Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir penyokong Kelantan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan apabila membakar kerusi dan melempar mercun ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, malam kelmarin.

Katanya, penyokong Kelantan seharusnya menerima kekalahan secara terbuka kerana kalah dan menang adalah adat dalam permainan.

“Pemain Kelantan sudah bermain bersungguh-sungguh, bila kalah juga apa boleh buat. Masa kita menang tak timbul pula sebarang masalah, takkanlah kita nak menang selama-lamanya, matahari pun ada naik dan jatuh.

“Itu bukan semangat kesukanan, sebab itu saya ada sebut bola ini jangan kita sebut main, (sebaliknya) sebut riadah. Tak betul cara itu (membakar kerusi dan mercun), pemain sudah habis ikhtiar, kalah juga apa boleh buat,” katanya, semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, penyokong Kelantan mula bertindak liar dengan membakar kerusi serta melempar mercun dan botol minuman ke kawasan trek dan padang selepas pasukan itu ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan.

 

KEPUTUSAN AKHIR PILIHANRAYA PERMATANG PASIR

BN 5067 UNDI

PAS 9618 UNDI

MAJORITY 4551 UNDI

KELUAR MENGUNDI 14,768 UNDI BERSAMAAN 73 %  ( Nasib baik kuar ngundi sikit nihh… kalau tak majoriti tinggi lagi)

UNDI ROSAK 83 UNDI

PAS MENANG UMNO KALAH DI PERMATANG PASIR

Nota Kaki : BN …..  ”Lu kasi hormat sikit la Olang Tua lagi-lagi itu Ulamak maa… itu Tuan Guru apasal u hentam kuat-kuat …. ” kata sorang apek pada gua masa RTM, TV3, Utusan, Berita Harian menghentam TG NIK AZIZ…

 

“Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen… kecuali orang yang tidak berjawatan MB,” Menteri Besar Kelantan dipetik berkata di pejabatnya hari ini.

Tambah beliau lagi “Bagi saya, tidak elok kalau MB Perak (Mohammad Nizar) turut bertanding di kawasan lain, sedangkan dia mempunyai kedudukan di kawasan lama. 

“Ini seperti yang dilakukan bekas presiden PAS dahulu, (allahyarham) Datuk Asri Muda, yang bertanding di dua kerusi ketika memegang jawatan menteri besar Kelantan.” 

Itulah bisanya kata-kata Tuan Guru dan Mursyidul Am PAS tidak bersetuju dengan cadangan mereka yang inginkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi Pakatan Rakyat masih menganggapnya menteri besar Perak, adalah tidak sesuai timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding di kerusi parlimen itu, lapor Bernama.

Apa yang tersirat ialah Tuan Guru menyindir secara halus BN dan juga masih menganggap Pakatan Rakyat masih memegang tampuk pemerintahan Perak.

Nik Abdul Aziz turut memuji langkah anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Selambau, V Arumugam yang meletak jawatannya itu dan juga exco kerajaan Kedah sebagai “seorang yang berprinsip”. Tuan Guru juga membicarakan yang myngkin Arumugan juga tak biasa dengan ugutan dan tekanan apabila menjadi Yang Berhormat..

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha