Sama ada anda masih ingat atau tidak, pada malam pengistiharan kemenangan PKR pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dahulu, laungan yang dimainkan ahli UMNO pada malam itu ialah “Jumpa Lagi di Kulim”.

Nampaknya kehendak itu hanyalah impian kerana Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, hari ini meluluskan permohonan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk tidak meneruskan petisyen mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersetuju untuk tidak meneruskan perbicaraan setelah pihak pempetisyen yang diwakili oleh peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menarik balik petisyen berkenaan.

Datuk Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor ketidakstabilan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang akibat harga minyak yang tidak menentu, rakyat yang semakin terhimpit dan pelbagai beban lain yang perlu diberi perhatian. Calon PKR, Zulkifli Nordin menewaskan Abdul Aziz pada pilihan raya lalu dengan majoriti 5,583 setelah memperolehi 22,255 undi.

 

Ramlang Porigi, Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam tadi telah naik ke pentas bersama-sama PKR di Permatang Pauh dan mendedahka beberapa perkara bagi membersihka namanya daripada kutukan rakyat Malaysia kerana telah terbabit dalam sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari baru-baru ini.

Beliau ketika berucap di depan ahli Pakatan Rakyat seramai lebih 6000 orang telah menegaskan beberapa perkara yang berikut:

  • Beliau telah diarahkan untuk menjadi saksi sumpah Saiful oleh orang-orang tertentu.
  • Beliau hanyalah ahli UMNO yang ‘palsu’. ie bagi menolong kawan nya suatu ketika dahulu.
  • Beliau tidak mengatur Sidang Sumpah Laknat tersebut.
  • Mood Saiful pada hari tersebut adalah happy dan tidak menampakkan sedikit pun kegusaran.
  • Beliau memang seorang Imam di Masjid tersebut
  • Beliau tidak menyediakan teks ucapan sumpah Saiful

p/s : Tambahnya lagi, kehadirannya di Pentas PKR hanyalah untuk membersihkan namanya yang telah teruk terpalit.

Link Lain, link lain, link lain, link lain

 

Nampaknya kehangatan kempen politik di Permatang Pauh lebih terasa bahangnya walaupun dilaporkan hujan telah turun di beberapa tempat di kawasan P44 itu. Di Kubang Ulu, Najib yang berceramah di sana (bersama satay dan laksa), telah mengwar-warkan yang DSAI sanggup berbuat apa saja asalkan hajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. (Sila Klik Sini).

Habis semua kisah-kisah lama terungkit seperti kes ‘geng wawasan’, permainan wang oleh DSAI dan banyak lagi. Semua kisah-kisah itu sebenarnya bagi rakyat adalah satu pukulan ke muka empunya diri yang berkata demikian. Kalau kisah tersebut diceritakan 15 tahun lepas, mungkin la ada yang mempercayainya, namun ianya dulu dan bukan sekarang. Sekarang, semakin banyak orang seperti Najib atau KJ atau Ezam membuka mulutnya, semakin teruk Barisan Nasional. Ini adalah seperti ‘reverse psychology’ dan BN/UMNO bukannya tak tahu tentang itu, tetapi mereka tidak ada calon lain yang boleh menjadi ‘ayam laga’ seperti Muhamad Sabu atau Ibrahim Ali yang petah berbicara.

Atas sebab ketiadaan kepimpinan yang berwibawa itulah menyebabkan pihak BN semakin desperate sampai beberapa tokoh yang tidak mungkin terfikir oleh kita tampil berkempen/memberi ‘ceramah’ buat BN. Konsul Mongolia yang cakap berapi-api menafikan penglibatan Najib atas kes Altantuya adalah salah satu daripadanya. Melalui TV3,  apa yang diperkatakan oleh konsul tersebut bukan mengenai Najib dan Altantuya tetapi sekadar ingin menaikkan saham dirinya sampaikan point yang penting yang dapat difahami ialah oleh sebab beliaulah (konsul monggolia)… bla.. bla.. (semuanya macam memuji diri sendiri) .. hahahaaaa salah pilih calon lagi BN ni..

Begitu juga isu poster-poster yang ‘palsu’ (laporan Malaysiakini) sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tak tahu malu dan ingin Pakatan Rakyat berpecah belah. Ini yang sebenarnya boleh lebih mengeratkan hubungan semua parti di Pakatan Rakyat kerana mereka tahu badai yang terakhir ini boleh mewujudkan kedamaian yang berpanjangan kepada Malaysia sekiraya DSAI menang dan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Jam semakin berdetik, Hari semakin hampir, wang semakin banyak ditabur (klik sini), perdebatan semakin hangat, tekak semakin perit dengan teriakan reformasi dan helah masing-masing semakin bercelaru NAMUN APA YANG PASTI tanggal 26 haribulan Ogos, kemenangan besar akan berpihak di Pihak Pakatan Rakyat dan kekelahan teruk itulah yang mengakibatkan terlerai ikatan Barisan Nasional dan insyaAllah, Ramadhan inilah yang paling rakyat tertunggu-tunggu.

DENGAN KELAHIRAN SEMULA MALAYSIA..insyaAllah

 

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Apabila kita bercakap berkenaan Kemerdekaan, golongan berumur sering menyalahkan golongan muda yang katanya tidak tahu menilai erti susah atau jerih pekik golongan veteran yang banyak berjasa bagi membolehkan kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Golongan muda pula memberikan hujah yang golongan tua/berumur tidak memberikan kebebasan sepenuhnya atau tidak sedia untuk menerima suatu yang baru bagi menyahut era baru yang serba pantas dan mencabar ini.

Kurangnya kompromi antara mereka ini mengakibatkan jurang semakin jauh dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hanyalah dengan  tiadanya Union Jack berkibar di sini, penjajah telah pulang ke negara asal mereka (secara fizikal) dan kita dapat mentadbirkan negara kita sendiri. TETAPI, Jika di lihat daripada sudut lain, kemerdekaan itukah yang kita cari selama ini.

Apakah kemerdekaan telah wujud dalam pemikiran kita?, bersihkan permainan politik di Malaysia kita ini?, merdekakah media massa kita samada media cetak atau media elektronik, adakah pembangunan yang wujud ini tanpa unsur nepotisme atau kronism, kadar rasuah yang tinggi, inflasi yang menggerunkan, harga barangan yang menindas golongan bawahan dan bermacam-macam lagi isu.

Sedarkah kita yang  isu-isu politik lebih utama daripada isu-isu lain (kawan saya hanya melihat berita dalam TV hanya bermula jam 8.20 kerana berita politik atau yang telah dipolitikkan bermula jam 8 malam sehingga 8.20 malam). Berita seperti FDI, bantuan kemasyarakatan dan pembangunan untuk rakyat hanyalah sebagai di pinggiran dan mengisi slot 1/5 daripada kandungan berita (atau tak ada langsung).

Sebenarnya KPI(key performance indicator) untuk sesebuah kerajaan boleh diukur dengan senang dengan hanya melihat bahan media massa kita.. Contohnya: Adakah kerajaan telah banyak membantu rakyat sehingga TV3 dapat menerbitkan rancangan BERSAMAMU yang memaparkan banyak kisah-kisah duka rakyat Malaysia yang kehidupan mereka amat susah. Pernahkah kita terfikir yang ada penduduk di Sabah (kalau tak silap )  yang makan siput babi kerana kemiskinan mereka. MasyaAllah, ke manakah pihak Jabatan Kemasyarakatan, Pihak Zakat, NGOs sehingga berita yang kita anggap mustahil boleh timbul di Malaysia.

ADAKAH SEMUA YANG TERTULIS DI ATAS membolehkan kita menganggap KITA SUDAH MERDEKA?. Tepuk dada dan tanyalah hati masing-masing.

MERDEKA!… KEMERDEKAAN SEJATI…. TOTAL KEMERDEKAAN melalui “MERDEKA DARI PENINDASAN DAN KEZALIMAN”

Itulah slogan yang PKR laungkan dan itulah semangat yang akan PKR pegang sepertimana Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Tema ini dipilih bagi kita sama-sama merenung sejenak makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.

OLEH ITU, ayuh rakyat PERMATANG PAUH,… keluarlah pada 26 Ogos ini, leraikan erti kemerdekaan yang kusut di atas kertas undi masing-masih. Pilihlah yang terbaik. PILIHLAH PAKATAN RAKYAT. 

Klik Sini untuk berita lanjut

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha