Dengan statusnya Juara dan Naib Juara Liga Super (disamping Juara dan Naib Juara Piala FA) musim ini, Kelantan dan Terengganu bakal diletakkan dalam kumpulan berbeza apabila majlis pengundian kempen Piala Malaysia berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada 05.08.2011 Jam 5.00 petang. Ini bagi mengelakkan mereka bertemu sesama sendiri awal dalam peringkat selain separuh atau perlawanan akhir nanti.

So mengikut ranking, Selangor dan Kedah bersama-sama dalam pot yang utama. Berikut ialah seeding yang diberikan FAM ke atas semua pasukan yang bertanding.

Balang 1 – Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah.
Balang 2 – Perak, Johor Fc, N.Sembilan, T-Team.
Balang 3 – Sabah, Felda United, K.Lumpur, Pkns
Balang 4 – Sarawak, Pdrm, Johor, Sime Darby

tunggu yer ….

++++++++++++++ U P D A T E +++++++++++++++++++++++++++++++++++

So , selepas pengundian dilakukan petang Jumaat semalam, berikut ialah seteru yang akan berlawan pada pusingan awal Piala Malaysia..

Kumpulan A : Kedah, Perak, Sabah, Johor.
Kumpulan B : Terengganu, N9, Pkns, Sime darby.
Kumpulan C : Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak.
Kumpulan D : Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM.

Saingan Piala Malaysia 2011 akan bermula pada 6 September 2011 dan kemuncak Perlawanan Akhir pada 29 Oktober 2011

Suku Akhir:
Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D
Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C
Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B
Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A

Separuh Akhir:
(Juara Kumpulan A lwn Naib Kumpulan D) lwn (Juara Kumpulan C lwn Naib Kumpulan B)

Akhir
(Juara Kumpulan B lwn Naib Kumpulan C) lwn (Juara Kumpulan D lwn Naib Kumpulan A)

====>>> So, pendapat aku team yang akan layak ke suku akhir ialah :-

Kumpulan A : Kedah, Sabah

Kumpulan B : Terengganu, PKNS

Kumpulan C : Kelantan, Felda United

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur

=======> Apa pula pendapat kalian ????

 

Adat permainan, ada yang menang dan semestinya ada yang kalah. Makanan tu kalau bukan rezeki kita, dah nak masuk mulut tu pun boleh jatuh kalau terbersin masa nak suap. Begitu juga kalau ia bukan takdir kita atau jodoh kita, semua dah bersiap pun belum tentu jodoh akan bersatu selagi belum diijab-qabul, serta disaksikan wali dan mata-mata lain.

Intergriti… aku masih percaya semua masih Ok… tiada pakatan walaupun terasa juga pahit untuk ditelan keputusan yang malang ini.

Buat TRW, bergerak ke depanlah.. kalah kita bukan disebab kita kekurangan. Kalah kita kalah bermaruah. Perjuangan masih panjang. Selagi kita bertemu halangan, selagi itulah hidup kita penuh dengan perjuangan.

GKG

 

Seinci pun dalam fikiran tak akan terfikir kemenangan yang sungguh bergaya seperti semalam. Sejengkal pun tak diduga jaringan yang dihasilkan menjadi sebegitu banyak. Apatah lagi pasukan ‘cedera’ sedikit menonjolkan luka akibat momentum T-Team minggu lepas yang mencanak membenam ‘keegoan’ Red Warrior yang bertahta semenjak awal musim. Sungguh ironinya lagi dengan FELDA yang seperti bersemangat baru akibat disingkirkan dalam saingan dua perlawanan Piala FA sebelum ini.

Namun, sekali lagi Stadium Sultan Muhammed-IV menjadi saksi. Sekali lagi peminat Red Warrior dihiburkan dengan aksi-aksi yang menampilkan kejaguhan kita. ENAM JARINGAN tanpa balas bukan sedikit. ENAM JARINGAN bukannya satu kelebihan yang nyata (Yerlah… kalau kena pulak Tujuh, tak ker kalah tu), TAPI yang lebih teruja ialah bagaimana penguasaan penuh sepanjang perlawanan yang menjadi ukuran. Kerana apabila penguasaan penuhlah, enam kalilah terpaksa penjaga gawang lawan terpaksa mengambil bola di gawang sendiri.

