Perkhabaran yang paling menarik minggu ini mengenai bolasepak Malaysia bukanlah kekalahan pasukan bawah 23 tahun Malaysia di tangan Vietnam pada kejohanan Sukan Sea di Loas. Dan ia bukanlah juga berita mengenai kekalahan memalukan kepada lawan-lawan serantau oleh Pasukan Bolasepak Wanita Malaysia hingga berbelas-belas kosong. Tetapi kisah ‘kebal’nya Pahang untuk kekal dalam Liga elit bolasepak Malaysia iaitu Liga Super banyak menghasilkan carut-marut dan maki-makian hampir semua peminat bolasepak Malaysia di laman-laman sesawang Kelab Peminat dan juga forum-forum umum di internet.

Kisah atau sandiwara FAM ini memang paling memalukan kita atas sebab banyaknya kuasa yang dimiliki oleh semua eksekutif-eksekutif FAM yang kita boleh rangkulkan daripada Presidennya sehinggalah peringkat bawahan yang mungkin mahu mencari sesuap nasi dengan kisah-kisah ‘ampu’ mereka. Keputusan yang tak konsisten dan ada yang terlalu cepat dan ada yang lambat giler menunjukkan sesuatu yang tak kena dengan pentadbiran FAM.

Mungkin ada masih teringat kisah jurulatih yang digantung hanya kerana membuka mulut menegur bolasepak Malaysia. Kisah kelab-kelab yang didenda hasil pemikiran hanya sebelah pihak. Kisah pemain, kisah bekas pemain, kisah Persatuan Bolasepak Negeri, kisah pengadil yang tidak dibayar elaun , kisah padang dan bermacam-macam kisah lagi memang banyak menghantui bolasepak Malaysia ini. Sehinggakan sekiranya adanya Khalifah Harun Al-Rashid dan Abu Nawas, sudah tentunya mereka akan tercabar akan kehebatan ‘karya’ baru yang diterjemahkan FAM kerana sudah tentu boleh mengalahkan ‘Hikayat Seribu Satu Malam’ mereka.

Sekadar Petikan dari KOSMO

“REKOD ‘cemerlang’ Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan. “

Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersingkir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot liga. Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun, Mesyuarat Majlis FAM yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak ‘menyelamatkan’ pasukan negeri itu pada saat akhir sambil ‘mengorbankan’ skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.

Keputusan FAM semalam sebenarnya ‘ulangan’ kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006. Keputusan yang dibuat konon-kononya ingin menggenapkan 14 pasukan dalam Liga Super bukan sahaja tak kena tapi amat memalukan imej bolasepak Negara. Sesuatu mesti dibuat oleh semua peminat bolasepak Malaysia bagi mengelakkan liga Malaysia dirombak 18 kali sekiranya pasukan Pahang atau Pasukan lain yang menjadi kesayangan FAM tersingkir dari liga elit Malaysia sebanyak 18 kali. Alasan bodoh yang diberikan kononnya ia dibuat atas keputusan majoriti bukanlah tiket untuk membuat keputusan sesuka hati.

Selain daripada itu juga, keputusan FAM menghalang Harimau Muda A bersaing dalam saingan Liga Super 2010 menimbulkan persoalan buat jurulatih baru skuad Bawah 21 tahun itu, Azraai Khor Abdullah. Beliau yang terkejut dengan keputusan drastik badan induk bola sepak negara itu sehingga kini masih belum mendapat penjelasan rasmi daripada majikannya. Ini kerana beliau memohon jawatan sebagai jurulatih Harimau Muda A untuk membimbing mereka dalam Liga Super sebab yakin pemain mampu memberi impak dalam saingan itu.


Azrai juga memberi pandangan, langkah FAM itu kurang tepat kerana Harimau Muda A yang menjuarai Liga Perdana, musim lalu selepas hanya dibentuk selama dua tahun, harus kekal bersama dan bermain secara konsisten di peringkat lebih kompetitif. Ini kerana dalam pasukan baru masing-masing (tak tahu la sempat tak player-player ni balik ke pasukan masing-masing), persoalan akan timbul samada mereka akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan kalau sebagai pemain simpanan saja ia menjadikan pasukan yang ditaja oleh KBS ini membazir atau pelaburan-sia-sia sahaja. Mengikut Azrai pemain perlu terus kekal bermain sebagai satu pasukan. Ini terbukti berkesan apabila mereka menjuarai Liga Perdana selepas beraksi bersama selama dua tahun.

Saya ingat semua pembaca masih mengingati segelintir pasukan yang ‘terbuang’ hingga ke liga FAM kerana ‘sistem bolasepak Malaysia’. Namun jika ianya melibatkan pasukan Pahang, “jauh panggang dari api”. Keputusan kekal memberi gambaran yang bolasepak Malaysia berada ditahap yang paling rendah, usahlah lagi kita bermimpi untuk ke Piala Dunia sekiranya semua yang ada di FAM ini belum turun letak jawatan sepenuhnya. Usahlah juga kita bermimpi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik sekiranya kuasa Sultan-sultan atau Politikus menerajui bolasepak Malaysia.

Memang memalukan .. itu yang boleh dibicarakan, sekiranya FIFA mengetahui dan keputusan Flip-Flop FAM ini, mahu harus diturunkan ranking lagi sehingga no ke 400 dunia ( kalau ada la 400) hahahaaa. Sekadar pandangan kerana yang paling bodoh yang boleh dilakukan FAM sekiranya ingin mencukupkan 14 pasukan dalam liga Super adalah melalui play-off. Pilih sahaja 2 pasukan iaitu Polis dan Pahang dan 2 pasukan teratas Liga Perdana yang tak layak ke liga Super untuk bertarung dalam kejohanan play-off. Ini semestinya lebih adil daripada bermesyuarat dan kemudiannya membuat keputusan mutlak. Bak kata orang-orang tua… ‘Kalau anak jantan, biarlah gelanggang yang menjadi medan saksinya’ .. Kalau sekadar bermesyuarat, baik lepas ini untuk setiap game Liga Super, main lambung duit jer lah.. takderlah stadium terbakar atau jurulatih kena ‘gam’.

Buat FAM .. bubarkan lah diri anda sendiri sebelum anda semua dimalukan. Setiap forum bolasepak mencarut anda-anda semua sekarang. Apa lagi yang ditunggu. Biarlah orang yang lebih prihatin tentang ‘art of football’ menjadi pemegang amanah tersebut. Saya ingat sekiranya sesuatu tidak dibuat semua peminat yang mendoakan atau membodohkan anda semua dalam forum-forum ini akan bangkit untuk berdemonstrasi . Sudah tentulah ini akan memalukan FAM . Kalimah FAM – Full of Arseholessss and MOrrons adalah contoh untuk anda mencerminkan diri masing-masing.

Akhir kata, apa lagi yang ditunggu .. berambus sebelum carut marut dan maki-makian semua peminat bolasepak menjadi kenyataan dan anda semua menjadi bodoh mengalahkan jantan Malaysia yang berkahwin dengan lelaki omputeh di Britain tapi masih mengaku Islam… Ya Rabbi….

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha