Setelah mendengar khabar yang agak gembira di mana Tuanku Sultan Mizan hanya akan mengadakan Sambutan Keputeraan baginda secara sederhana (tak melibatkan banyak duit) dan tanpa penganugerahan pingat darjah kebesaran, Rakyat Malaysia dan Terengganu khasnya dikejutkan dengan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dengan alasan bagi menjimatkan kos perbelanjaan tahunan. (Sila klik sini)
Penjimatan yang sepatutnya berlaku dalam setiap pentadbiran kerajaan kerana ianya melibatkan wang rakyat telah di’nodai’ dengan pembelian kereta mewah dengan nilai RM 3.43 juta yang mana alasan yang diberikan tidak munasabah sama sekali. ‘Penjimatan jangka panjang dan keselamatan’- adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan wang sebanyak itu, kita dapat membeli hampir 34 buah kereta Perdana iaitu 2 buah seorang bagi setiap exco dan pegawai tertinggi kerajaan. Kalau sebuah kereta Perdana boleh dipandu tanpa sebarang masalah dalam tempoh tujuh tahun lebih, dengan sekali ganda tadi, 15 tahun menggunakan Perdana merupakan tempoh yang agak lama jika dibandingkan dengan kereta Mercedes tadi
Dengan suasana yang amat kritikal bagi rakyat sekarang di mana harga barangan naik terlalu mendadak dan tinggi, kalau betul hendak berjimat, penggunaan kereta Waja, Persona atau Toyota VIOS adalah paling wajar. (atau penggunaan kereta yang c.c lebih kecil). Sedarkah pihak kerajaan Terengganu yang memberikan alasan yang memburukkan jenama Proton Perdana juga boleh mengundang kecaman rakyat yang selama ini Menteri dan Ahli-ahli kerajaan menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia.
Selain daripada itu, adakah pihak exco Negeri Terengganu berfikiran yang mereka akan menguasai Terengganu selama-lamanya atau selama jangka hayat kereta Mercedes tersebut?. Tidakkah mereka terfikir yang kedudukan mereka juga tak lama atau bergantung kepada rakyat yang akan mengundi mereka semula nanti atau yang lebih penting Allah yang boleh mengambil nyawa bila-bila masa kerana pada saat ini mereka seperti berfikiran yang Mercedes yang boleh membawa mereka selama-lamanya dengan ‘low maintenance’ dan ‘lebih selamat’ jika dibandingkan dengan Perdana V6 executive yang telah banyak berjasa membawa pemimpin negara ke hulu-ke hilir.
Pulau Pinang setelah ditakluki Parti Pakatan Rakyat telah membatalkan pembelian kereta mewah. Kenapa pula Terengganu yang ‘istimewa’ dalam hal ini.
Wallahua’lam
Komen-komen lain
lagi di sini dan di sini dan di sini lagi
Follow me on Twitter
Bebelan….