Seinci pun dalam fikiran tak akan terfikir kemenangan yang sungguh bergaya seperti semalam. Sejengkal pun tak diduga jaringan yang dihasilkan menjadi sebegitu banyak. Apatah lagi pasukan ‘cedera’ sedikit menonjolkan luka akibat momentum T-Team minggu lepas yang mencanak membenam ‘keegoan’ Red Warrior yang bertahta semenjak awal musim. Sungguh ironinya lagi dengan FELDA yang seperti bersemangat baru akibat disingkirkan dalam saingan dua perlawanan Piala FA sebelum ini.
Namun, sekali lagi Stadium Sultan Muhammed-IV menjadi saksi. Sekali lagi peminat Red Warrior dihiburkan dengan aksi-aksi yang menampilkan kejaguhan kita. ENAM JARINGAN tanpa balas bukan sedikit. ENAM JARINGAN bukannya satu kelebihan yang nyata (Yerlah… kalau kena pulak Tujuh, tak ker kalah tu), TAPI yang lebih teruja ialah bagaimana penguasaan penuh sepanjang perlawanan yang menjadi ukuran. Kerana apabila penguasaan penuhlah, enam kalilah terpaksa penjaga gawang lawan terpaksa mengambil bola di gawang sendiri.
Faktor tanpa ketua pasukan sebenar iaitu Piyaa juga mungkin menjadi peranan. Yer lah… tiada yang lebih BESAR daripada pasukan. Itulah yang mahu ditonjolkan oleh M Karathu. Pemain yang kurang bermaya akan diganti. Pemain yang layu akan disisihkan. Kerana yang paling penting ialah tiga mata penuh. Yang paling dimahukan ialah pendakian kembali dipuncak. Penonton yang jauh datang dari hulu atau hilir sentiasa dahagakan kemenangan. Mungkin boleh dikatakan mereka terlalu taksub kepada kemenangan. Tapi harus diingat, mereka berhak menuntut kemenangan, mereka layak untuk melihat kesungguhan pemain sehingga 110 % dan mereka sebenarnya perlu dihidangkan permainan yang cantik dan teratur. Itulah hak mereka sebagai penonton, membayar untuk melihat aksi pasukan mereka menang. (Kalau tak caya, cuba tanya mereka kat stadium, ada ker datang nak lihat team diorang kalah?)
Perhitungan seterusnya ialah melawan Perak. Salah satu pencabar tahta Liga Super Malaysia. Mereka tewas kepada Sabah semalam. Mereka tidak lagi Invincible. Penonton mereka dah semakin ramai kat stadium. Akmal Rizal semakin hebat didepan gol. Cikgu Jan sudah tahu dengan rahsia Kelantan……. Ada aku kisah.. Ada aku risau…. ada aku gabra…. TIDAK… (kerana Red Warriors telah menang pada aku)
Photo: Kredit to Oren Kecik



Follow me on Twitter
Bebelan….