Semenjak dua menjak ni terlalu banyak open house dan jamuan hari raya kat Pejabat dan rumah-rumah kenalan. Bermula dengan kenduri kawen yang berlambak selepas raya hari tu dan seterusnya jamuan hari raya merayakan kemenangan pada Ramadhan yang lepas. Rakyat Malaysia amnya beraya selama sebulan, walhal Islam hanya sehari sahaja iaitu pada 1 Syawal berbanding tiga hari pada Aidil-adha. ini dapat dibuktikan dengan laungan takbir raya yang memang kita amalkan macam tu.

Minggu depan juga memungkinkan jamuan hari raya ini yang masih tiada surutnya. Jemputan pada 11, 12, 13 dan 14 Oktober telah sampai melalui email dan sms. Ambo juga ingin sama-sama berkongsi pemberian dan anugerah daripada Allah dengan kawan-kawan sekelian iaitu pada 9hb Oktober nanti di rumah ambo dengan Dungun, Terengganu. Jadi sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut, jemputlah beraya di rumah selepas Jumaat. ( hari tersebut juga merupakan hari lahir anakanda sulung ambo yang menjangkau 5 tahun jumaat nanti).

Begitulah kita … beraya sakan dan saya teringat dalam suatu ceramah ustaz Azhar Idrus menyatakan yang kita pada hari ini pada bulan Sya’aban lebih menantikan kedatangan hari raya pada Syawal jika dibandingkan dengan kedatangan Ramadhan itu sendiri… Nauzubillah , pedoman untuk diri sendiri agar tak termasuk dalam golongan yang pertama itu.

Nota Kaki: Tapi kelakarlah pulak sebab tempahan untuk baju raya dah ditutup pada bulan Syaaban… jadi still kena beli pada bulan Rejab…. ( : ) memang ini menunjukkan Syawal juga yang kita semua sibukkan …. )

 

Memang terasa seperti pekerja contoh ajer sebab nama jer cuti tapi terlalu banyaklah masa dengan buat kerja2 opis di mana weekend ni gua  TERPAKSA edit Invitation To Bid Document ( 2 tender OK…. ) dan perlu siap segera sebab next working day ialah Tender Briefing dan Site Visit. Furthermore, gua terpaksa juga siapkan Next FY budget preparation …

Anyway,  no Open House this weekend juga menyebabkan mood turun jek..  Walaupun camtu my wife tak masak pun sebab kitaorang pagi petang and malam makan kat kedai jekkkk.. ( keempunan sebab sebulan berpuasa asyik masak ajer kat rumah ). Aa ‘ah satu lagi, semalam masa awal pagi slepas subuh, gua pergi ‘menembak’ sorang-sorang dekat Pantai Teluk Bidara… lawa giler tempat tu tapi kurang kemudahan dan prasarana… yang ada hanyalah pantai yang memutih dan ombak yang menderu-deru menhempaskan diri ke pantai disamping angin yang mendayu-dayu ( bahasa persuratan melayu lama nih).

Gambarnya, seperti biasa lama sikit baru boleh upload sebab kena cuci kat kedai nanti filem tu DSLR tertinggal kat mana hah …  memang letih la weekind nihh

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha