Hari minggu yang lepas semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai makan malam, terjadi lah dialog dibawah yang pada masa itu aku kebetulan menghampiri traffic light yang baru saja bertukar kuning.
” Baba, warna kuning tu maksudnya apa ? ” tanya Irdina yang ketika itu duduk disebelah tempat duduk pemandu.
“Kuning tu maksudnya bersedia untuk berhenti”
“Merah pulak maksudnya apa?” tanya Irdina lagi sambil adiknya yang tadi senyap berpaling untuk mendengar perbualan kami.
” Apabila lampu bertukar merah, maka kereta hendaklah berhenti”. balas aku.
” Hijau pula untuk apa”. Tanya Irdina lagi yang cuba ‘thinking outside the box’ walaupun masa itu lampu isyarat masih lagi merah.
” Hijau itu, kita jalan ler” . Jawab aku sambil sedikit mendengus.
Tiba-tiba Ikhwan yang tadi curi-curi mendengar perbualan kami pun menjampuk.
” Jalan ?…… jalan kaki ke Baba. Salah tu… jalan kereta lah”
…. aku tersenyum sendirian mendengar hujah Ikhwan ..



Follow me on Twitter
Bebelan….