haha … ni lah yang dikatakan JOM HEBOH yang sebenar, tempoh 2 hari yang lepas memang panas dengan berita kekalahan pasukan pilihan di Piala Dunia iaitu Brazil dan Argentina. Dua pasukan yang memang ramai meramalkan yang akan bertemu di Final Piala Dunia, namun hanya mampu bertahan di peringkat suku akhir sajer.
Memang di atas kertas mereka (Brazil dan Argentina) memang kuat… dengan 22 pemain utamanya yang jika dikira pendapatannya melebihi jumlah pendapatan seluruh pemain kelahiran South Africa kalau nak dibuat perbandingannya. Tapi apakan daya; BOLA sebenarnya BULAT .. yang kuat bukan akan selalu menang dan dan yang lemah tak akan selalunya kalah.
Pelbagai komen telah dibuat oleh pengikut FIFA piala dunia ini tetapi bagi RENJUNA, kekalahan 2 pasukan gergasi ini adalah disebabkan oleh Pengurus/Coach mereka iaitu Dunga dan Maradona. Jika dilihat kepada tempo permainan yang ditunjukkan, pemain bermain seperti mengikut gerak hati sendiri dan bukannya dalam suatu unit pasukan. RENJUNA teringat komen Sneidjer selepas final Champion League yang lepas.
“Kita pemain hanya menjalankan arahan yang diberikan Manager iaitu Mourinho dan Managerlah yang mengatur keadaan perlawanan” – Dengan kata lain; pemain macam robot lah dan mourinho yang jaga semua remote robot tersebut
Kegagalan Dunga dan Maradona mempelbagaikan variasi taktikal pasukan mereka juga menyebabkan kurangnya perluang yang dicipta. Pemain hanya mampu membawa bola ke Back Four dan selepas itu terus bertukar arah atau sekali-sekali penyerang hanya mampu mencuba tendangan jarak jauh.
Takper lah … Separuh akhir sudah pastikan akan terhidang perlawanan yang sebenar kerana ianya akan menampilkan pasukan yang penuh taktikal dalam pasukan Netherland, Uruguay, Germany dan Spain..
Harapan RENJUNA ialah satu : Final nanti NETHERLAND VS GERMANY
kerana harapan BOOKIE ialah : URUGUAY VS SPAIN ….
….. ( btw : BOookie ramai yang dah kaya raya disebabkan Brazil dan Argentina kalah awal )
Follow me on Twitter
Bebelan….