KITA RED WARRIORS TELAH JUARA PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia telah selamat tiba di Kota Bharu dan hampir semua rakyat Kelantan berpesta mengenainya. Ini termasuklah juga rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan atau diluar negara sekalipun menjaja cerita samada di pejabat, kedai kopi, tapak pembinaan, di pelantar minyak, di dewan-dewan kuliah dan banyak lagi tentang kepuasan yang dialaminya setelah penantian selama 89 tahun terungkai di Bukit Jalil tempoh hari. Banyak cerita telah dilagukan samada ditambah atau dikurangkan, namun ianya pasti menghala tujuan yang sama iaitu Kelantan kini telah menjadi satu kuasa besar BOLASEPAK MALAYSIA.
Memang tahun ini 2010 telah menjadi sejarah baru bolasepak di Kelantan. Samada dengan cerita hebatnya pasukan kita atau ‘bersemangatnya’ penyokong Kelantan samada di bumi bertuah Kelantan atau di Stadium-stadium luar Kelantan.
KESINAMBUNGAN … Satu perkataan yang sangat diperlukan buat pasukan Red Warriors bermula sekarang. Semua peminat tidak mahu pasukan kita menjadi seperti Blackburn dizaman konglomerat Jack Walker dan dibantu pemain hebat Alan Shearer yang berjaya mengucup Liga Perdana Inggeris dan kemudiannya hanya banyak menghuni pertengahan liga. Kita juga tak mahu menjadi seperti pasukan Greece yang menang Piala Eropah dan kemudiannya gagal mengegar kuasa besar bolasepak seterusnya. Dan kita juga tak mahu menjadi seperti pasukan Malaysia yang hanya boleh bersandarkan pada kenangan lalu dimana suatu ketika hanya Korea Selatan dan Iran sahaja menjadi lawan yang setara ‘waima’ Jepun pun bukan lawan kita pada ketika itu.
Memang kita membuat pendakian yang panjang sebelum mencapai status seperti sekarang, dengan menjadi pasukan negeri pertama yang dihumbankan ke Liga FAM dan selepas itu satu demi satu tangga kita daki. Pada masa itu kita semua dipandang sepi, pemain tempatan yang bertaraf kebangsaan hanya memalingkan muka apabila ditawarkan kontrak dan pada masa itu, bermula dengan persetujuan Cikgu Jan dan pemanggilan pemain Kelantan yang bermain di luar, kita mula menggegar satu persatu.
Namun, jika kita melihat sejarah pasukan lain seperti pasukan Kedah dibawah Datuk Paduka Basri Akil, mereka mencuba hingga ke tahun ke-empat sebelum berjaya mengucup Piala Malaysia. Dengan Kuala Lumpur dan Singapura sangat dominan pada ketika itu, percubaan demi percubaan dilakukan barulah Kapten mereka Radhi Mat Din berjaya menjulang piala kebanggaan Bolasepak Malaysia. Berbanding dengan kita, hanya dua percubaan di pentas perlawanan akhir dan berkat doa semua, kita menggapai sejarah walaupun selepas tempoh 89 tahun.
Kejayaan ini bukanlah senang dan terlalu ‘direct’. Jadi pujian dan hamburan respek harus ditujukan kepada KAFA dengan pengurusan tertingginya. Begitu juga jurulatih dengan panel kejurulatihannya dan yang paling penting buat semua pemain Red Warriors samada yang masih dan juga telah meninggalkan pasukan kesayangan kita. Juga tak lupa buat semua semua penonton dan penyokong yang sanggup mengeluarkan wang dan menghabiskan masa menyokong pasukan Kelantan di mana-mana. Pihak sponsor juga tak harus dilupakan dan begitu juga semua Rakyat Kelantan yang bersatu hati tanpa mengira darjat, fahaman dan perkiraan dalam mendoakan kejayaan kita semua.
Jikalau ada satu golongan yang tak berhak atas pujian ini ialah PENCACAI bolasepak yang mana mereka inilah yang menghabiskan kantung duit KAFA untuk membayar denda dan kerana merekalah juga rakyat Malaysia memandang serong tentang rakyat Kelantan. Kita tak lupa bagaimana ada artis ternama atau surat khabar harian utama yang mempersendakan kejadian ‘mercun’ dan ‘bakar’ dalam facebook mereka. Begitu juga Ulat Tiket yang masih bermaharajalela mengaut keuntungan dengan kesusahan orang lain. Tapi anggaplah ini semua bakal berjadikan kita semua lebih kuat dan lebih istiqamah pada masa-masa yang akan datang. Bola itu bulat dan yang di atas tidak semuanya akan terus di puncak namun yang penting sekarang, jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk hendaklah kita.
SO WHAT’s NEXT for RED WARRIOR… walaupun ini sebagai pandangan. Yang mana baik bolehlah diambil dan yang mana buruk, hendaklah dijauhkan. Yang mana hebat hendaklah diteladani dan yang mana kurang, memang itu kelemahan manusia yang tidak bersifat sempurna.
Pengurusan KAFA
Selaras dengan kemuncakkan pasukan kita, tempiasnya juga kena terhadap pengurusan KAFA. Ahli-ahli kehormat serta Presiden yang yang kita sanjungi tahun ini berjaya juga memegang tampuk utama Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM). Walaupun bukan teraju utama, tapi sekurang-kurangnya suara kita akan kedengaran dalam mesyuarat-mesyuarat FAM. Dalam tempoh satu minggu lalu, Presiden KAFA ada menyatakan persetujuan untuk meletak jawatan sekiranya ada yang berkelayakan berminat untuk menggantinya. Jawapannya untuk soalan tadi senang sahaja. TIADA YANG LAYAK BUAT MASA INI.
Jadi Pengurusan KAFA hendaklah bersatu hati kerana pengurusan yang baik menjadi tunjang kepada semua benda samada bagi menarik pemain-pemain bertaraf bintang menyertai Red Warriors atau menjadi alas bagi penyokong mengadu permasalahan mereka. Terdapat banyak benda yang boleh diperbaiki samada mengeratkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri yang sedia tererat, membantu sama-sama membangunkan stadium yang ada atau membina stadium yang baru. Pihak KAFA juga patut menangkis masalah Ulat Tiket di stadium yang semakin bercambah dan patut sekarang membina prasarana untuk pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi. Memang listnya sangat banyak untuk dituliskan namum kita patut realistik untuk ianya dapat dijadikan kenyataan satu persatu.
Antara yang boleh menjadi impak yang besar ialah menjadikan Kelantan Kelab Bolasepak Angkat kepada mana-mana pasukan ternama dunia ataupun peringkat Asia. Contoh program pertukaran pelajar di Institut Pengajian Tinggi antara universiti-universiti boleh dijadikan contoh. Kita patut hantar pemain-pemain muda menjalani latihan di kelab-kelab ternama lain atau menghantar panel kejurulatihan mempelajari taktik dan kehebatan Sains Sukan dalam membantu meningkatkan prestasi pemain dan pasukan. Selain daripada itu, KAFA harus mencari sponsor-sponsor yang lebih besar dan yang boleh membentuk win-win situation bagi kedua-dua belah pihak. Tidakkah kita mahu mempunyai stadium yang besar dan canggih seperti Stadium Emirates yang kos pembinaannya dibiayai oleh para sponsor.
Selain daripada itu, pihak KAFA bolehlah membentuk suatu entiti baru dengan impak perniaagan dianjak sedikit ke atas tanpa merendahkan passion penyokong kita dengan menaikkan harga tiket semata-mata ingin mendapatkan wang lebih. Merchandise Unit harus diberikan perhatian dan ingatla, slogan ‘Pertanian itu satu perniagaan’ bukan suatu omongan kerana kalau kena tempatnya ‘BOLASEPAK BUKAN SETAKAT SUATU PERNIAGAAN tetapi SUATU LUBUK EMAS. Dalam hal ini, KAFA harus menumpukan yang dalam tempoh lima atau sepuluh tahun lagi, apungan di Bursa Malaysia harus dijadikan target yang sepatutnya realistik untuk dicapai.
Panel Kejurulatihan Red Warriors
Sepanjang mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia dan Kelantan amnya, secebis nota yang patut diambil kisah ialah Kelantan akan naik atau mengegar bolasepak Malaysia sekiranya jurulatih luar mengemudi Kelantan. Bukan prejudis terhadap jurulatih rakyat Kelantan dengan Irfan Bakti sangat dihormati buat masa sekarang, tetapi itulah kenyataannya . M Karathu, Cikgu Jan, Butler, Abe Ya dan ramai lagi jurulatih luar berjaya memberi impak kepada pasukan. Mungkin ego pemain kita agak tinggi dan jurulatih luar berjaya menyeimbangkan suasana itu dan memanipulasi kegoan pemain ke arah baik. Sebagai rumusan, kekalkan pasukan kejurulatihan yang ada. Walaupun dalam hati ingin melihat Sidek atau Hashim Mustapha mengemudi Kelantan, tetapi bukan semua berjaya jika diberi peluang itu. Tengok lah Brian Kid atau Queroz yang menjadi pembantu cemerlang Alex Ferguson tetapi hanyut apabila diberikan tugas utama. Maradona juga pemain legenda tapi kurang berjaya mengemudi pasukan walaupun ada pemain bertaraf hebat tahap ‘Gaban’.
Barisan Pemain Kelantan
Posisi penjaga gol mungkin tak perlu diberikan perhatian walaupun Syed Adney sudah membuat pengesahan meninggalkan kita dengan ada ruang yang perlu diisi. Namun Mat Chah atau pemain dari Piala Presiden boleh mengisinya. Dengan kata lain, kita hanya patut menggunakan resource tempatan. Contohilah Bayern Munich yang telah menetapkan yang keeper mereka patut diisi pemain tempatan. Dengan Khairul Fahmi sudah terbukti hebat musim ini dan pemilihannya ke skuad negara mengiakan keadaan yang sama, kita memang tiada masalah yang besar bagi posisi penjaga gawang ini.
Jikalau ditanya mengapa kita hebat pada tahun ini. Jawapannya adalah terletak pada pemain pertahanan kita. Masih ingatkah kita tahun lepas dengan pasukan penyerang yang berjaya membolosi gawang satu demi satu tetapi barisan pertahanan agak goyah melepaskan gol. Kemasukan Azizi sangat berkesan sambil tidak menafikan sumbangan Subra, Daudsu, Farisham, Ropi, Mat Yudi dan Rizal. Untuk tahun hadapan pembelian satu atau dua pemain lain amatlah perlu dan jika mungkin rezeki kita lebih untuk bertanding di peringkat Asia, kita mempunyai pemain seimbang menggalas tambahan perlawanan samada yang bermain di padang atau yang berada dibangku simpanan. Dengan pemain seperi Zamani Misbah yang ‘free’ ketika ini akibat pembubaran KL Plus, kita patut mengambil peluang yang ada walaupun ura-ura pemain dari Pahang yang hampir pasti dipikat Red Warriors.
Kesinambungan pertahanan yang hebat sebenarnya dicetuskan anak muda ini sebenarnya. Ibarat Makalele menahan asakan lawan samada di Real atau ketika di Chelsea, Shakir menjadi penyelamat dan boleh diibaratkan pembelian yang paling berbaloi tahun lepas selepas Mat Yo. Gaya pembacaan permainan yang mantap dibantu oleh kumpulan pemain tengah bertaraf hebat dengan Indra, Piyaa, Farhan, Chanturu kita boleh lah berdiri se gah sekarang. Pembelian K Soley akibat kelemahan pengurusan pasukan Perlis memang boleh menambahkan sengat pasukan kita. Tapi Sathia harus ingat yang kita perlukan pemain defensive midfielder tambahan dan tahun lepas Rizal dan Ezrie agak berkesan untuk itu beliau patut memberikan peluang pada mereka untuk sesi pemilihan. Selain daripada itu, konsep untouchable kepada dua pemain iaitu Indra dan Piyaa harus dibuang oleh Sathia dan sekiranya perlu, mereka juga patut berada dibangku simpanan apatahlah lagi sekiranya kudrat di atas padang telah pudar atau ada pemain lain yang lebih hebat. Saya sebenarnya masih terkilan kerana Kapten Kuala Lumpur tahun ini disambar Selangor kerana beliau antara terhebat musim ini disamping Baddrol Bakhtiar dari Kedah yang semalam membuat aku janji untuk setia bersama Kedah untuk dua musim lagi.
Kehebatan penyerang kita tak boleh dinafikan lagi dengan Nor Shahrul Idlan menjadi penggempur utama namun ianya akan sampai bila. Berita Hai – O akan menyertai seteru kita N9 serta Akmal Rizal hampir pasti balik ke Lembah Klang sedikit menggusarkan. Kita kekurangan penyerang yang berpengalaman sebenarnya kecuali Che Muddin. Ailim, Rojo serta Nizzab Ayub belum mampu mengisi tampuk utama. Hanya Rojo yang agak menonjol dan mempunyai ciri-ciri penyerang utama tetapi kecederaan membatasinya musim ini. Dengan Buying Power yang boleh dikatakan tertinggi musim ini, Kelantan patut menambah satu atau dua penyerang lain atau mengupgrade Farhan sebagai penyerang seperti dalam pasukannnya terdahulu. Ingatlah semua penyerang terhebat mempunyai partner yang hebat. Kita boleh ambil contoh gandingan berkaliber untuk saling sokong menyokong seperti Romario-Babeto, Pippo-Del Piero, Ronaldo-Rooney, Beardsely-Shearer, Yorke-Cole, Henry-Berkamp, Drogba-Anelka atau ramai lagi termasuk di Malaysia kita ini.
Pemain Muda
Selain dari kisah pencacai bolasepak, kita agak terbelakang tahun ini dalam soal penerapan pemain muda. Mana perginya Ailim, Zamri, Hanif, Nizzab atau Rojo tahun ini ?. Hanya Apek menjadi penyelamat dalam kategori pemain muda ini. KESINAMBUNGAN yang diperkatakan di atas yang paling tepat untuk diperhalusi adalah mengenai peningkatan pemain muda ini. Jurulatih patut memberikan PELUANG … kemudian PELUANG dan seterusnya PELUANG untuk mereka ini merasai kancah permainaan di atas padang. Semua pihak samada KAFA, pasukan kejurulatihan dan semua ibubapa di Kelantan harus bangun dan sama-sama membentuk pasukan yang mantap dengan penekanan kepada pemain muda harus menjadi keutamaan. Biarlah kita sama-sama bergembira mengenai kemenangan Kelantan dalam pertandingan bawah 12, 16 dan 18 tahun. Begitu juga dengan kejuaraan Piala Presiden dan lain-lain pertandingan haruslah menjadi target setiap tahun.
DOA SEBAGAI IRINGAN
Sebagai pengakhiran, tahniah buat semua dengan kejayaan ini dan ingatlah perjalanan kita masih panjang. Juara Liga Super serta Juara Piala FA masih perlu dijadikan realiti. Semua pihak harus bersatu pada ketika ini dan melupakan sementara kejayaan ini dan menumpukan perhatian untuk masa hadapan. BERSEDIA UNTUK ESOK, BEKERJA KERAS UNTUK SEKARANG DAN MENGAMBIL TELADAN DARI HARI-HARI SEMALAM. Semoga Red Warrior terus cemerlang dan hanya doa dan sokongan dari kami buat iringan.
… And for sure one of them is 





Follow me on Twitter
Bebelan….