…  aku bukan tak nak gi tengok wayang kat sini tapi aku sebenarnya sungguh  takut @ Phobia dengan Terengganu yang selama ini dah terkenal dengan Darul Runtuh … so aku tunggu sehingga TGV bagi harga 3 kupang untuk nak tengok satu movie terutamanya movie buatan awek manis, Sofia Ford Capolla … tak pun jika ada hasil lakonan Tom Hank dan Meg Ryan ditayangkan untuk aku refreshkan memori mengorat awek (sekarang wife aku).

lain-la selepas musim monsoon semua nih dah lepas dan terbukti angin tenggara yang memabukkan kawan mancing aku itu hari tidak dapat menggoyahkan struktur ‘balak terjulur’ (atau nama omputehnya Cantilever Beam) di Cinema TGV , Mesra Mall shopping Complex..

Selamat menonton wayang di Terengganu untuk warga Kerteh, Kemaman dan Dungun. nak style modern sikit dengan book ticket online, just click SINI

Nota : Buat semua sahabat yang masih tak ada duit nak tengok wayang kat TGV MESRA MALL, anda semua bolehlah melihat ‘wayang’ yang dibuat-buat di tepi pantai Teluk Lipat, Dungun dan Pantai Mok Nik hasil lakonan tanpa bayaran pelajar-pelajar IPT, Politeknik dan jugak brother-brother yang masih kumpul duit hantaran yang semakin melambung sekarang.

 

Setelah menunggu hampir 5 tahun semenjak Majlis Pecah Tanahnya yang dilakukan oleh YB Dato Idris Jusoh iaitu Menteri Besar Terengganu ketika itu dan kemudian pembukaan yang dilakukan oleh YB Datuk Awang Tera, MESRA MALL di Kerteh kembali ‘hidup’ walaupun musim dan suasana tengkujuh yang agak teruk melanda Terengganu sekarang.

Pembukaan U-Bowl iaitu Bowling Centre dan yang akan dibuka 27 November 2009 nanti, Pasaraya Besar TMC ( ‘menggantikan’ Pasaraya GIANTS) terbukti telah menjadi talian hayat kepada kawasan Kemaman/Kerteh amnya dan MESRA MALL khasnya. Bermacam-macam cerita telah timbul akibat kelewatan pembukaan Pasaraya tersebut dan bermacam-macam telahan telah dibuat. Namun, sempena Aidiladha yang akan tiba nanti, kita tak payahlah mengungkit-ungkit kisah yang lama kerana apa yang penting ianya telah sedia untuk dibuka. Anggaplah tempoh menunggu tersebut sebagai ‘PENGORBANAN’ yang perlu dibayar dan jadikanlah PRU akan datang nanti sebagai medan pemutus bicara.

Ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah seminggu berlalu, MESRA MALL telah hidup kembali dengan Food Courtnya kembali penuh dan pengunjung sekarang terpaksa mencari-mencari parking walaupun sebelum itu, mencari parking adalah sangat mudah seperti memakan MAMEE sahaja sebenarnya.

Walaupun semua tahu yang TMC dan GIANT adalah satu proksi.. dan ada yang keliru tentang kisah di sebalik penukaran nama tersebut, abaikanlah persoalan tersebut di minda anda sekelian kerana yang paling penting, dengan pembukaan TMC ini memberikan persaingan yang sihat kepada peniaga dan menjadikan pilihan pengguna/pembeli menjadi lebih banyak .

Semua telah sedia maklum yang sebelum ini, harga barangan di Kerteh/Kemaman setaraf dengan Bandaraya-Bandaraya besar.. harganya……fulamak.. mahu pokai semua pengguna/pembeli tetapi disebabkan buying power yang agak gah oleh komuniti industri oil dan gas, maka ramai peniaga masih lagi menaikkan harga sesuka hati. Jikalau anda makan nasi campur, jangan terkejut dengan harga sepinggang nasi dan minuman boleh mencecah RM 7.00 dan begitu juga harga ikan kembung boleh mencecah RM 12.00 / kg.

Oleh itu dengan pembukaan TMC ini, ianya diharap dapat menstabilkan sedikit harga barang terutamanya bahan mentah. Begitu juga dengan industry makanan (F&B) yang sekilas pandang seperti mencekik darah pengguna.

Selain daripada itu, isu peniaga-peniaga kecil yang mungkin tertindas melawan gergasi-gergasi besar dijangka akan timbul selepas ini. Buat peniaga, anggaplah ini sebagai lumrah perniagaan, ada pasang dan ada surut dan apa yang paling penting, peniaga-peniaga ini patut berfikir diluar kotak dan tampil dengan strategi perniagaan masing-masing yang diharap dapat memajukan perniagaan. Saya percaya, peniaga seperti L-Mart dan R-Tinie tidak akan terjejas sekiranya dapat menarik pengguna dengan idea-idea menarik.

Akhirnya, kita sebagai pengguna dan komuniti di sini patut berfikir secara positif dengan pembukaan TMC ini dan contoh yang terbaik ialah ianya akan dapat memberikan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan dan ianya juga dapat membantu sektor-sektor lain dalam sama-sama menjana ekonomi tempatan.

Buat muslimin muslimat semua pula, jangan lah anda terlalu teruja dengan pembukaan TMC dan terlalu seronok bermain bowling hingga mengabaikan kewajipan kita kepadaNya. Ini adalah kerana adalah menjadi satu fardu kifayah untuk kita membantu saudara seagama dan tutupnya/lingkupnya business saudara kita kerana kita terlalu mendewakan ‘yang lain’ boleh mengundang murkaNya.

Akhir kata, SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA…

 

ME as a doughnut fan. Nope since i took a bite of Big Apple’s doughnuts that I believe that I am now, well and truly, doughnut lover. Big Apple’s  doughnuts are simply sweet, fluffy and light. Usually i get this either at TESCO Kota Bharu or East Coast Mall at Kuantan but recent development in Kerteh area brings Big Apple just 5 minutes’ away from my door-step. People buy them by the dozens and order the different flavours in twos and threes and then pay for a stack of boxes filled with six or a dozen doughnuts in each of those boxes. The Price RM11.50 for six, RM21.00 for a dozen and If you buy one, it’s RM2.20 a piece. 

 

 

“failure to follow BOMBA requirement”…

Yeah, it was came out and quoted by Pengarah Bomba Negeri Terengganu, Pauzan Ahmad that the failures of Giant Hypermarket to be opened at Mesra Mall, Kemasik is due to the BOMBA requirement which yet to be full-filled. (see this, taken from Malaysiakini)

Ohhh… after so long, that was it… small reason/matter for me compared to the losing by Giant in this one-month period. BUT it’s quite funny due to several reason below :

  • Giant Failed to follow the requirement after established so many stores Malaysia-wide.According to their website, The chain currently comprises of more than 90 Giant hypermarkets and supermarkets in all major towns and suburbs.
  • If the BOMBA problem, then the developer also has to play a part on this and not only the Giant. 
  • How can Architect/ID for the project failed to adhere to BOMBA requirement (i believe Suria KLCC or Giant has appointed the good one)
  • From my experience during my uni. day (study UBBL) and dealing with By-Laws, the requirement for such a Big Public Area but with single storey structure are less difficult and i believe the owner will not compromised compared to ‘mati ca’cang’ for not been able to operate in a month period.
  • Giant will not dare to put everyhing in the racks or shelves and ready to be opened anytime if they are yet to fill statutory requirement.
and the above list could be continued if we wanted to think negatively… like how can others can be operated, not Giant, KLCC is such a big developer and will not do this ( to go short-cut by failing to follow requirement) and so on…
So, as one of the Kerteh folks, let hope that this matter would be resolved by all parties for GOOD. InsyaAllah
 

Nampaknya episod Pasar Raya Besar Giant dekat Mesra Mall masih berpanjangan. Hari ini MB Terengganu masih berteka-teki tentang kenapa dan bila pasar raya itu patut dibuka.  Sebagai pemerhati, saya masih tak dapat rasional kenapa isu ini tidak boleh diselesaikan dengan baik untuk kepentingan semua. Dalam Islam juga berkehendakkan begitu. DS Najib semalam mengumuman beberapa dasar fiskal yang baru bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat untuk berbelanja dan sebelum ini Shahril Samad juga menggalakkan pasar raya besar agar turut membantu rakyat meringankan beban mereka.

Malaysiakini baru melaporkan yang MB Terengganu meminta pemberita menanyakan pihak pengurusan Giant terlebih dahulu sebelum beliau membuat ulasan. Satu kenyataan yang lemah memandangkan senario sekarang yang orang putih cakap ‘ ball on his hand’. Beliau sepatutnya berterus terang kerana pada pendapat peribadi saya business is business.. kalau tuan tanah tak mahu kita, baik kita pergi berniaga di tempat lain. Jika ingin dijadikan contoh, banyak kompeni besar yang sanggup pindah kilang lari ke tempat yang lebih menguntungkan seperti yang terjadi kepada industri elektronik yang mana mereka (kompeni luar) telah banyak berpindah ke Negara China. Itulah adat berniaga..

Yang pasti apa yang terbenak di hati ialah kejadian atau peristiwa kelewatan (atau tak buka langsung) Pasar Raya Giant ini janganlah disebabkan permainan politik atau kehendak peribadi masing-masing. Kebanyakkan rakyat, pasti rata-rata ingin tahu konkrit di sebalik rasionalnya ini(kelewatan pembukaan) dan juga pasti peniaga atau pelabur luar meneliti perkembangan ini.  Reason yang lemah mungkin menjadi taruhan percaturan politik masing-masing, namun itu bukanlah ‘mileage’ yang hakiki,  kerna kat akhirat, menjawablah nanti.

Wallahu’Alam.. 

—————————————————————————–

                  Masalah Giant-MB T’ganu kekal misteri

Jimadie Shah Othman | Nov 5, 08 10:59am
kemaskini 8:56pm Menteri besar Terengganu sengaja memanjangkan teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.   

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu “berkaitan dengan Datuk Ahmad”, yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media itu, difahamkan Ahmad menyatakan Giant “tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan.” 

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan “mutiara timur anda.”

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha