InsyaAllah dalam tiga hari lagi, kita semua akan berjumpa dengan Ramadhan, suatu bulan yang sangat mulia dan patut diambil peluang untuk kita melatih diri kita (saya sendiri khasnya) agar menjadi insan yang lebih berTAQWA. Sempena dengan kedatangan Ramadhan tahun ini, pelbagai program telah diatur insyaAllah peringkat famili dan sahabat-sahabat dekat pejabat.

Pagi tadi telah diadakan suatu ceramah dan pelancaran Ramadhan dekat dihati oleh organisasi kerja saya. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Hanaffi Sh. Ab Aziz sangat menarik dengan praktikalitinya dengan suasana kerja dan masyarakat hari ini. Contoh dan misalan yang diberikan sangat mudah dan ‘kena’ dengan diri ini. Pelbagai isu telah diulas dengan baik dan saya amat tertarik dengan suatu hadis yang dibacanya tadi iaitu:-

Dan Dzun-Nun – rahimahullah yang berkata, “Janganlah Anda bersahabat dengan Allah kecuali kecocokan (setuju dengan segala kebijakan-Nya), janganlah Anda bersahabat dengan makh­luk kecuali dengan saling memberi nasihat, janganlah Anda ber­muamalah dengan nafsu kecuali dengan cara menentangnya, dan jangan pula dengan setan kecuali Anda melawan dan memerangi­nya.”

Dengan kata lain, pada bulan Ramadhan ini kepada sesiapa yang ingin berubah ke arah kebaikan, maka ia bolehlah bermula dengan Ramadhan kerana InsyaAllah kita akan berasa dekat dengan Allah dengan program dan masyarakat setempat yang lebih kuat beribadah, kawan-kawan saling beringat tentang membuat kebaikan dan menjauhi memungkiran, nafsu yang semakin lemah kerana saat kita lapar akan mengurangkan nafsu  dan syaitan-syaitan yang diikat sempena Ramadhan. Jadi InsyAllah, sempena kedatangan Ramadhan ini, ia akan dapatkan menjadikan kita LEBIH BAIK dari sebelumnya.

Beberapa kelebihan Bulan Ramadhan ialah:-

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: ” Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini)“. ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : “Aku berada di tempat ‘Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, ” Bahawa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur’an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa’at baginya. Dan berkata pula AL-Qur’an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat.” ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).

Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : “Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.” (HR. Bukhary Muslim).

InsyaAllah… Selamat menggandakan amalan dibulan yang mulia ini, Ramadhan Kareem.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha