Hahaaa… selepas beberapa minggu memberi keutamaan kepada Isteri tersayang melihat rancangan TV kegemarannya, semalam merupakan hari yang terbaik melepaskan ‘gian’ melihat rancangan BOLA kesukaan saya. Memandangkan tengah hari semalam penuh dengan aktiviti bersama anak bermain di padang permainan di Pantai Teluk Lipat, hadapan Uitm Dungun, hampir semuanya (anak-anak laa) ‘flat’ seawal jam 8.30 malam lagi.
Tips #1 : (Untuk ibubapa sahaja) ; seandainya anda mahukan masa yang ‘berkualiti’ bersama pasangan anda pada waktu malam, jangan lupa 4 jam sebelum itu, anda perlu membawa anak-anak ke padang permainan dan pastikan mereka menghabiskan tenaga mereka… hasilnya jam 8.00 malam hingga 7.00 pagi merupakan masa untuk ‘honeymoon’ antara anda dan pasangan anda.
Ok berbalik kepada cerita bola kita, selepas sembahyang maghrib, malam bola dimulakan dengan game antara Man United dan Boro … di mana Man United menewaskan Boro 2-0 walaupun pada awalnya , Boro sedikit memberikan tentangan awal…so Glory Glory Man United..menang di tempat lawan dan berjaya mendapatkan 3 dari 10 mata yang boleh mengkonferm kan mereka menjuarai BPL. ( BTW, tahniah awal dari ambo, kerana sekali lagi membuat Liverpool dan Chelsea mengigit stud kasut mereka lagi pada tahun ini)
Tips #2 : ( Untuk Rafa Benitez ) : Kalau Striker sorang saja mengharapkan Torres, kenapa hang pi jual Robbie Keane dan lepaskan Voronin ke Bundesliga pulok…. jadi moral of the story, jangan ingat BPL itu cam Piala Dunia iaitu semua games boleh abis dalam masa sebulan.. Ini BPL la beb, dari Ogos hingga ke May tuu… dekat 9 bulan… skuad mesti ada ‘depth’ sikit… takpe.. try lagi next year..
Game kedua pula Kelantan vs Negeri Sembilan. Pada sapa-sapa yang ‘kureng’ dan tak ambik kisah pasal bolasepak tempatan dan telah terpesong ke arah liga bolasepak barat , game ini merupakan salah satu game dalam Liga Super Malaysia ataupun kata orang putihnya Malaysia Super League. Keputusannya lebih mengeciwaaaakan ambo ini.. Kelantan kalah lagi 0 – 2 hasil jaringan Shukor Adam ( player N9 la ni). Mengikut pandange kawe, kekalahan ini adalah berpunca kerana ketiadaan pemain-pemain utama Red Warriors seperti Indra, Paan, Rojo dan lain-lain lagi..
Tips #3 : ( untuk TS Nuar Muso) : Pengumuman hadiah ke Old Trafford hasil daripada pasukan layak ke Akhir Piala FA mungkin terlalu awal, mengakibatkan pemain Kelantan ‘klimaks’ terlalu awal. Buat Peter Butler, buktikan yang anda mampu mengubah dakyah ini, kerana ratusan ribu peminat bolasepak Kelantan @ Kelate Ultras ingin melihat Kelantan mencabar pasukan lain hingga ke akhir musim.. Dua lagi kejuaraan menjadi rebutan.. jadi berjuanglah..
Game Ketiga merupakan yang paling kurang signifikasinya … Chelsea melayan Fulham di Stamford Bridges. No blues untuk Chelsea kerana dengan mudah menundukkan Fulham 3-0 hasil jaringan Malouda, Anelka dan Drogba. Kemenangan ini membolehkan Chelsea menyamai mata Liverpool tetapi Liverpool mempunyai satu game di tangan.
Tips #4 : ( Untuk Roman Abramovich) : Money can’t buy Championship but sekiranya ingin mencari pasukan untuk di taja, boleh lah hubungi ambo, kerana beberapa pasukan dan kelab-kelab Futsal memerlukan sumbangan ikhlas anda…. heheee
Game Keempat yang paling menarik malam semalam… El Clasicco … Messi Magic … Real’ly pathetic for Real Madrid… speed … agility … world class passing… you name it semua ada dalam game ini.. Kemenangan besar Barca ke atas Real Madrid ( 6-2) di Bernabeu ( Stadium R Madrid la ni) menghilangkan terus peluang Real Madrid untuk menjuarai Liga Primera.. Walaupun secara matematiknya masih lagi boleh… tapi secara logiknya, kejuaraan akan jatuh kepada kelab Catalan itu… Apa yang boleh belaja dari game ini.. banyak dan yang paling mudah ialah.. kenapa Ramos ( Manager Real Madrid) membiarkan Messi bergerak bebas… sebebas orang dekat border cam Pengkalan Kubur and Rantau Panjang masuk Thailand and vice-versa…
Tips #5 : (Buat Real Madrid President) : Ambik sajalah Rafa Benitez tu… yang lain tu mengabihkan borasss sajo.. yang ppenting mesti spanish dan yang ada ego sikit like Benitez, Sir Alex, Mourinho dan Capello.. yang lain tu tak yah nak ambik la… nanti kena buai dek player saja..
Itu lah semalam 8.00 malam hingga 4.30 pagi … ada satu lagi game sebenarnya ambo tengok iaitu game Yellow Submarine … tapi tak nak cerita la, nanti cakap terlalu fanatik dengan bola pulak … Bila dah sampai pagi, korang tentu fikir tentu lemah nak bangun subuh kan…. heheee senang jer bagi mengatasi masalah ni..
Tips #6 : ( Untuk yg sudah berkahwin saja) : Tips untuk bangun Subuh setelah bersengkang mata tengok bola hingga ke pagi ( dinihari ) ….. tips nya ialah :——–>
a) KEJUT PASANGAN ANDA
b) BUAT MUKA KESIAN pada PASANGAN ANDA
c) Ehem ehem ehem
d) MANDI TERUS
e) Sah ….. lepas mandi confirm dah masuk Subuh , pergi sembahyang Subuh terus, jangan gatai-gatai nak tidur walaupun sekejap.. kalau tak masuk lagi waktu subuh … sembahyang tahjud 2 rakaat… sembahyang sunat taubat 2 rakaat, sembahyang hajat 2 rakaat dan sembahyang sunat witir 3 rakaat.. hasilnya … Bola dapat tengok … pahala pun dapat……
Follow me on Twitter
Bebelan….