Petang semalam SPR mengumumkan pilihanraya kecil bagi kerusi N. 11 Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009, manakala penamaan calon akan diadakan pada hari Isnin 26 Sya’ban 1430 / 17 Ogos 2009. Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 08 hari. Kerusi N. 11 Permatang Pasir terletak didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang turut mengalami pilihanraya kecil apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh dimenangi oleh Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti yang meningkat.

Parlimen Permatang Pauh turut mengalami pilihanraya kecil sekali lagi apabila mantan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ahmad Fairuz mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada Timbalan Ketua Perhubungan Negeri PKR Sdr. Mansor memenangi kerusi tersebut. PRK Penanti menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah apabila BN tidak meletakkan sebarang calon, memberikan kemenangan mudah kepada YB Mansor yang kini mengambil alih jawatan TKM II Pulau Pinang. Cuma kerusi DUN Seberang Jaya sahaja dalam Parlimen Permatang Pauh yang belum mengalami pilihanraya kecil. Kerusi tersebut disandang oleh YB Datuk Mohd. Ariff Shah daripada UMNO.

Pilihanraya kecil N. 11 menyaksikan pengundian akan diadakan pada bulan puasa iaitu pada 04 Ramadhan 1430. Kerusi yang disandang oleh PAS tersebut sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memenanginya pada pilihanraya ke 11 tahun 1999. Beberapa nama tokoh PAS telah ditonjolkan, namun calon terkini atau masakini ialah Sdr. Mohamad bin Sabu, bekas Naib Presiden PAS yang lebih terkenal dengan panggilan Abang Mat Sabu.

Walau apapun.. kita tak payahlah berteka-teki siapa calonnya. BN akan menamakan calonnya Jumaat ini dan sudah pastilah calon PAS akan menyusul jua nanti. Jadi.. tunggulah  info seterusnya…..
 

PAS retained the Manik Urai state seat in Kelantan after its candidate Mohd Fauzi Abdullah defeated Barisan Nasional’s Tuan Aziz Tuan Mat with a majority vote of 65, in a by-election Tuesday. Mohd Fauzi, 50, polled 5,348 votes while Tuan Aziz , 39, obtained 5,283 votes.

 

Seperti penganalisis politik lain, Renjuna(bukan penganalisis tapi belajar melalui politik) merasakan bahawa isu kerajaan perpaduan ini banyak memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana UMNO telah ‘tiba-tiba’ berlagak untuk berdamai dengan PAS atas dasar perpaduan. Sebagai rakyat, isu ini bukanlah semudah yang disangka seperti kata Tun Mahathir tempoh hari iaitu apakah dasar bagi membentuk perpaduan ini, adakah atas nama bangsa atau atas nama negara yang hendak dipadukan. Apabila TG Nik Aziz semalam menyatakan yang perpaduan adalah diperlukan atas dasar agama Islam, terdapat percanggahan sedikit kerana UMNO tidak menjurus ke arah itu.

Hasil daripada kenyataan TG N Aziz itu dan juga kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat (seperti dibawah) mengakibatkan UMNO dan BN kini terkapai-kapai mencari Talian Hayat yang baru. Kenyataan PM yang menyatakan yang pintu perpaduan sentiasa terbuka juga menunjukkan seperti orang menunggukan ‘Bulan Jatuh Ke Riba’ walaupun harapan pada Allah dipohonkan agar ianya datang dari hati yang ikhlas untuk kebaikan Ummah.

Selain itu,  TG N Aziz dan Naib Presiden PAS, Ust Nasa juga mengumumkan ‘perdamaian’ mereka pada malam semalam walaupun pada Renjuna ianya bukan suatu pertelingkahan sebenarnya. Ini kerana isu melagakan orang paling dihormati di dalam PAS ini bukanlah isu yang sebenar, tetapi ‘diadakan’ oleh individu atau pihak media yang ingin merancakkan kembali isu politik tanahair. Walaupun pertelingkahan mungkin ada di dalam PAS, tapi bukanlah dari dua individu ini. NIk Abduh sebelum ini menyuarakan isu yang mungkin remeh dan menyindir kepada suatu pihak di dalam PAS, tetapi kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

Di dalam dunia yang serba mencabar dan dalam era teknologi MAKLUMAT ini, isu-isu maklumat dan informasi memang suatu yang paling mutakhir. Dengan kata lain, sekiranya kita tak mendapat maklumat yang terkini atau tidak mendapat informasi yang betul, kita sebenarnya tidak MUTAKHIR. Begitulah pendapat atau kiasan Renjuna dengan isu TG Nik Aziz dan kenyataan N Abduh sebelum ini. Jika masih ingat, Nik Abduh menyatakan TG N Aziz tidak diberi informasi yang mutakhir oleh orang-orang di sekelilingnya dengan katanya ‘penasihat-penasihat yang XXXXXXXXXXXXXXX’ . Jadi sudah tentu terdapat salah faham atau senario di mana kenyataan TG N Aziz tidak sealiran dengan kenyataan TG Hj Hadi yang juga Presiden PAS. Isunya di sini bukan TG N Aziz tapi ‘Penasihat2 XXXX’ disekelilingnya.

Jadi … pada pendapat Renjuna, PAS kini sudah sangat matang, isu-isu kecil bukan lagi suatu dugaan kerana jikalau kita melihat ‘helicopter view’ beberapa isu-isu yang naik atau hangat dalam masa 2-3 bulan ini semakin menaikkan nama PAS terutamanya kes Kerajaan Perpaduan dan juga isu di Perak (dan banyak lagi isu-lsu lain). Walaupun ada saki-baki lagi musuh-musuh dalaman (spt kata Timb Murshidul Am PAS), ianya semakin memberi kebaikan kepada PAS kerana ianya akan menjadikan pemimpin PAS untuk saling ingat mengingati seperti mana yang dituntut oleh ajaran ISLAM. Renjuna percaya, musuh dalaman ini ada dimana-mana samada PAS, UMNO, PKR, DAP atau juga syarikat2 Korporat. isu yang patut diberi perhatian bukan siapakah musuh tersebut tetapi mekanisme (saling berterus terang juga satu mekanisme) bagi menghalang musuh dalaman tersebut menanam ‘racun’ yang berbisa.

Jadi, semua isu panas nampaknya sudah mendap, Pilihanraya kecil semakin dekat, ekonomi masih di tahap biasa saja… isu H1N1 semakin ketara, Isu Bahasa Inggeris tak settle-settle… minyak petrol pula akan naik harga …… Sekarang Bulan Jun…. Separuh tahun telah berakhir, isu politik semakin berpanjangan , isu dengan Indonesia semakin tegang … JADI SEKARANG NI BANYAK YANG TIMBUL PERSOALAN-PERSOALAN … adakah ini tandanya kita akan tukar Kerajaan ? atau ianya sekadar lawak kehidupan ? yang tak berkesudahan …

——————————————————————————-

Kenyataan Majlis Presiden PR

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usahamembentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin. Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato’ Ngeh Ko Ham.

 

Al-Fatihah…

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai yang mewakili PAS, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi (22.5.2009) . Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini. Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

Sumber : Harakah

 

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin will be PAS’ candidate for the Bukit Gantang parliamentary by-election, polling of which will be held on April 7. PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang made the announcement during a PAS rally at Taman Kota Jaya in Simpang. Nizar, 52, is also the deputy PAS commissioner of Perak and state assemblyman for Pasir Panjang.

The Barisan Nasional (BN) has named Bukit Gantang Umno information chief Ismail Saffian, 49, as its candidate for the seat. Nomination is on Sunday.The by-election is necessitated by the death of its Member of Parliament Roslan Shahrom of PAS on Feb 9. In the general election held in March last year, Roslan defeated the BN’s Datuk Seri Abdul Azim Zabidi Roslan by a majority of 1,566 votes while an independent candidate, M. Mogan, secured only 882 votes and lost his deposit.

Meanwhile, Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice president Azmin Ali, who was also present, said PKR would ignore the three-month suspension imposed by the Home Ministry today on the party organ, Suara Keadilan

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha