Aku tahu korang mesti tak ikut perkembangan bolasepak tempatan kan … aku juga tahu yang korang sekarang tengah deman mengikuti Bolasepak Piala Dunia di Africa kan… dan aku tahu yang korang jugak tak tahu dah berapa lama Sultan Pahang memegang tampuk tertinggi bolasepak Malaysia kan… begitu juga aku tahu yang korang tak sensitif langsung pasal bolasepak Malaysia di mana ASTRO masa start piala dunia tempoh hari macam takder orang lain ker nak jemput Abbas Saad dan Tony Cottee (2 org pernah memalukan bolasepak Malaysia) sebagai pengulas kejohanan Piala Dunia di Africa..

Kalau kenyataan di atas semua benar … maka korang memang hampeh ..

OK kalau korang nak tahu.. hari ni (sabtu) merupakan hari yang paling ditunggu oleh Peminat dua REDS… iaitu satu RED GIANT dan yang satu lagi RED WARRIORS … Pertemuan yang sepatutnya diadakan pada hari selasa terpaksa diawalkan kerana ianya akan/memungkinkan memberi duit EXTRA kepada FAM yang mahu mengumpan peminat Kelantan/RED WARRIORs yang jauh untuk datang melihat di Stadium. Memang kureng kan FAM  ni… memandang rendah sokongan peminat Red Warrior kerana aku tahu yang kalau buat hari selasa pun .. sudah tentu peminat kat Kelantan kat Songkla atau Takbai sekalipun akan datang kalau setakat Stadium Shah Alam tu.

Game ini juga di anggap menarik kerana ianya kan menampilkan pertarungan antara Pendahulu Liga dan Pencabar liga… iaitu Selangor sebagai pendahulu dan Kelantan di tangga kedua dengan perbezaan lima mata. Dan dengan ini hanya kemenangan ke atas Selangor membolehkan Kelantan bermimpi untuk merebut kejuaraan Liga Super buat pertama kalai dalam sejarah kewujudan negeri Tanah Melayu / Survanebumi ini. Namun begitu, Selangor bukan pasukan yang lemah walaupun last week teruk mereka dimalukan Perak.

Safie Salee dah dapat main … tinggal Wak Tong atau Hardi Jaafar jer yang masih menghitung hari (terlepas dari pergantungan).. jadi inilah peluang yang memang patut di ambil Kelantan. last week mereka kalah (kalau boleh aku nak sebut 44 x .. ) … so diharap teori domino akan terus menimpa Selangor.   Mr Devan masih seperti biasa .. kalah orang politik kalau bercakap .. tak ada kurang langsung …

Tapi Kelantan juga ada sedikit gawatnya .. .. dengar cerita Mat Yo tak dapat main .. tapi lom pasti lagi .. Barisan penyerang masih lagi seperti Team Spain … cuma mampu jaringkan 1-2 gol saja … bahagian bawah sudah mantop … tengah suam-suam kuku ( kadang-kadang OK dan kadang2 tak).. Coach pula macam tu lah .. komen lebih sikit, terus cakap ada orang nak rampas kuasa dia .. parah-parah … tapi sebab minat punya hal.. aku memang harapkan Kelantan menang besar ..

Jikalau dibandingkan orang ke 12 setiap pasukan (penonton la tu) .. semuanya sama saja dan mungkin geng Kelantan lebih sikit kot walaupun main kat Selangor .. kalau ikut position, ini pula seritanya :::::  keeper : Kelantan lagi Power  … Full back : Kelantan lagi Power .. Tengah : Sepatutnya Seri tapi sebab wak tong tak dapat main, jadi Kelantan ada sedikit advantage lah .. Attacker : Confirm selangor lagi kuat …  Coach :  K Devan lagi power sedikit compare ngan Sathia.

Jadi macam mana pengakhiran ceritanya esok …. 

Bagi aku.. seperti biasa Selangor akan menyerang bertalu-talu sebab main tempat sendiri … Kelantan cuba bangkit tapi attacker kurang power .. jadi penonton semakin bosan ..  Tiba-tiba, midfield Kelantan dapat idea baru … DAN SCORE GOALs ( aku sengaja taruk ‘s’ kat belakang tu sebab aku punya prediction) ….

SELANGOR = 0

KELANTAN = 2

Sekian … selamat menambah karung FAM dengan gi ke Stadium ..

Hingga jumpa lagi

 

Hahaaa… selepas beberapa minggu memberi keutamaan kepada Isteri tersayang melihat rancangan TV kegemarannya, semalam merupakan hari yang terbaik melepaskan ‘gian’ melihat rancangan BOLA kesukaan saya. Memandangkan tengah hari semalam penuh dengan aktiviti bersama anak bermain di padang permainan di Pantai Teluk Lipat, hadapan Uitm Dungun, hampir semuanya (anak-anak laa) ‘flat’ seawal jam 8.30 malam lagi.

Tips #1 : (Untuk ibubapa sahaja) ; seandainya anda mahukan masa yang ‘berkualiti’ bersama pasangan anda pada waktu malam, jangan lupa 4 jam sebelum itu, anda perlu membawa anak-anak ke padang permainan dan pastikan mereka menghabiskan tenaga mereka… hasilnya jam 8.00 malam hingga 7.00 pagi merupakan masa untuk ‘honeymoon’ antara anda dan pasangan anda.

Ok berbalik kepada cerita bola kita, selepas sembahyang maghrib, malam bola dimulakan dengan game antara Man United dan Boro … di mana Man United menewaskan Boro 2-0 walaupun pada awalnya , Boro sedikit memberikan tentangan awal…so Glory Glory Man United..menang di tempat lawan dan berjaya mendapatkan 3 dari 10 mata yang boleh mengkonferm kan mereka menjuarai BPL.  ( BTW, tahniah awal dari ambo, kerana sekali lagi membuat Liverpool dan Chelsea mengigit stud kasut mereka lagi pada tahun ini)

Tips #2 : ( Untuk Rafa Benitez ) : Kalau Striker sorang saja mengharapkan Torres, kenapa hang pi jual Robbie Keane dan lepaskan Voronin ke Bundesliga pulok…. jadi moral of the story, jangan ingat BPL itu cam Piala Dunia iaitu semua games boleh abis dalam masa sebulan.. Ini BPL la beb, dari Ogos hingga ke May tuu… dekat 9 bulan… skuad mesti ada ‘depth’ sikit… takpe.. try lagi next year..

Game kedua pula Kelantan vs Negeri Sembilan. Pada sapa-sapa yang ‘kureng’ dan tak ambik kisah pasal bolasepak tempatan dan telah terpesong ke arah liga bolasepak barat , game ini merupakan salah satu game dalam Liga Super Malaysia ataupun kata orang putihnya Malaysia Super League. Keputusannya lebih mengeciwaaaakan ambo ini.. Kelantan kalah lagi 0 – 2 hasil jaringan Shukor Adam ( player N9  la ni). Mengikut pandange kawe, kekalahan ini adalah berpunca kerana ketiadaan pemain-pemain utama Red Warriors seperti Indra, Paan, Rojo dan lain-lain lagi..

Tips #3 : ( untuk TS Nuar Muso) : Pengumuman hadiah ke Old Trafford hasil daripada pasukan layak ke Akhir Piala FA mungkin terlalu awal, mengakibatkan pemain Kelantan ‘klimaks’ terlalu awal. Buat Peter Butler, buktikan yang anda mampu mengubah dakyah ini, kerana ratusan ribu peminat bolasepak Kelantan @ Kelate Ultras ingin melihat Kelantan mencabar pasukan lain hingga ke akhir musim.. Dua lagi kejuaraan menjadi rebutan.. jadi berjuanglah..

Game Ketiga merupakan yang paling kurang signifikasinya … Chelsea melayan Fulham di Stamford Bridges. No blues untuk Chelsea kerana dengan mudah menundukkan Fulham 3-0 hasil jaringan Malouda, Anelka dan Drogba. Kemenangan ini membolehkan Chelsea menyamai mata Liverpool tetapi Liverpool mempunyai satu game di tangan. 

Tips #4 : ( Untuk Roman Abramovich) : Money can’t buy Championship but sekiranya ingin mencari pasukan untuk di taja, boleh lah hubungi ambo, kerana beberapa pasukan dan kelab-kelab Futsal memerlukan sumbangan ikhlas anda…. heheee

Game Keempat yang paling menarik malam semalam… El Clasicco … Messi Magic … Real’ly pathetic for Real Madrid… speed … agility … world class passing… you name it semua ada dalam game ini.. Kemenangan besar Barca ke atas Real Madrid ( 6-2) di Bernabeu ( Stadium R Madrid la ni) menghilangkan terus peluang Real Madrid untuk menjuarai Liga Primera.. Walaupun secara matematiknya masih lagi boleh… tapi secara logiknya, kejuaraan akan jatuh kepada kelab Catalan itu… Apa yang boleh belaja dari game ini.. banyak dan yang paling mudah ialah.. kenapa Ramos ( Manager Real Madrid) membiarkan Messi bergerak bebas… sebebas orang dekat border cam Pengkalan Kubur and Rantau Panjang masuk Thailand and vice-versa…

Tips #5 : (Buat Real Madrid President) : Ambik sajalah Rafa Benitez tu… yang lain tu mengabihkan borasss sajo.. yang ppenting mesti spanish dan yang ada ego sikit like Benitez, Sir Alex, Mourinho dan Capello.. yang lain tu tak yah nak ambik la… nanti kena buai dek player saja..

Itu lah semalam 8.00 malam hingga 4.30 pagi … ada satu lagi game sebenarnya ambo tengok iaitu game Yellow Submarine … tapi tak nak cerita la, nanti cakap terlalu fanatik dengan bola pulak … Bila dah sampai pagi, korang tentu fikir tentu lemah nak bangun subuh kan…. heheee senang jer bagi mengatasi masalah ni..

Tips #6 : ( Untuk yg sudah berkahwin saja) : Tips untuk bangun Subuh setelah bersengkang mata tengok bola hingga ke pagi ( dinihari ) ….. tips nya ialah :——–>

a) KEJUT PASANGAN ANDA

b) BUAT MUKA KESIAN pada PASANGAN ANDA

c) Ehem ehem ehem 

d) MANDI TERUS

e) Sah ….. lepas mandi confirm  dah masuk Subuh , pergi sembahyang Subuh terus, jangan gatai-gatai nak tidur walaupun sekejap.. kalau tak masuk lagi waktu subuh … sembahyang tahjud 2 rakaat… sembahyang sunat taubat 2 rakaat, sembahyang hajat 2 rakaat dan sembahyang sunat witir 3 rakaat..  hasilnya … Bola dapat tengok … pahala pun dapat……

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha