Antara dua opsyen di atas, yang mana satu idaman anda?
Pada saya ianya senang sahaja iaitu Renjuna nak kedua-duanya. Namun begitu, para pengundi di Manek Urai diberi dua pilihan iaitu kalau nak jambatan baru (anggaran nilainya ialah 7 juta) menghubungi Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama, mereka hendaklah mengundi Barisan Nasional. Tetapi PAS pula dengan perjuangan untuk menuntut Royalti MInyak daripada Kerajaan Persekutuan (bernilai 1 Billion RM).
Inilah dunia politik Malaysia hari ini. Penuh dengan cerita yang memberikan talian hayat yang tak putus-putus kepada agensi-agensi berita samada bertauliah atau tak.
Berbalik pula kepada Manik Urai tadi. Cerita BN semacam berbau rasuah politik secara diam dengan menjanjikan sesuatu yang baik tetapi di pengakhiran ayatnya masih ada ‘tetapi’ atau dengan syarat memangkah BN dalam pilihanraya kecil esok 14 Julai 2009. Sayugia diingatkan, sebenarnya politik sebegitu bukanlah sesuatu yang baru di Kelantan kerana janji kerajaan dan janji parti politik sudah lama dimengertikan oleh rakyat Kelantan. Contohnya ialah Jambatan kedua selari dengan Jambatan Sultan Yahya Petra yang Renjuna melaluinya apabila pulang ke Kg Sri Renjuna masih lagi di tahap kurang dari 5 peratus progres pembangunannya. Jadi boleh lah dibayangkan apa yang akan terjadi dengan Jambatan baru dua lorong di Manek Urai ini nanti.
Persoalan di sini sebenarnya ialah HAK. Sepertimana hak rakyat untuk mengundi, kerajaan juga ada hak dan tanggungjawabnya untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat dan salah satunya ialah Jambatan Manek Urai tersebut yang pada pendapat Renjuna tak perlulah menunggu pilihanraya untuk dipersoalkan ‘feasibiliti’ nya. Kerajaan patut membinanya lama dahulu. Begitu juga prasarana-prasarana yang lain. Ianya patut didahulukan bagi memberi faedah kepada rakyat.
Begitu juga Royalti Minyak, walaupun ada berjuta alasan menidakkan HAK Kelantan atau memenangkan HAK Kerajaan Persekutuan. ianya pasti terungkai jua. Kalau bukan hari ni, sudah pasti esok atau esok atau esok esok kerana itulah sebenar janji-Nya. Yang benar tetap akan benar dan antara HAK dan BATHIL pasti akan terungkai juga. Tak payah menunggu pilihanraya atau tak payah menunggu YB mana pula akan mengadap Ilahi nanti, semuanya akan jelas.
Jadi 14 hb Julai 2009… suatu penentu kepada Manek Urai, suatu percaturan kepada TG Hj N Aziz dan TPM kita yang berkempen melebihi calon-calon yang akan bertanding dan juga tak dilupakan akan menjadi satu penyudah antara ‘PEGAWAI KESEDAR’ dan ‘PERAIH IKAN’.
sekilas pandang… ianya akan kembali ke nostalgia lama
BAGI GULA … KACAA (kacau)
BAGI KAIN … PAKAA (pakai)
BAGI BERAS …. TANAK
TAIN (time) NGUNDI… please tolonglah buang jauh-jauh, muka yang menyemak…
Nota buku lali :-
- selamat keluar mengundi kepada warga Manek Urai dan tahniah kepada kerajaan Kelantan yang memberikan cuti satu hari besok kepada rakyat Kelantan sebagai cuti peristiwa.
- (SPR; kenapa anda menjadikan hari bekerja sebagai hari pengundian…… #$^%^%$&^%*&****)
Follow me on Twitter
Bebelan….