Kekalahan pertama liga super musim ini di tangan Pahang 2-0 malam semalam membuatkan aku terus tak ada mood hendak menonton game antara Manchester United vs Arsenal. Melihatkan update dari kawan-kawan mengenai kesebelasan utama yang diturunkan sungguh menggerunkan aku. Dengan formasi konon-kononnya 4-3-3 nyata kurang ampuh dengan mengikut kata sahabat, ianya hanya menjadi 4-5-1 sepanjang perlawanan.

Nor Shahrul seorang atau solo diatas sepertilah mendapat kertas soalan dalam bahasa Russia di dalam exam. Lansung tak boleh memberikan jawapan disebabkan tiada pemahaman tentang soalan.

Next game bertemu FELDA harus dilangsaikan segera hutang dengan Pahang. Hanya kemenangan yang boleh mengembalikan kembali semangat kita. Hanya keputusan menang mutlak sahaja yang boleh memberikan jawapan untuk pencarian sekurang-kurangnya tiga piala musim ini. Selasa ini harus menjadi titik perubahan untuk kemenangan kembali buat Red Warriors.

 

 

Hanya tempat ke-empat menjadi tumpuan Red Warriors tahun depan.

Beritanya dari sini

Dalam forum Kelate Dot Net, ada yang sinis menggelarkan ianya sikap pesimis, almaklumlah kehilangan 3 orang pemain ‘star’ baru-baru ini masih menjadi igauan sebilangan penyokong.

Aku ingat Tan Sri Annuar Musa ada membaca buku yang dikarya oleh Richard Templar yang berjudul “THE RULE OF WORKS”.

Aku melihat relevannya sedikit  mengwar-warkan target yang rasional dan tidak over-ambitious ialah salah satu tips yang masyhur dalam karya tersebut. Ia dipanggil

“Under Promised, Over Delivered”

 

Rakyat Malaysia amnya dan peminat filem P Ramlee sudah tentu masih mengingati satu babak dalam filem Nujum Pak Belalang, dimana teka teki dipertandingkan dengan sebuah negara dipertaruhkan dalam pertandingan tersebut. Antara soalan yang diajukan ialah;

Dimanakah terletaknya kehebatan Hang Tuah….?..di kerisnya ker ?…di bajunya ker ?..atau persilatannya ?…..sila jawab wahai Ahli nujum..

Memang semua sedia maklum yang kehebatan Hang Tuah dalam cerita tersebut disandarkan kepada huruf ‘T’ yang mana kalau huruf tadi digantikan dengan huruf ‘B’, ianya menjadi Hang Buah. Ini diterima dengan syarat ianya adalah untuk hiburan sedangkan semua maklum yang Hang Tuah merupakan suatu lagenda rakyat yang sangat handal ilmu persilatannya. 

Begitulah kiasnya dengan pasukan bolasepak Kelantan yang semakin gah dikenali sebagai Red Warriors. Baru memenangi Piala Malaysia buat kali pertama selepas menunggu lebih 89 tahun menjadikan Red Warrior menjadi semakin hebat di kalangan peminat bolasepak tempatan. Masih teringat ulasan pengulas TV semasa perlawanan bolasepak Sukan Asia tempoh hari dimana nama Kelantan yang baru memenangi Piala Malaysia sentiasa diulang-ulang apatah lagi semasa Khairul Fahmi, Chanturu atau Shahrul Idlan memegang bola atau menampilkan aksi yang cemerlang. Itulah impak apabila sudah bergelar juara dan itulah kehebatannya bila bermain untuk pasukan yang baru memenangi piala.

Persoalannya yang mungkin ditanya-tanya ramai ialah di manakan kekuatan pasukan Kelantan sehingga boleh bergelar Juara ? Siapakan yang menjadi tunjang dalam kejayaan 30 haribulan Oktober lepas ?  dan Siapakah yang paling berhak untuk dinobatlkan sebagai ‘JOGHO’ dalam konteks masyarakat Kelantan ?

Memang persoalan boleh menjadi persoalan sekiranya kita berusaha hanya menaikkan hanya satu nama sahaja.

Semua sudah sedia maklum yang Bolasepak adalah permainan sepasukan dan bukannya permainan individu. Oleh itu kehebatan Kelantan musim 2010 adalah ditunjani semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam sama-sama membentuk pasukan yang hebat. Kalau diberi pilihan, berikut adalah mereka-meraka yang layak untuk kita hamburkan pujian atau kita nobatkan sebagai Tunjang Bolasepak Kelantan 2010.

1.    PEMINAT DAN PENYOKONG RED WARRIORS

Memang banyak mulut sinis memperkatakan dengan sikap ‘Gedebe’ peminat bolasepak Kelantan dan agak kurang media massa yang memuji semangat sokongan dan paluan rebana ubi yang merancakkan stadium bolasepak tahun ini. Tetapi itulah hakikat yang nyata. Poket FAM dan persatuan negeri kembung dek kerana ‘semangat’ penyokong Red Warriors ini yang tak pernah letih untuk berkunjung di setiap stadium. Peminat Kelantan jugalah yang menghiasi warna-warna bolasepak Malaysia tahun ni.

 

2.    KAFA

KAFA memang layak untuk diberi pujian kerana telah berjaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Walaupun ada isu yang agak perlu diberikan tindakan segera seperti isu ulat tiket, tetapi secara keseluruhannya ianya berjaya membentuk pasukan yang mantap dan pengurusan yang terpuji.

 

3.    KERAJAAN NEGERI

Isu antara KAFA dan Kerajaan Negeri pula memang tiada jika difikir secara positif. Satu dua kenyataan yang telah kita dengar mungkin tafsiran media atau salah tafsiran kita kerana sepanjang pembacaan, ianya hanya bersifat teguran ingin saling mengingati bagi menjamin suasana yang mesra di kalangan pengurusan KAFA, Pemain, Penyokong yang berbilang fahaman politik dan semua pihak yang terlibat langsung dan tidak langsung . Juga kita sepatutnya bersyukur, satu sempadan telah digariskan antara pihak-pihak terlibat bagi mengelakkan campur-tangan tidak sihat berlaku dan seterusnya menjatuhkan  pasukan kita.

 

4.    TAN SRI ANNUAR MUSA

Faktor TSAM memang tak boleh dinafikan lagi dalam pembentukan pasukan Red Warriors yang mantap. Menang dan kalah memang adat permainan tapi mungkin dalam sesetengah perkara ‘ One Man Show ‘ memang perlu. Seperti bagaimana Kerajaan Uthmaniah yang menawan Konstantin dengan ketokohan Sultan Muhammad Al Fateh dengan strateginya, begitulah juga peranan TSAM setakat ini membolehkan kita menawan Piala Malaysia (Juga berkat keredhaan dariNya.. Alhamdulillah). Ketokohan TSAM juga perlu dalam menarik pemain bertaraf bintang disamping menjadi moderator antara pihak pengurusan, kejurulatihan dan juga pihak pemain.

 

5.    B SATHIANATHAN

Lupakan prosa “Liga Malaysia bukan suatu Liga Bolasepak” . Dek kerana keegoaan Sathia inilah antara penyebab kita berjaya. Memang sebelum ini kita sudah hampir tetapi pecutan penamat (Final Push) kita belum ada. Dengan sikap dan ego Abe Ya, keegoan pemain bintang akan tunduk  dengan pemain baru akan hormat. Itulah yang diperlu disamping taktikal yang mantap. Masih teringat pada permulaan Sathia melatih Kelantan, kita mungkin tersengih-sengih membaca komen status pemain Kelantan (dalam Facebook) yang muntah hijau selepas latihan kecergasan akibat dibelasah oleh Sathia dengan team kejurulatihan  malalui latihan yang berat.

6.    PANEL KEJURULATIHAN DAN PENGURUSAN

Seperti permainan wayang kulit, pasukan belakang tabir juga menjadi faktor terpenting. Dalam pasukan Kelantan, individu seperti Sdr Azman Ibrahim, Sidek Samsudin, Hashim Mustapha, Fisio kita, Kit Man dan juga Ground Man berjaya memainkan peranan mereka. Tanpa mereka yang menjalankan tugas sempurna, suasana yang kita tengok tidak akan menjadi sebegini.  

7.    PEMAIN RED WARRIORS

Masih teringat pada majlis memperkenalkan pemain yang dilakukan pada awal musim di Kelantan Trade Centre, semua peminat telah riuh rendah memperkatakan pandangan masing-masing di forum Kelate Dot Net , dengan masing-masing menyenaraikan kesebelasan utama pilihan masing-masing. Semua asyik memperkatakan tentang kemasukan pemain baru seperti Azizi, Subra, Syed Adney, Shahrul Idlan, Akmal, Hai-O dan tak lupa juga Shakir. Tapi yang nyata-nya, hanya tiga pemain sahaja iaitu Azizi, Sharul Idlan dan Shakir menjadi pilihan utama B. Sathianathan sepanjang musim disamping Subra pada peringkat awal liga.

Persoalannya adakah mereka bertiga saja dan kesebelasan utama lain yang perlu mendapat pujian. Tentu tidak bukan kerana kalau tidak kerana keheroan Syed Adney semasa saat genting Piala Malaysia menyelamatkan sepakan penalti di Petaling Jaya, nasib kita mungkin tidak sebegini atau gol tunggal Akmal semasa perlawanan tersebut sebenarnya memberi semula nafas baru kepada kita walaupun ketika itu kita hanya layak dengan menjadi naib juara kumpulan. Dengan kata mudahnya SEMUA PEMAIN KITA layak untuk diberi pujian dan penghargaan. Kesebelasan utama ada tugas yang perlu dilaksanakan dan pemain simpanan juga dengan misi mereka. Tiada yang penting melibatkan individu melainkan ianya untuk kepentingan sepasukan.

 

MUSIM DEPAN

Anugerah yang ditaja oleh 100 Plus baru-baru ini sebenarnya menambahkan perisa kemenangan kita tempoh hari. Dengan majoriti pemenang adalah dari Red Warriors, itulah dalil menunjukkan taraf pemain kita. Semua akan mencapai taraf bintang seperti mana ada ura-ura melekat satu bintang di dada jersey baru Kelantan nanti.

Memang ketika ini ramai peminat Red Warriors sedikit resah apabila mengenangkan Negeri Sembilan, Perak, Selangor serta pasukan lain begitu ghairah memancing pemain baru, ghairah mendapatkan penaja baru,  meningkatkan tahap pengurusan pasukan seperti yang dilakukan Perak dan lain-lain lagi.

Dengan Negeri Sembilan (juga Perak, T-Team dan Selangor) mengetuainya dengan memikat beberapa pemain ternama seperti Farizal Marlias, Ahmad Fakhri, Hai – O serta beberapa pemain kebangsaan lain, ia menjadikan Kelantan sedikit terkebelakang walaupun setakat ini telah juga memancing anak negeri untuk kembali memperkuatkan barisan Kelantan. Berita terbaru mengaitkan Indra Putra dan Farhan dengan T-Team juga boleh meresah dan melemaskan kita yang mungkin akan juga mula ‘bersiaran’ apabila kebanyakkan kontrak pemain liga Malaysia akan tamat pada 30 November nanti.

Walau apapun,  SETAKAT INI DAN MUNGKIN SELAMANYA , TIADA YANG LEBIH BESAR DARI MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN KELANTAN. Pemain pergi silih berganti, jurulatih hilang berlalu pergi, pengurusan menyepi akibat kalah undi, tetapi yang nyata SOKONGAN PEMINAT TIDAK AKAN BERBELAH BAGI.

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK KELANTAN FA  MUSIM 2011 dan GOMO KELATE GOMO

Adios…

 

1. I feel good coz today is a quite ‘family day’ for me. I’d asked my wife to have her own times and myself took care of kids. (afternoon)

2. I feel good she brought back about 7-10 nos of potted plants and decorative granite stone which we have agreed to buy a very long time ago. (as always, myself too busy)

3. I feel good that we cook special chicken rice today and have invited my in-laws to have it (mini kenduri @ my house today)

4. I feel good because i have finished my staff PPA

5. I feel good since my travel claims have been approved by my boss.

6. I feel good that I am going to finish-up my ‘compulsory’ skill group training soon starting this week.

7. I feel good that i am very confident sitting for my assessment (this year) after my ACD assessment gave me a good lesson last week.

8. I feel good that RED WARRIORs not mentally effected after football hooligan case in Kota Bharu.

9. I feel good FAM has rectracted back their decision to award KLPLUS three points after so many months.

10. I feel good with FAM new direction, RED WARRIORS is having a chance to stay on the summit of Malaysia Super League.

11. I feel good in this point of time, RED WARRIORS leading RED GIANT – one-nil

12. and lastly…. I feel very good that i am still alive in the universe created by Allah The Almighty.

 

This entry will be the first one that I’ll say few word of tribute to Red Warriors @ Kelantan Super League Football Team.

————————————————————————–

Sebelum kawe nok tulis selanjutnyo.. jange terkejut pasal banyok hok kawe tahu atau ambik berat pasal kisoh suko duko bolasepak malaysia.. walaupun kawe tengok oghe malaysia lebih cakno ko BPL daripado MSL… prinsip kawe sene jah…. sikap ignorance (atau bodoh sombong) yang tok nok ambik tahu ni lah lebih menyaknyor kan lagi taraf bola sepak Malaysia.

Meme sebelum nih.. oghe pakat kato ko sek klate yang puok dio patut berterimo kasih ko FAM sebab benarke main kat Super League.. kalu brunei DPMM tok tarik diri, mapuh la dok main kat liga perdano  lagi. tapi perlu di ingat yang begitu jugak denge pok lih yang tarik diri jugok.. pah tu masuk balik…  tu lagi jahat..  Juga harus di ingat yang kelate maso game pertama sebab musim monsoon gak … padang toh leh nok sedia menyebabke FAM bagi kemenenge percuma kepada KL Plus 3-0 …  keputusan kartun FAM ( banyok lagi la…)

lo ni kelate dok nombor 2 liga dan juga berpelue masuk separuh akhir piala FA…..  deme bolasepak menlanda sekali lagi di kelate… kalu balik kelate lo ni.. semuo oghe dok kecek pasal bole kelate.. playor seperti Piya, abe leng gedebe, mat yie, paan, kholid, indra , butler sendiri pun doh meniti di bibir2 sek sek kelate.. perlawane lawe selangor ( rtm koya lebih tok nok buat live) menunjukke tahap bolasepak malaysia meme bermutu tunggi… main laju.. kemah … skill tigggi.. gol2 come 2 .. pendek kato kalu oghe luar maghi tengok bola  malaysia main setaro tu…. dio ake terkezult besar sebab ranking malaysia no 171 dunioo..

Hok support sek sek kelate ; ado dua satu penyokong satu lagi penonton…. hok penyokong kawe tok runsing … tapi hok penonton la selalu buat onar kat stadiumm.. abih sumo  benda di pekong nyor.. hok ni la hok keno bendunngg…. botol air, kerusi tepat duduk.. abihh keno pekk kong..  jahat sek sek nihh. bilo nok berubah nyorr..

tapi tak apo…. kelate tengoh meningkat … momentum kena jago… mene keno come ….. kelate keno target pialo tahun nihh.. walaupun sasare kito meme rendohh jahhh…. buat playor kelate.. main lah sepenuh jiwooo… buat TSAM , terimo kasih kerano ambik berat , buat butlerr….  jadikan lah maine klate , maine oghe teror… special buat aleng napi… bo lahh panah bare…

DAN BUAT SUMO PLAYOR KELATE …..  GOMO KELATE GOMO

 

 

Gambar : terimo kasiih KDN.net / use run dan kawe ambik kat facebook kelab penyokong

WEBSITE PENYOKONG KELANTAN: http://kelate.net/web/  

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha