FINALLY …..

World Cup Final.

Dan Espanyol/Spain/ Sepanyol / La Roja ialah Juara Dunia yang baru.

Menonton perlawanan akhir Piala Dunia dengan satu family merupakan salah satu perkara terbaik yang pernah dilakukan bersama. My wife, ikhwan and ikmal woke up to be with their Baba watching the World Cup final. Eventhough, they stay-up just only for few moment sebelum boozing again, its make my tired eyes still open until the final whistle.

OK LAH, AKU TAK NAK CITER LANGSUNG PASAL GAME FINAL TU.. {sebab korang boleh baca berita internet atau baca blog-blog yang ramai penulis/pengkritik bola yang hebat-hebat belaka kat sana tuh.}

So, after about 5 mingggu penuh dengan aktiviti BOLA dan selepas 64 matches, apa yang paling significant sekali buat kamu ?

For me hanya 2 sajer. PERTAMA : Vuvuzella …. KEDUA : Demam PAUL the Oracle Octopus

Drama King : Tersangat banyak, antaranya ……

Kisah England balik awal, france players tak nak turun training, Team juara bertahan, ITALY yang terpaksa balik awal, kisah HEBAT Diego Forlan, Germany dengan young players nyer,  Kisah Messi yang tanpa golnya, Maradona dengan perangainya, Korea Utara dengan kerja lombongnya, Samuel Etoo dengan Roger Millanya, kisah vuvuzella yang bunyi macam tebuannya, kisah new hero cam Mesut Ozil, Suarez, Honda, Muller, dan banyak lagi la cerita-cerita yang menarik sepanjang Piala Dunia ini berlansung.

Sebenarnya, my target in this world cup would be to watch all the games.. tapi mata yang sepet nih, tak lah sekeras mana pun ? .. namun kalau direkodkan, maybe almost 3/4 daripada 64 games tu aku layan.. samada secara live atau siaran ulangan. Orang cakap buat apa apa tengok betul2, baik layan highlight jer sebab kat ASTRO ada kemudahan untuk itu.. tapi apa boleh aku buat, dah bola tu minat aku dari kecik.

So lepas ini, life akan jadi macam biasa menunggukan Barclays Premier League yang hanya akan bermula Ogos nanti.

Sambil … all of you out there.. SOMETHING BIG IS COMING ON … you’d better get ready

…. IT’s RAMADHAN …

So… marilah kita sama-sama melafazkan doa ini…

” Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.”

 

 

Pada kejohanan FIFA PIala Dunia 2006 dekat Germany, perlawanan pertama Italy ialah melawan Amerika Syarikat dan mereka seri dalam perlawanan yang sangat membosankan itu.. Satu dunia meramal Italy akan kalah (dan balik awal) awal dan akhbar sukan utama  mereka Gazetta de Sport  mengutuk giler-giler pasukan Lippi pada ketika itu… HASILNYA pada akhir kejohanan, mereka Muncul JUARA PIALA DUNIA 2006.

Semalam yang agak hangat sebab NEtherland main macam budak sekolah Limau Kasturi membuatkan tahap kemarahan aku menjadi tinggi dengan gaya total ‘lost’ footballnya. Namun selepas tu,  nasib baik geng-geng NIPPON tak memalukan aku dengan semangat juang ‘banzai’ mereka. Selepas tu game Italy dan Paraguay dan bagi akua bukanlah sesuatu yang patut ditengok oleh orang yang baru nak belajar bolasepak. Sebabnya kalau seseorang tu tengok game semalam, mereka akan ingat main bola ni ialah kita bertahan jangan bagi gol kita bolos dan bukannya sapa yang paling banyak sumbat gol…

Ok lah.. ingat semua orang dah tahu yang game Italy semalam, mereka seri 1-1 dengan Paraguay dengan tempo perlawanan adalah hanya setaraf dengan game N Sembilan vs Kelantan pada final Piala Malaysia tahu lepas (hanya peringkat Glokal) . Dan memang gua dah jangka, penjaring terbanyak Italy pada tahun ini sudah tentunya terdiri dari geng-geng Midfield dan ianya terbukti awal pagi tadi.

Namun, seperti teori RENJUNA pada para pertama, adakah ke ‘seri’ an Italy pada game pertama ini adakah memungkinkan mereka muncul juara lagi … walaupun terdapat teori satu lagi yang sangat-sangat popular iaitu yang Juara Bertahan akan balik awal dengan tak berjaya melepasi peringkat kumpulan lagi .. (ie France 1998 dan Brazil 2002)..

kita sama-sama tunggu 11 Julai nanti yer..

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha