawasan merbahaya.

 

FAKTOR PENENTU

Perlawanan sabtu ini akan menentukan banyak perkara. Antaranya perjalanan liga untuk pasukan juara dan naib juara liga super tahun lepas. Tahun 2011 ini menjadi lebih sengit kerana terdapat 5-7 pasukan lain yang mampu untuk mencabar kejuaraan utama. Kedah, Felda, Negeri Sembilan, T Team, Johor FC dan Pahang mampu menyekat Selangor, Kelantan dan Terengganu dan tidak juga mustahil Perak akan bangkit tahun ini.

Faktor penonton  yang biasanya  juga akan memberikan kelebihan kepada pasukan yang bertanding tidak akan menjadi hak mutlak tuan rumah hujung minggu ini. Ini kerana dijangkakan Selangor tidak akan mempunyai kelebihan yang nyata di Stadium Shah Alam kerana barisan Red Warriors akan di sokong oleh penonton Tentera Merah yang semestinya akan mengundang gerun pada pemain dan penonton pada hari tersebut. Cuma diharap, penyokong Kelantan tidak bertindak diluar kawalan dan janganlah berputus asa dengan cepat walaupun kita ketinggalan kerana kita telah membuktikan di final Piala Malaysia tahun lepas, defisit gol awal tidak menoktahkan perjuangan pemain di atas padang.

Secara keseluruhan ukurannya, teknikal pemain dan taktik percaturan jurulatih tidak akan memberikan kelebihan yang nyata kepada Selangor mahupun Kelantan untuk menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah tahun ini.Semuanya hampir sama.  Analisa pemain juga tidak terlalu memberi jurang yang nyata kepada mana-mana pasukan. Semuanya layak untuk sanjungan.

WALAUPUN BEGITU, SAYA MEMANG PERCAYA barisan Red Warriors  yang semenjak 2-3 minggu lalu tak kering dihimpit kontroversi harus mengambil peluang yang ada dan membuktikan kita layak untuk berada dipuncak pada tahun ini. Para pemain harus mengambil peluang hujung minggu ini bagi membuktikan kepada FAM, yang kita anak Kelantan sememang ‘bako oghe berani’ dan setiap tindakan atau cubaan yang dilakukan tidak akan mematahkan semangat kita. Anggaplah perlawanan sabtu ini menjadi taruhan terbaik untuk menutup terus mulut FAM kerana kita selayaknya berada di atas.  Setiap pemain harus bersatu dan penyokong pula janganlah membisu apabila skuad kita bertungkus lumus di atas padang.

Usaha yang hebat dicampur dengan dedikasi yang tinggi serta perkenan dari-Nya sudah tentu akan membuahkan hasil. Jangan leka dan dan jangan mengalah,InsyaAllah Piala pertama musim ini akan dibawa pulang ke Kota Bharu Ahad nanti.

GOMO KELATE GOMO

 

 

Mampukan Kelantan menapak sekali lagi ke Bukit Jalil pada tahun ini ? …. 

YA dan dan inilah dalilnya …

Stadium Sultan Muhamad-IV sekali lagi akan menjadi tuan rumah apa yang dikatakan pertemuan nostalgia apabila mungkin buat kali terakhir akan diadakan perlawanan pasukan keramatnya iaitu Red Warriors dengan Scoreboard manual. Ini berikutan langkah pihak berkaitan telah memutus dan meluluskan belanjawan untuk menukar kepada Scoreboard Elektronik bermula pada musim yang akan datang.

Sabtu ini jugalah seakan menjanjikan suatu pertemuan paling menarik dalam Piala Malaysia 2010 ketika finalis musim lepas iaitu Kelantan menanti Kedah selepas hari Rabu lalu seri tanpa jaringan di Stadium Darulaman untuk perlawanan pusingan pertama, separuh akhir Piala Malaysia 2010.

Memilih dan meramal pemenang untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia ini seperti urusan mengorat awek bertaraf Lisa Surihani ….. PAYAH dan HAMPIR MUSTAHIL.
Kelantan dengan kekebalan di Stadium keramatnya dan sokongan padu penonton yang boleh dikatakan  penyokong terbaik bolasepak tempatan semenjak pasukan ini menjuarai Piala FAM beberapa tahun yang lepas. Semenjak dari itu dan dibantu oleh faktor kemudahan ICT, fan base pasukan Red Warriors telah berkembang dan menyihatkan kantung KAFA bagi membentuk pasukan yang mantap.

Kedah pula dengan kekentalan di gelanggang lawan seperti yang termaktub dalam pertemuan suku akhir di Kuala Terengganu dan juga kebangkitan/kekebalannya dalam permainan kalah mati seperti yang ditunjukkan dalam kejohanan Piala FA pada tahun ini.

Perlawanan Sabtu ini diibaratkan “Winner takes all” . Dengan N Sembilan sedikit goyah dan Johor FC  melangkah setapak untuk ke final. Perlawanan di Kota bharu sudah pasti akan menjanjikan pertemuan yang epik dan pemenangnya nanti sudah tentu akan menjadi favourite pada Final Piala Malaysia 30 Oktober nanti.

INSYA ALLAH, sekiranya KELANTAN @ RED WARRIORS muncul pemenang Sabtu ini , mereka akan melakukannya kerana lima alasan berikut:

1) Faktor Nor Shahrul Idlan

Kelantan menghadapi saat-saat sukar ketika menentang Selangor di suku akhir dan pusingan pertama di Kedah tanpa pemain kebangsaan, Nor Shahrul Idlan kerana penggantungan. Namun pemain penyerang itu akan memberikan impak yang besar kepada pasukan sekiranya berada dalam kesebelasan utama. Larian yang lincah dan tahap confident yang tinggi menyuntik adrenalin yang  berguna untuk serangan pasukan Kelantan. Bekas pemain T-Team itu telah menunjukkan mengapa dia begitu berharga bagi K Rajagopal selepas memimpin serangan pasukan kebangsaan setelah ketiadaan Zakuan Adha. Jurulatih Kedah pula sudah pasti akan memberi amaran kepada pemain beknya yang akan ‘berurusan’ dengan senjata pemusnah ampuh Kelantan  sambil mengharapkan defensive midfieldernya menyekat hantaran kepada Shahrul Idlan nanti.

2) Norfarhan dengan sentuhan magisnya

Banyak yang telah dikatakan tentang kurangnya kreativiti (tak konsisten) di bahagian tengah depan dalam skuad Kelantan dengan Piyaa dan Indra yang tidak seperti musim-musim yang lepas, tetapi Farhan Right Winger Kelantan  telah melakukan pekerjaan yang besar untuk membantu bahagian depannya menyerang.  Bintang Kelantan itu yang ada ‘ura-ura’ telah diintai pasukan lain untuk musim hadapan menjaringkan gol magis pada Separuh Akhir  musim lepas di Kangar setelah idola masa itu, Indra digantung permainannya. Begitu juga kegigihan Norfarhan untuk turun ke bawah mengutip bola bagi menukar arah permainan untuk mengancam kubu lawan begitu ditagih oleh B Sathianathan. Kemampuan turun kebawah memberi suntikan kepada pasukan dan  stamina yang tinggi untuk berlari ke depan pula memberikan ancaman pada lawan.

3) Tahap Keyakinan

Keyakinan adalah tinggi di kem Kelantan selepas kemenangan dengan Selangor tempoh hari dan rentetan itu sebenarnya bermula semenjak selepas 3 perlawanan awal peringkat kumpulan Piala Malaysia tempoh hari. Memang PKNS dan KLPlus tidak lawan sekelasnya, tetapi Kelantan merupakan salah satu daripada hanya dua pasukan yang telah paling sedikit tewas pada musim ini bersama Selangor. Bermain di Stadium Sultan Muhamad –IV juga akan banyak membantu dan faktor pemain Kedah yang muda dan agak gugup menonjakkan lagi tahap keyakinan pemain-pemain.

4) Sudah sampainya waktunya Piala Malaysia singgah di Kota Bharu

Sabtu ini bukan kali pertama Kelantan dan Kedah bertemu untuk perlawanan yang segenting ini. Tahun 1993 membuktikan dan Piala FA musim ini menyaksikan betapa sengit pertemuan Kelantan – Kedah ini. Memang sebelum ini Kelantan tidak setenang kini, yang mengakibatkan kenangan buruk untuk Red Warrior di saat apabila sudah hampir untuk mengucup Piala Kemegahan dunia bolasepak Malaysia ini.  Dengan dua pengalaman menempuh perlawanan final musim lepas dan diperkuatkan dengan pertahanan yang mantap pada tahun ini, ianya menjadi pemangkin untuk merebut piala kemegahan Malaysia ini. Tempoh hampir 100 tahun semenjak Piala HMS Malaya, inilah antara peluang yang paling hampir buat Kelantan. InsyaAllah dengan doa semua dan pengurusan yang terbaik di pihak pemain dan kejurulatihan, mentari di awal bulan November 2010 ini bukan lagi membawa ‘November Rain’ tanda-tanda tengkujuh tetapi Piala keagungan bolasepak kita, Piala Malaysia.
 

5) Kuncian Padu untuk Perancang Kedah

Sebelumnya, Badrol Bakhtiar tidaklah sepopular Aidil yang berkahwin dengan artis atau seperti Azizol Abu Hanifah yang kariernya terhenti akibat kes rasuah. Begitu juga tidak se – glamour Amri Yahyah yang mampu membolosi gawang Manchester United. Tetapi semenjak masuknya kempen Piala Malaysia ini semuanya nampak ‘menjadi’ buat Badrol Bakhtiar ini.  Faktor kuncian ‘kilas-lipat’ kepada Bad inilah yang akan melumpuhkan serangan Kedah. Walapun Sabree Abu akan kembali kepada pasukan Kedah, tetapi ianya tidak sebahaya membiarkan Badrol ini mendapat bola. Jadi, Shakir Saari dan pertahanan haruslah membuat man-to-man marking dan sekiranya perlu, Kelantan perlu meletakkan dua defensive midfielder dengan Daudsu membantu Shakir mengekang asakan lawan. Kuncian yang sempurna seperti Mourinho melumpuhkan had gerakan Lionel Messi semasa Semi Final Champion League musim lepas  inilah yang yang paling penting bagi mengelakkan Kedah mendapatkan gol dan cuba menggunakan keputusan gol tempat lawan sebagai langkah untuk ke akhir nanti.

 

Memang semua orang mengimpikan game yang sedap.. laju.. mendebarkan dan juga 90 minit rancak dengan aksi-aksi dramatik. Tapi apakan daya, game separuh akhir yang pertama semalam hanya menampilkan hanya kurang dari 75% daripada apa yang diimpikan. Mungkin kecederaan pemain Kelate serama 3 orang pada 13 minit pertama merencatkan kerancakan permainan. Mungkin juga taktik Sathia yang hanya mahu jalan selamat sambil menanti untuk merencanakan sesuatu di Stadium Sultan Muhamad – IV nanti.

Namun begitu, bagi penyokong Kelantan terasa sedikit puas dengan keputusan seri dengan Kedah malam semalam. Tetapi, harus di-ingat permainan bolasepak masih lagi ada 90 minit. Apa-apa saja boleh berlaku dengan semua pihak akan memainkan peranan masing-masing.

Seperti juga penyokong Kelantan yang lain, kembalinya Mat Yo dalam pasukan juga membuatkan impian ke Bukit Jalil pada 30 hb nanti mungkin akan menjadi kenyataan sekali lagi. InsyaAllah.

O-O atau kosong kosong bunyinya kurang menarik bagi pasukan Kedah yang akan bertandang ke SSM-IV, tapi sekiranya kelalaian Kelantan menggunakan peluang yang ada dan andainya Kedah memperolehi gol awal, then alamatnya, Tan SRi Annuar Musa terpaksa berfikir lebih panjang pada musim hadapan. Begitu juga dengan keghairahan penyokong yang juga boleh memberi padah sekiranya terlalu mengimpikan permainan yang sempurna dari pasukan Kelantan.

Kecederaan pemain juga akan memberikan impak kepada kedua-dua pasukan. begitu juga dengan akibat pergantungan hasil daripada layanan Kad Kuning atau Merah.  Dengan Sabree ABu kembali dalam pasukan Kedah, ianya akan sedikit memberi tekanan kepada perancang Kelantan untuk mencari Gol awal. Dengan Piya diharap mampu lebih kreatif dan Indra diidamkan lebih ‘membunuh’.

Untuk mengulas perlawanan semalam, tiada apa yang boleh dikarang. Permainan yang terlalu berhati-hati dan sikap gugup masing-masing mungkin kerana peringkat kalah-mati, maka tiada yang hebat untuk diperkatakan. Mungkin faktor referee juga memainkan peranan semalam. Tiupan wisel setiap 3 minit tapi kurang layanan kad juga kurang merancakkan permainan.

Jadi, Sabtu ini akan menjadi penentu.. Yang menang akan ke Bukit Jalil dan yang kalah kena banyaklah berfikir.

Kelantan ada kelebihan tetapi beban dan tekanan yang tinggi juga akan menjadi penentu pasukan. Selamat berjaya untuk Kelantan. (dan nantikan ulasan preview perlawanan akan datang dari ambo anak Kelantan di Perantaun.

 

NOTA : SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI FACEBOOK KELATE.NET ( credit to all of them )

Salam, Syukur alhamdulillah Kelantan ke Final. Walau bagaimanapun perjuangan masih belum selesai untuk mengharungi minimum 90 minit lagi bagi menjulang Piala yang paling menjadi tumpuan dalam arena bolasepak Malaysia. Di atas kertas buat masa ini memang Kelantan berpeluang penuh menjulang Piala Malaysia, tetapi harus diingat yang sukan yang sama-sama kita semua dambakan ini boleh menjadikan pasukan kuat menjadi kerdil atau daripada pemain lemah menjadi ‘hero’ .

Piala Dunia 1982 memahatkan Italy sebagai Juara Dunia dengan Paolo Rossi menjadi heronya … tapi sebelum itu, siapakah Paolo Rossi? .. semua orang tak mengenalinya. Begitu juga dengan Ronaldo dengan kisah tragis ‘sawan-nya’ ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1998 .. daripada ‘phenomenom’ kepada ayam belasahan media massa local dan antarabangsa.

Sebenarnya kebangkitan Kelantan bukan bermula dengan sekelip mata. Daripada Tan Sri Annuar Musa dan kombinasi awal dengan memilih Cikgu Jan ( Coach Norizam ) dan kemudian P Butler yang mula-mula menaburkan benih yang hampir dapat Kelantan tuai pada musim ini. Kombinasi ini jugalah yang menunjukkan beberapa perkara yang harus dilihat FAM sebagai suatu model. Majlis Pengenalan pemain Kelantan dilakukan di Shopping Complex yang tersohor di Kota Bharu juga mempunyai maksud yang mendalam bagi memancing para peminat negeri Kelantan.

Namun sayangnya sekali lagi, kerana pihak KAFA sepatutnya menjadikan ‘merchandise’ menjadi suatu cabang bagi menjana pendapatannya. Kerjasama dengan Sportzone sebenarnya suatu langkah yang paling tepat bagi menjadikan ianya lebih berkesan tetapi hari ini kita masih melihat yang t-shirt dan lain-lain momento ‘pirate’ masih banyak berleluasa dijual merata-rata.

Berbalik kepada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 .. Kelantan Vs Negeri Sembilan… pertemuan Halim Napi vs Si Kembar N9 .. pertemuan antara midfielder generasi lama (Rezal Zambri, Idris Karim ) dengan perancang baru (Daudsu, Khairan, Indra, Rizal ) … pertemuan Wan Jamak vs B Sathia … semua ini memungkinkan pertemuan klasik penutup tirai Piala Malaysia dekad ini.. Walaupun N Sembilan dengan ramai pemain dan bekas-bekas kebangsaan dibandingkan dengan Kelantan hanya mengharapkan Indra seorang yang menjadi first-eleven Malaysia. Begitu juga anugerah 100 Plus FAM yang baru-baru ini membariskan hanya 2 orang pemain Kelantan (Indra dan Ezrie ) menampakkan sedikit pilih kasih panel pemilihannya.

Tidak adakah pemain Kelantan lain yang berkaliber yang boleh dicadangkan dalam senarai Anugerah 100 Plus FAM itu… kemanakan Zamri ( bagi pemain harapan ), kemanakah Farhan ( yg membuktikan kepada Rajagopal baru2 ini )….. dimanakan taraf Farisham, pertahanan Kelantan yang pada saya sangat ‘cool’ atau ke manakah Halim Napi yang jikalau satu lawan satu memberikan lawan kurang 5 % kebarangkalian untuk melepasinya…. Itu hanya sedikit … kerana sebenarnya terdapat pemain lain juga berpotensi ( lebih-lebih lagi yang muda seperti Nizab Ayub, Ailim, Rojo, Daudsu, Khairan, Rizal dan Hanif )

Faktor ‘Piya’ juga memainkan peranannya yang tersendiri buat pasukan Kelantan. Kapten yang cedera teruk (patah kaki) ini menjadikan peminat lebih ‘mendekati’ Kelantan kerana kaptennya orang Kelantan. Namun sekarang tidak begitu… oleh kerana Kelantan tengah ‘naik syeikh’… dan Indra juga bijak memainkan peranannya, dengan karektornya yang semakin ‘gedebe’ dan agak ‘robust’ menjadikan beliau semakin menyelami budaya ‘gedebe’ masyarakat Kelantan (nota: Gedebe dalam konteks orang Kelantan bukan membabi buta sebenarnya tetapi apabila rasa diri ditindas atau di anak tirikan seperti yang sama-sama dirasakan penyokong Kelantan selama ini oleh FAM ( ini pendapat peribadi ).

Sabtu ini memungkinkan segalanya buat Kelantan .. menang akan menjadi suatu sejarah.. kalah juga menjadi suatu sejarah.. Memang kesian kepada wargakota Sabtu ini kerana semua chef-chef tomyam akan berkampung di Bukit Jalil….. Walau apa-pun, untuk penyokong Kelantan, harap jangan mengabaikan Solat pada hari perlawanan tersebut… InsyaAllah kemenangan akan dipihak Kelantan… kerana ini lah yang kita semua doa-kan dan buat semua pemain Kelantan, tiada lagi kemuncaknya selain daripada hari sabtu ini. Bermainlah dengan penuh semangat dan jagalah psikologi pihak lawan ( seperti biasa mereka akan bermain robust dan akan berpura-pura sakit atau melambatkan permain ; buktinya ialah Separuh Akhir Piala FA di Kota Bharu)

Buat penyokong dan penonton bolasepak serta pencacai bolasepak .. nikmatilah perlawanan akhir ini dengan semangat penonton yang sejati … kita boleh jadi ‘ULTRAs’ tapi jagalah jatidiri masing-masing.. semua mata akan tertumpu kepada game ini.. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak kita yang menonton perlawanan ini, kerana merekalah yang akan menjadi tali hayat kita nanti bagi menjadikan Malaysia sebagai ‘contender’ dalam Piala Dunia.

Akhir sekali buat Rakyat Kelantan ; Buat apa kita berfikir panjang lagi… Ayuh kita semua ke Bukit Jalil Sabtu ini…. Peristiwa perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan ini bukan boleh berlaku setiap minggu … Jadi … marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada Kelantan dan bolasepaka Malaysia khasnya … InsyaAllah KELANTAN AKAN MENJADI JUARA dengan DOA TUAN/PUAN…

GOMO KELATE GOMO….

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha