Dengan statusnya Juara dan Naib Juara Liga Super (disamping Juara dan Naib Juara Piala FA) musim ini, Kelantan dan Terengganu bakal diletakkan dalam kumpulan berbeza apabila majlis pengundian kempen Piala Malaysia berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada 05.08.2011 Jam 5.00 petang. Ini bagi mengelakkan mereka bertemu sesama sendiri awal dalam peringkat selain separuh atau perlawanan akhir nanti.

So mengikut ranking, Selangor dan Kedah bersama-sama dalam pot yang utama. Berikut ialah seeding yang diberikan FAM ke atas semua pasukan yang bertanding.

Balang 1 – Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah.
Balang 2 – Perak, Johor Fc, N.Sembilan, T-Team.
Balang 3 – Sabah, Felda United, K.Lumpur, Pkns
Balang 4 – Sarawak, Pdrm, Johor, Sime Darby

tunggu yer ….

++++++++++++++ U P D A T E +++++++++++++++++++++++++++++++++++

So , selepas pengundian dilakukan petang Jumaat semalam, berikut ialah seteru yang akan berlawan pada pusingan awal Piala Malaysia..

Kumpulan A : Kedah, Perak, Sabah, Johor.
Kumpulan B : Terengganu, N9, Pkns, Sime darby.
Kumpulan C : Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak.
Kumpulan D : Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM.

Saingan Piala Malaysia 2011 akan bermula pada 6 September 2011 dan kemuncak Perlawanan Akhir pada 29 Oktober 2011

Suku Akhir:
Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D
Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C
Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B
Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A

Separuh Akhir:
(Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D) lwn (Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B)

Akhir
(Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C) lwn (Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A)

====>>> So, pendapat aku team yang akan layak ke suku akhir ialah :-

Kumpulan A : Kedah, Sabah

Kumpulan B : Terengganu, PKNS

Kumpulan C : Kelantan, Felda United

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur

=======> Apa pula pendapat kalian ????

 

Memang semua orang mengimpikan game yang sedap.. laju.. mendebarkan dan juga 90 minit rancak dengan aksi-aksi dramatik. Tapi apakan daya, game separuh akhir yang pertama semalam hanya menampilkan hanya kurang dari 75% daripada apa yang diimpikan. Mungkin kecederaan pemain Kelate serama 3 orang pada 13 minit pertama merencatkan kerancakan permainan. Mungkin juga taktik Sathia yang hanya mahu jalan selamat sambil menanti untuk merencanakan sesuatu di Stadium Sultan Muhamad – IV nanti.

Namun begitu, bagi penyokong Kelantan terasa sedikit puas dengan keputusan seri dengan Kedah malam semalam. Tetapi, harus di-ingat permainan bolasepak masih lagi ada 90 minit. Apa-apa saja boleh berlaku dengan semua pihak akan memainkan peranan masing-masing.

Seperti juga penyokong Kelantan yang lain, kembalinya Mat Yo dalam pasukan juga membuatkan impian ke Bukit Jalil pada 30 hb nanti mungkin akan menjadi kenyataan sekali lagi. InsyaAllah.

O-O atau kosong kosong bunyinya kurang menarik bagi pasukan Kedah yang akan bertandang ke SSM-IV, tapi sekiranya kelalaian Kelantan menggunakan peluang yang ada dan andainya Kedah memperolehi gol awal, then alamatnya, Tan SRi Annuar Musa terpaksa berfikir lebih panjang pada musim hadapan. Begitu juga dengan keghairahan penyokong yang juga boleh memberi padah sekiranya terlalu mengimpikan permainan yang sempurna dari pasukan Kelantan.

Kecederaan pemain juga akan memberikan impak kepada kedua-dua pasukan. begitu juga dengan akibat pergantungan hasil daripada layanan Kad Kuning atau Merah.  Dengan Sabree ABu kembali dalam pasukan Kedah, ianya akan sedikit memberi tekanan kepada perancang Kelantan untuk mencari Gol awal. Dengan Piya diharap mampu lebih kreatif dan Indra diidamkan lebih ‘membunuh’.

Untuk mengulas perlawanan semalam, tiada apa yang boleh dikarang. Permainan yang terlalu berhati-hati dan sikap gugup masing-masing mungkin kerana peringkat kalah-mati, maka tiada yang hebat untuk diperkatakan. Mungkin faktor referee juga memainkan peranan semalam. Tiupan wisel setiap 3 minit tapi kurang layanan kad juga kurang merancakkan permainan.

Jadi, Sabtu ini akan menjadi penentu.. Yang menang akan ke Bukit Jalil dan yang kalah kena banyaklah berfikir.

Kelantan ada kelebihan tetapi beban dan tekanan yang tinggi juga akan menjadi penentu pasukan. Selamat berjaya untuk Kelantan. (dan nantikan ulasan preview perlawanan akan datang dari ambo anak Kelantan di Perantaun.

 

KOTA BHARU – “Berikan masa kepada kami dua tahun lagi untuk memberi saingan sebenar,” ujar Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar).

Justeru ketika kekalahan skuad Kijang dan sikap penyokongnya ketika aksi akhir piala Malaysia hangat diperkatakan umum, Kafa telah mengadakan mesyuarat awal di Kuala Lumpur semalam bagi persiapan pasukan menghadapi musim depan.

Ini termasuklah meneliti senarai pemain yang bakal menyarung jersi Wira Merah kerana Kelantan tidak boleh lagi bertahan pada tahap sekarang.

Bagi Annuar, sesiapa yang tidak memahami keadaan sebenar ‘perjalanan’ bola sepak di Kelantan dan keupayaan sebenar saingannya, Negeri Sembilan, mereka mungkin kecewa dan terkejut melihat aksi skuad Kijang, lalu memberikan pelbagai tafsiran.

“Bukanlah di luar jangkaan kita (kalah). Kita memang sepatutnya kalah, Kita sudah kalah tiga kali dengan pasukan itu yang sudah 10 tahun berada dalam Liga Super.

“Malah Kedah juga memerlukan empat kali ke peringkat akhir sebelum ditabalkan juara.

“Kita sebenarnya team Liga Perdana tetapi bernasib baik diserapkan dalam Liga Super. Kita bina pasukan cuma dalam setahun dan setelah dilatih, kita telah tunjukkan kejayaan yang sangat cemerlang sebenarnya, sedangkan pasukan lain begitu lama menunggu peluang seumpama itu.

”Kita kena terima realiti bahawa lawan lebih kuat dan kita pula berhadapan kekangan ketiadaan kapten Mohd. Badhrie Radzi yang patah kaki.

“Manakala Mohd. Azlan Zainal yang diharapkan di bahagian tengah juga cedera dan kita menentang Negeri Sembilan dengan barisan yang mempunyai banyak pengalaman termasuk dua penyerangnya.

Katanya, dalam keadaan itu anak buahnya tidak harus dipersalahkan apabila nampak begitu lemah berdepan dengan pasukan yang begitu kuat ketika harapan peminat begitu tinggi.

Bagi Anuar mereka yang tidak memahami akan memberikan pelbagai reaksi yang negatif namun ia tidak akan mematahkan semangatnya dan Kafa.

Katanya, skuad Kijang telah menunjukkan lompatan yang baik musim ini sedangkan mencecah kaki ke akhir bukanlah sasaran awal dan pasukan ini masih dalam pembinaan.

Beliau memahami tindak-tanduk keterlaluan para penyokong kerana begitu mengharapkan kemenangan namun mereka seharusnya lebih bersikap setia terhadap pasukan sendiri.

”Kalau tidak menang, dengan gol yang banyak dan jaringan awal, sudah tentu mereka kecewa, dan saya faham.

Cuma katanya, sekiranya masih banyak masa berbaki mereka tidak harus mula meninggalkan stadium kerana masih banyak kemungkinan boleh berlaku.

 

Pasukan Kelantan berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya apabila mengekalkan rekod kemenangan ke empat berturut-turut semalam di Stadium keramat, Stadium Sultan Muhamed ke-IV. Perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan semalam menemukan Kelantan dengan Pulau Pinang yang begitu berkobar-kobar setelah berjaya menundukkan Kedah tempoh hari di gelanggang lawan. Kemenangan Kelantan di hadapan 25,000 penyokong setia mereka memberikan momentum tambahan untuk mengharungi suku akhir Piala Malaysia nanti.

Kemenangan 2 gol berbalas 1 hasil dari jaringan Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahyuddin juga berjaya mengekalkan rekod kemenagan kepada Jurulatih B Sathianathan dan ianya juga memberikan peluang kepada 3 pasukan lain di dalam kumpulan untuk mara ke suku akhir. Terdapat dua lagi baki perlawanan kumpulan sebelum pasukan yang layak berentap di peringkat suku akhir secara perlawanan timbal balas.

 

Memang semua akan mengatakan yang ianya adalah nasib semata-mata. Menang sebijik dengan gol pada masa kecederaan. Tapi itulah bolasepak, lawan team kuat akan main bagus atau ada sentuhan penyudah yang berkesan dan kalau lawan bukan geng hebat… nak score sebijik pun macam nak terberak. Tapi apa yang penting, misi mengutip tiga mata penuh di Selayang dalam perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia berjaya diterjemahkan Kelantan apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Angkatan tentera Malaysia (ATM) dengan jaringan 2-1.

Dengan kemenangan ini, Kelantan atau Red Warrior menoktahkan sebagai pendahulu Kumpulan E kerana satu lagi pasukan pilihan iaitu Kedah tersungkur lagi di tempat sendiri. Kemenangan tadi juga memberikan Kelantan sembilan mata maksimum meninggalkan pasukan lain dalam kumpulan E. Gol kemenangan jaringan Norfarhan Mohamed pada saat-saat akhir membuatkan sepuluh ribu penyokong yang membanjiri stadium Selayang melonjak-lonjak kegembiraan menyambut jaringan tersebut.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Kaptennya, Indra pada minit ke 20 melalui sepakan penalti selepas Pa’an dijatuhkan oleh pemain ATM.  Dalam keseronokan / kealpaan itu pula sejurus sebelum wisel rehat dibunyikan, ATM berjaya menyamakan kedudukan melalui satu serangan balas yang pantas.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha