Belanda atau Holland atau Netherlands atau The Dutch Squad tampak seperti sudah cukup mantap menjelang Piala Dunia 2010 yang akan membuka tirainya 11 Jun ini. Terbaru pada aksi persahabatan awal pagi semalam, skuad kendalian Bert van Marwijk itu mudah menewaskan Ghana 4-1.
Dirk Kuyt membuka tirai jaringan Belanda pada minit ke-30 sebelum tiga lagi gol diperoleh dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan menerusi Rafael van der Vaart (72), Wesley Sneijder (80) dan Robin van Persie (87).Kesilapan pemain pertahanan Belanda, Joris Mathijsen bagaimanapun membolehkan Ghana memperoleh gol tunggal pada minit ke-78 hasil jaringan Asamoah Gyan.
Tanpa kelibat Arjen Robben yang mengalami kecederaan kecil di bahagian pinggul, van Marwijk memberi peluang kepada pemain tengah, Ibrahim Afellay selain dua penjaga gol simpanan, Michel Vorm dan Sander Boschker beraksi pada setiap babak.
Van Marwijk telah menamakan skuad 23 pemainnya pada 27 Mei lalu, sehari selepas mereka menewaskan Mexico 2-1 pada aksi persahabatan di Jerman.
Full Squad:
Keepers: Edwin van der Sar, Maarten Stekelenburg en Henk Timmer
Defenders: Khalid Boulahrouz, Giovanni van Bronckhorst, Tim de Cler, Johnny Heitinga, Kew Jaliens, Jan Kromkamp, Joris Mathijsen en André Ooijer
Midfielders: Mark van Bommel, Phillip Cocu, Denny Landzaat, Hedwiges Maduro, Wesley Sneijder en Rafael van der Vaart
Forwards: Ryan Babel , Dirk Kuyt, Ruud van Nistelrooy, Robin van Persie, Arjen Robben en Jan Vennegoor of Hesselink

Follow me on Twitter
Bebelan….