Faktor tanpa ketua pasukan sebenar iaitu Piyaa juga mungkin menjadi peranan. Yer lah… tiada yang lebih BESAR daripada pasukan. Itulah yang mahu ditonjolkan oleh M Karathu. Pemain yang kurang bermaya akan diganti. Pemain yang layu akan  disisihkan. Kerana yang paling penting ialah tiga mata penuh. Yang paling dimahukan ialah pendakian kembali dipuncak. Penonton yang jauh datang  dari hulu atau hilir sentiasa dahagakan kemenangan. Mungkin boleh dikatakan mereka terlalu taksub kepada kemenangan. Tapi harus diingat, mereka berhak menuntut kemenangan, mereka layak untuk melihat kesungguhan pemain sehingga 110 % dan mereka sebenarnya perlu dihidangkan permainan yang cantik dan teratur. Itulah hak mereka sebagai penonton, membayar untuk melihat aksi pasukan mereka menang. (Kalau tak caya, cuba tanya mereka kat stadium, ada ker datang nak lihat team diorang kalah?)

Perhitungan seterusnya ialah melawan Perak. Salah satu pencabar tahta Liga Super Malaysia. Mereka tewas kepada Sabah semalam. Mereka tidak lagi Invincible. Penonton mereka dah semakin ramai kat stadium. Akmal Rizal semakin hebat didepan gol. Cikgu Jan sudah tahu dengan rahsia Kelantan……. Ada aku kisah.. Ada aku risau…. ada aku gabra…. TIDAK… (kerana Red Warriors telah menang pada aku)

Photo: Kredit to Oren Kecik

 

 

Kekalahan pertama liga super musim ini di tangan Pahang 2-0 malam semalam membuatkan aku terus tak ada mood hendak menonton game antara Manchester United vs Arsenal. Melihatkan update dari kawan-kawan mengenai kesebelasan utama yang diturunkan sungguh menggerunkan aku. Dengan formasi konon-kononnya 4-3-3 nyata kurang ampuh dengan mengikut kata sahabat, ianya hanya menjadi 4-5-1 sepanjang perlawanan.

Nor Shahrul seorang atau solo diatas sepertilah mendapat kertas soalan dalam bahasa Russia di dalam exam. Lansung tak boleh memberikan jawapan disebabkan tiada pemahaman tentang soalan.

Next game bertemu FELDA harus dilangsaikan segera hutang dengan Pahang. Hanya kemenangan yang boleh mengembalikan kembali semangat kita. Hanya keputusan menang mutlak sahaja yang boleh memberikan jawapan untuk pencarian sekurang-kurangnya tiga piala musim ini. Selasa ini harus menjadi titik perubahan untuk kemenangan kembali buat Red Warriors.

 

 

“Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama”. Pepatah tersebut memang kena dengan tempatnya jika dikira dengan perjalanan Red Warriors untuk bersama-sama dengan kuasa elit bolasepak tanahair. Kejuaraan pertama musim 2011 ini semalam iaitu dengan membenam Selangor di tempat lawan dan menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah menjadi suatu katalis bagi musim yang boleh dikatakan penuh berliku ini. Penuh dengan kontroversi dan disi dengan pelbagai drama tidak menjadi halangan yang sukar ketika pasukan yang dibimbing Dato’ M Karathu ini dengan selamba mengutip tiga mata berharga di tempat lawan dan kemudiannya mendakap piala pertama utuk musim ini.

Perlawanan yang dijangka panas sebenarnya agak teratur untuk Red Warriors untuk 30 minit pertama pertama perlawanan. Sebelum ini para penonton digoyahkan sedikit oleh keputusan perlawanan pra musim yang agak teruk seharusnya boleh menarik nafas lega dengan persembahan pemain-pemain yang baru diambil untuk musim ini. Secara logiknya, pemergian Indra dan Farhan untuk mengatur serangan tidak perlu lagi digusai oleh para penyokong. Suntikan larian kencang oleh Nurul Azwan (Awe) di sebelah kiri dan gelecekan oleh Soley disebelah kanan mengundang rasa terhibur untuk penyokong yang secara amnya masih lagi mengharap sentuhan Nor Shahrul Idlan untuk membuat penyudahan.

Menang dengan dua gol di tempat lawan adalah suatu petanda yang Kelantan tidak goyah sedikit pun untuk menjalani musim 2011 yang panjang ini. Mengambil kesinambungan tahun lepas dengan persembahan yang sangat cemerlang ditempat lawan, skuad yang diketuai oleh Piyaa mempamerkan hantaran pendek yang kemas dan dibantu oleh larian cemerlang oleh Daudsu. Mungkin suatu yang boleh diperbaiki ialah rasa yang terlalu hormat kepada pemain Selangor seperti Safee dan Amri yang membataskan ‘keinginan’ untuk menyerang kubu lawan. Zairul Fitri (Roypi) yang agak sibuk mengawal Safee dan sekali sekala ‘clearance’ yang agak liar dari Rizal dan Ishe membantutkan tempo menyerang kubu lawan.

Gerakan cemerlang Awe pada minit ke-6 dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan dan gol cemerlang sepakan percuma Piyaa sebenarnya membenarkan semua rakyat Kelantan untuk bermimpi lebih pada tahun ini. Dibantu oleh pengurusan yang cemerlang, skuad ini sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi dan seterusnya mempersiapkan skuad dengan penuh kesungguhan sebelum Liga M menampilkan pemain import pada tahun hadapan. Perlawanan semalam juga seperti yang diperkatakan oleh M Karathu ialah kemenangan sepasukan. Red Warriors seperti satu unit yang mantap dengan formasi awal 4-5-1 dan kemudiannya bertukar kepada 4-3-3 pada separuh masa kedua.

Mungkin akur dengan barisan tengah Selangor yang agak ‘ternama’, taktikal mudahnya ialah dengan meletak lima barisan tengah dengan hanya Mat Yo yang bertindak seorangan di bahagian hadapan. Secara dasarnya, ini menyebabkan barisan enjin midfield selangor tidak berjaya beroperasi dengan baik dan mengundang kemarahan K Devan seterusnya mengeluarkan tiga midfielder ‘ternama’ mereka iaitu Hardi, Safiq dan Amri. Walaupun begitu, akibat kurang sokongan dan berseorangan , gerakan Mat Yo agak terbatas dan ini mengurangkan kebarangkalian untuk menjaringkan gol. Kekurangan percubaan ke arah gol lawan seperti pada masa pertama adalah suatu yang perlu di perbaiki oleh panel kejurulatihan Kelantan dan formasi 4-3-3 pada separuh masa kedua adalah alternatif yang baik untuk taktik menyerang.

Persembahan yang baik semalam juga menampakkan beberapa tanda yang positif buat Kelantan dalam menghadapi Liga Super musim ini. Antaranya ialah :-

a) Piyaa akan dapat lebih banyak peluang menyempurnakan sepakan percuma dan membuktikan lebih banyak gol dihasilkan oleh set piece ini.

b) Barisan tengah yang teratur menyusun gerakan menyerang bermula dari Shakir.

c) Khairul Izuan Rosli (Pemain muda) mempunyai potensi yang cemerlang dan boleh diketengahkan walaupun perlu mengawal kegopohannya menyusun gerakan.

d) Kelantan boleh menggunakan sebaikknya Winger (Awe dan Soley) dan apa yang perlu ialah meletakkan penyerang yang mempunyai skill tandukan ( Rojo).

e) Daudsu kembali menjadi kereta kebal dan mengatur potensi menyerang dengan overlapping yang laju.

f) Rizal dan Farisham menampilkan tag-team yang baik walaupun kegusaran kehilangan Azizi masih lagi tebal. Mereka sebenarnya bermain agak baik dengan mengekang Safee dan Fadzli Shaari dari membuat percubaan bahaya. (walaupun satu tandukan mengenai palang)

g) Apek masih ‘cool’ untuk menampilkan persembahan yang baik dalam menjaga gawang. (Walaupun man of the match, kejayaan semalam adalah untuk sepasukan)

Dalam kegembiraan memenangi piala pertama musim ini, terdapat juga beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi menjadikan impian TSAM dan seluruh peminat bolasepak Kelantan untuk melihat kita menjadi “SUPERWARRIORS’ menjadi kenyataan. Antara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana mahu mencari gol selain daripada Mat Yo yang nampaknya akan dikawal dengan ketat oleh pertahanan lawan. Begitu juga barisan pertahanan yang perlu lebih relaks dan membaca permainan pihak lawan.

Masalah penonton juga tak dapat dari apabila melibatkan Red Warriors. Penonton kita perlu lebih berhemah walaupun perlawanan semalam menampakkan satu benda yang sangat jelas untuk kita imbas untuk kejohanan Piala AFF tempoh hari. Ultras ialah dari pihak Red Warriors dan geng tembak laser ialah jelas dari penonton Selangor. Ini dapat dibuktikan semalam semasa Mat Yo mahu menendang penalti dan semasa pasukan Selangor memperolehi sepakan sudut dan tendangan percuma. Mutu pengadilan juga boleh dipertingkatkan dan ianya adalah penting selaras dengan transformasi Liga M yang dilancarkan baru-baru ini.

Seterusnya ialah pertemuan dengan Terengganu, satu ‘derby’ pantai timur dan Red Warriors sepatutnya menghadiahkan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke –IV tiga lagi mata berharga. Seperti kata pepatah di awalan tadi, Langkah pertama sudah dimulakan dengan jayanya dan InsyaAllah langkah seterusnya akan lebih bergaya untuk mencapai impian semua membentuk “Happy Superwarriors”.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha