Aku tahu korang mesti tak ikut perkembangan bolasepak tempatan kan … aku juga tahu yang korang sekarang tengah deman mengikuti Bolasepak Piala Dunia di Africa kan… dan aku tahu yang korang jugak tak tahu dah berapa lama Sultan Pahang memegang tampuk tertinggi bolasepak Malaysia kan… begitu juga aku tahu yang korang tak sensitif langsung pasal bolasepak Malaysia di mana ASTRO masa start piala dunia tempoh hari macam takder orang lain ker nak jemput Abbas Saad dan Tony Cottee (2 org pernah memalukan bolasepak Malaysia) sebagai pengulas kejohanan Piala Dunia di Africa..
Kalau kenyataan di atas semua benar … maka korang memang hampeh ..
OK kalau korang nak tahu.. hari ni (sabtu) merupakan hari yang paling ditunggu oleh Peminat dua REDS… iaitu satu RED GIANT dan yang satu lagi RED WARRIORS … Pertemuan yang sepatutnya diadakan pada hari selasa terpaksa diawalkan kerana ianya akan/memungkinkan memberi duit EXTRA kepada FAM yang mahu mengumpan peminat Kelantan/RED WARRIORs yang jauh untuk datang melihat di Stadium. Memang kureng kan FAM ni… memandang rendah sokongan peminat Red Warrior kerana aku tahu yang kalau buat hari selasa pun .. sudah tentu peminat kat Kelantan kat Songkla atau Takbai sekalipun akan datang kalau setakat Stadium Shah Alam tu.
Game ini juga di anggap menarik kerana ianya kan menampilkan pertarungan antara Pendahulu Liga dan Pencabar liga… iaitu Selangor sebagai pendahulu dan Kelantan di tangga kedua dengan perbezaan lima mata. Dan dengan ini hanya kemenangan ke atas Selangor membolehkan Kelantan bermimpi untuk merebut kejuaraan Liga Super buat pertama kalai dalam sejarah kewujudan negeri Tanah Melayu / Survanebumi ini. Namun begitu, Selangor bukan pasukan yang lemah walaupun last week teruk mereka dimalukan Perak.
Safie Salee dah dapat main … tinggal Wak Tong atau Hardi Jaafar jer yang masih menghitung hari (terlepas dari pergantungan).. jadi inilah peluang yang memang patut di ambil Kelantan. last week mereka kalah (kalau boleh aku nak sebut 44 x .. ) … so diharap teori domino akan terus menimpa Selangor. Mr Devan masih seperti biasa .. kalah orang politik kalau bercakap .. tak ada kurang langsung …
Tapi Kelantan juga ada sedikit gawatnya .. .. dengar cerita Mat Yo tak dapat main .. tapi lom pasti lagi .. Barisan penyerang masih lagi seperti Team Spain … cuma mampu jaringkan 1-2 gol saja … bahagian bawah sudah mantop … tengah suam-suam kuku ( kadang-kadang OK dan kadang2 tak).. Coach pula macam tu lah .. komen lebih sikit, terus cakap ada orang nak rampas kuasa dia .. parah-parah … tapi sebab minat punya hal.. aku memang harapkan Kelantan menang besar ..
Jikalau dibandingkan orang ke 12 setiap pasukan (penonton la tu) .. semuanya sama saja dan mungkin geng Kelantan lebih sikit kot walaupun main kat Selangor .. kalau ikut position, ini pula seritanya ::::: keeper : Kelantan lagi Power … Full back : Kelantan lagi Power .. Tengah : Sepatutnya Seri tapi sebab wak tong tak dapat main, jadi Kelantan ada sedikit advantage lah .. Attacker : Confirm selangor lagi kuat … Coach : K Devan lagi power sedikit compare ngan Sathia.
Jadi macam mana pengakhiran ceritanya esok ….
Bagi aku.. seperti biasa Selangor akan menyerang bertalu-talu sebab main tempat sendiri … Kelantan cuba bangkit tapi attacker kurang power .. jadi penonton semakin bosan .. Tiba-tiba, midfield Kelantan dapat idea baru … DAN SCORE GOALs ( aku sengaja taruk ‘s’ kat belakang tu sebab aku punya prediction) ….
SELANGOR = 0
KELANTAN = 2
Sekian … selamat menambah karung FAM dengan gi ke Stadium ..
Hingga jumpa lagi
Bebelan….