Datuk Seri Najib Tun Razak is on track to becoming the nation’s sixth prime minister after he won the Umno presidency unopposed, receiving his 133rd nomination from the Cameron Highlands division on Sunday. A candidate needs 58 of the 191 nominations to be eligible to contest. By passing the 133 mark, he has denied any interested candidate the possibility of contesting because the person would not be able to secure the required 58 nominations.
Macam-macam benda yang telah berlaku kat Malaysia ni. Ada yang masuk akal dan ada yang terencat akal. Dalam kesibukan kawan-kawan kita kat Permatang Pauh, bekas pemandu Datuk Nalla telah membuat pengakuan bersumpah mengenai amalan hindu yang dilakukan oleh sami besar yang telah ‘diimport’ khas dari India di Rumah DS Najib. Apa yang menariknya, pengakuan itu bukan mengatakan ianya sekali tetapi ianya telah banyak kali berlaku.
Sebenarnya yang ni susah sikit nak komen sebab kat Kelantan dan Kedah ada ramai juga yang menggunakan Bomoh Siam. Ayah Pin dulu pun pernah ke Kuil Hindu … Nampaknya Melayu kita telah balik semula ke zaman dulu-dulu, macam dalam cerita P Ramlee. Hahahha macam-macam dunia nih sekarang. SD SD
Link Pengakuan Bersumpah
Nampaknya kehangatan kempen politik di Permatang Pauh lebih terasa bahangnya walaupun dilaporkan hujan telah turun di beberapa tempat di kawasan P44 itu. Di Kubang Ulu, Najib yang berceramah di sana (bersama satay dan laksa), telah mengwar-warkan yang DSAI sanggup berbuat apa saja asalkan hajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. (Sila Klik Sini).
Habis semua kisah-kisah lama terungkit seperti kes ‘geng wawasan’, permainan wang oleh DSAI dan banyak lagi. Semua kisah-kisah itu sebenarnya bagi rakyat adalah satu pukulan ke muka empunya diri yang berkata demikian. Kalau kisah tersebut diceritakan 15 tahun lepas, mungkin la ada yang mempercayainya, namun ianya dulu dan bukan sekarang. Sekarang, semakin banyak orang seperti Najib atau KJ atau Ezam membuka mulutnya, semakin teruk Barisan Nasional. Ini adalah seperti ‘reverse psychology’ dan BN/UMNO bukannya tak tahu tentang itu, tetapi mereka tidak ada calon lain yang boleh menjadi ‘ayam laga’ seperti Muhamad Sabu atau Ibrahim Ali yang petah berbicara.
Atas sebab ketiadaan kepimpinan yang berwibawa itulah menyebabkan pihak BN semakin desperate sampai beberapa tokoh yang tidak mungkin terfikir oleh kita tampil berkempen/memberi ‘ceramah’ buat BN. Konsul Mongolia yang cakap berapi-api menafikan penglibatan Najib atas kes Altantuya adalah salah satu daripadanya. Melalui TV3, apa yang diperkatakan oleh konsul tersebut bukan mengenai Najib dan Altantuya tetapi sekadar ingin menaikkan saham dirinya sampaikan point yang penting yang dapat difahami ialah oleh sebab beliaulah (konsul monggolia)… bla.. bla.. (semuanya macam memuji diri sendiri) .. hahahaaaa salah pilih calon lagi BN ni..
Begitu juga isu poster-poster yang ‘palsu’ (laporan Malaysiakini) sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tak tahu malu dan ingin Pakatan Rakyat berpecah belah. Ini yang sebenarnya boleh lebih mengeratkan hubungan semua parti di Pakatan Rakyat kerana mereka tahu badai yang terakhir ini boleh mewujudkan kedamaian yang berpanjangan kepada Malaysia sekiraya DSAI menang dan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.
Jam semakin berdetik, Hari semakin hampir, wang semakin banyak ditabur (klik sini), perdebatan semakin hangat, tekak semakin perit dengan teriakan reformasi dan helah masing-masing semakin bercelaru NAMUN APA YANG PASTI tanggal 26 haribulan Ogos, kemenangan besar akan berpihak di Pihak Pakatan Rakyat dan kekelahan teruk itulah yang mengakibatkan terlerai ikatan Barisan Nasional dan insyaAllah, Ramadhan inilah yang paling rakyat tertunggu-tunggu.
DENGAN KELAHIRAN SEMULA MALAYSIA..insyaAllah
Follow me on Twitter
Bebelan….