Saya mengandaikan semua sudah mengetahui fenomena air laut yang tidak saling bercampur ini samada secara fizikalnya/pemerhatian atau melalui penghayatan ayat Al-Quran seperi firman Allah s.w.t, iaitu:-

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.”
(QS. Ar-Rahman:19-20)

Pada ayat di atas diketahui bahawa dua laluan air bertemu, ianya  tidak saling bercampur akibat adanya batas. Bagaimana ini dapat terjadi? Biasanya, bila air dari dua lautan bertemu, airnya akan saling bercampur dengan suhu dan ketumpatan garam yang hampir seimbang. Namun, kenyataan yang terjadi berbeza dengan yang dikirakan logik. Misalnya, meskipun Laut Tengah dan Samudra Atlantik, serta Laut Merah dan Samudra Hindia secara fizikalnya saling bertemu, airnya masih tidak saling bercampur. Ini kerana di antara keduanya terdapat batas. Di Selat Gibraltar lebih jelas lagi. Antara air di Selat Gibraltar dengan Laut Mediteranean terdapat perbezaan warna yang jelas yang menjadi batas antara keduanya.

Itulah hebatnya fenomena ciptaaan Allah s.w.t.

Begitulah juga kita ibaratkan pertemuan yang dibuat antara pihak PAS dan UMNO setelah selesainya Pilihanraya 12 baru-baru ini. Mereka iaitu PAS dan UMNO telah ‘bermuzakarah’ walaupun isu ini hanya dibangkitkan semenjak dua menjak ini oleh pihak UMNO dan saya menpercayai sebagai satu point yang akan menentukankan survival UMNO itu sendiri. Bermula kisah Linggam ‘correct’, isu altantuya, isu naik harga minyak, isu krisis makanan, isu pengakuan bersumpah, isu kes liwat DSAI dan isu yang paling besar iaitu kekalahan teruk BN dalam PRU 12 telah menekankan UMNO yang menerajui BN itu sendiri. Benda paling mudah untuk mereka ialah mengeluarkan isu muzakarah ini. (Sila Klik Sini)

Muzakarah sebenarnya bermaksud perbincangan dan pertukaran pandangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan. PAS dan UMNO duduk semeja untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat pandangan di atas nama Melayu dan Islam. Kenyataan ini disahkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi bin Awang sendiri.

Pas terdiri dari ahli-ahlinya yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam, juga kaum lain yang beragama Islam. Setakat hari ini nak jadi ahli PAS perlu beragama Islam, kalau nak jadi ahli kelab penyokong PAS ianya terbuka kepada semua kaum.

UMNO juga satu parti yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Di sini lah adanya titik pertemuan dan persamaan PAS dan UMNO, iaitu bangsa Melayu dan Islam. Namun matlamat dan dasar perjuangan sudah pasti tidak sama kerana walaupun ia pernah bergabung satu ketika dahulu (sayapun masih belum lahir ketika tu), ia hanyalah satu ‘dejavu’ politik yang ianya akan terpahat sebagai sejarah Malaysia.

Titik pertemuan yang sama itu bukanlah satu ukuran atau syarat untuk dibuat penggabungan dua parti ini. Secara ikhlasnya PAS dan UMNO tidak akan bergabung atau membuat satu pakatan yang sulit yang amat menakutkan pihak DAP. Ini adalah kerana mereka dalam UMNO dan PAS punyai agenda masing-masing mengikut halatuju parti. Mereka sama hanya dalam soal Islam (ini ada sedikit tanda tanya dalam UMNO) dan Melayu dan tidak pada yang lain.

Saya sebenarnya bersetuju dengan ungkapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mencadangkan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Beliau antara lain juga berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam. (sila klik sini).

Walaupun begitu, terdapat pelbagai pemahaman dan ulasan tentang apa yang dikatakan TGNA ini tetapi secara mudahnya ia membawa maksud semua orang UMNO masuk PAS, dan sama-sama mendaulahkan Islam kerana itulah tujuan asal Muzakarah sebenarnya iaitu untuk Islam dan Melayu. Sekiranya Islam itu ‘kureng’ dalam UMNO, kenapa pula PAS nak masuk UMNO. (Sila Klik Sini). Inilah pemahaman yang sebenar ulasan Tuan Guru Nik Aziz sebenarnya.

Sekiranya kedegilan di antara kedua-dua parti ini masih timbul dan tidak mahu mengalah di kedua-dua belah pihak. Let it be kata orang putih. PAS bukan di pihak yang kalah dan mereka telah menunjukkan komitmen yang jitu terhadap Pakatan Rakyat melalui tindakan Ustaz Awang di Perak yang menolak ajakan pihak UMNO dan keputusan PAS Selangor yang tidak mahu bersekongkol dengan Geng Khir Toyo selepas PRU 12.

DAP dan PKR pula tidak sepatutnya menjadikan ini sebagai satu rencah keraguan mereka kepada PAS kerana ianya telah terbukti mereka komited terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini yang Karpal Singh mahu Pakatan Rakyat menyemak semula keahlian PAS dan sikap yang kebudak-budakan inilah yang sebenarnya musuh utama Pakatan Rakyat. Pihak PAS dan PKR tidak berkata sepatah haram pun ketika GERAKAN dan DAP ‘bermuzakarah’ selepas PRU-12 di Pulau Pinang.

Jikalau takdir yang tidak mahu persamaan antara PAS dan UMNO itu disatukan dalam suatu pakatan Parti Politik, terdapat banyak hikmah yang tersembunyi di antaranya. Seperti pertemuan air laut di Selat Gibraltar, begitulah juga ibarat PAS dan UMNO. Terdapat titik pertemuan antaranya tetapi tidak melampau kedua-duanya.

WallahuA’lam.

Cerita lain mengenai Isu PAS-UMNO ini

Di sini    Di sini    Di sini    Di sini     Di sini       Di sini     Di sini      Di sini      Di sini      Di sini

Di sini   disini

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha