Salam Jumaat untuk para muslimin yang dirahmati sekelian.

Semalam semasa berada di pejabat dan dalam suasana hening yang banyak menguasai lantaran ramai yang bercuti, aku berborak-borak kosong dengan rakan sepejabat yang baru memasuki alam pekerjaan. Perbualan kami menyentuh pelbagai topik dan diselangi dengan cerita-cerita yang menarik berkaitan kerja. Dalam pada borak-borak kosong itu juga, kami menyentuh dengan tugasan yang perlu disiapkan masing-masing.

Dia yang masih belum banyak dengan tugasannya kerana baru memasuki alam pekerjaan berbanding aku yang selalu dijadikan tempat untuk menyelesaikan banyak kerja-kerja lain terutamanya jika ia melibatkan permintaan daripada Ibu Pejabat kami di Kuala Lumpur. Lalu kami bercakap mengenai ‘planning’ atau perancangan kerja yang sudah tentu aku merupakan orang yang terakhir yang perlu jika diajak untuk berbicara mengenai topik Perancangan atau apa-apa yang melibatkan Masa Depan.

Ini kerana aku sebenarnya seorang yang tangkat muat dan tiada perancangan yang konkrit sebenarnya.  Disamping itu juga perancangan aku hanya bermula di kepala dan berakhir juga di kepala. Sungguh ironi untuk seorang yang kononnya seorang eksekutif yang mahu menabur jasa untuk agama, bangsa dan negara. Kadang-kadang aku berasa malu apabila mengingatkan diri yang sebenar.

Dalam dunia korporat aku pernah berjumpa yang seorang eksekutif muda yang mengandungi semua perancangan tentang kerjaya dan hidupnya dan ianya direkodkan satu persatu secara sangat terperinci dalam Blackberry nya. Jikalau dibaca perancangan sahabat tadi, ianya sungguh detail hinggakan nak siapkan tugasan direkodkan perancangannya hingga ke sukatan minit yang pada aku kebiasaannya menggunakan sukatan tarikh atau hari.

Begitu juga aku pernah menjumpai seorang yang sangat aku respek fikrahnya yang mana perancangan dia yang ingin menemui tuhan yang menciptanya sungguh teliti, halus bahasa dan jadualnya. Contohnya ialah pukul 7.oo pagi hingga 7.20 pagi setiap hari dikhususkan untuk beristigfar ketika dalam kereta menuju ke tempat kerja. Pukul 8.45 malam-9.00 malam dikhususkan untuk membaca ayat-ayat Al Quran. Sungguh hebat mereka itu dan aku hanya boleh mencemburui disamping cuba untuk memeperbaiki diri sendiri.

A Person who don’t have any plan is the person who is planning to fail … aku ingat semua kita selalu mendengar ayat yang sungguh berbisa ini. Lagi-lagi mereka yang saling kejar-mengejar di dunia korporat .

Jadi apa yang aku ingin sangat memperkatakan di sini ialah kepentingan PERANCANGAN atau PLANNING. Ingat… ini bukan sahaja topik yang berkaitan dengan perancangan keluarga tetapi ianya lebih dari itu seperti perancangan hidup dan sebagainya. Aku tahu semua kita sangat sibuk dan kadang-kadang menyebabkan kita tak sempat menyusun jadual hidup kita dan yang lebih teruk lagi ada orang lain yang melihat dan merancang untuk kita. Sungguh sibuk hinggakan kita bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain disebabkan pengaruh/peranan orang lain yang mahukan kita disitu.

Jadi sempena dengan entri yang agak panjang lebar ini, aku ingin sama-sama mengingati antara kita semua. Merancanglah dengan teliti dalam segala benda yang ditempuhi dalam hidup ini. Tak merancang memang tabiat yang boleh mengundang padah. Silap merancang kita masih mampu mengubah dan dengan merancang kita bisa untuk menjadi hebat, sekurang-kurangnya untuk diri kita dan keluarga kita.InsyaAllah.

Dengan keberkatan Rejab sudah menjengah.. ianya boleh menjadi satu titik tolak untuk menjadikan perancangan sebagai tabiat yang disemai dalam diri. Tabiat suka merancang ini menuntut perancangan yang rapi untuk kita menempuh hidup dan sebolehnya kita mula merancang dari Rejab bagi mencapai keberkatan Ramadhan. Jadi sekali lagi, ingatan untuk diri ini terutamanya … Merancanglah, walaupun ianya hanya perancangan dan tidak semua mampu kita capai kesemua yang kita idamkan. Seperti kata pepatah, kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Selamat Merancang.

p/s: Salam Rejab dan Salam Jumaat sekali lagi buat pembaca Renjuna Dot Com yang sungguh hebat sekarang ini dengan average unique visitor mencapai 150-200 hits setiap hari… Assalamualaikum

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

 

 

FINALLY …..

World Cup Final.

Dan Espanyol/Spain/ Sepanyol / La Roja ialah Juara Dunia yang baru.

Menonton perlawanan akhir Piala Dunia dengan satu family merupakan salah satu perkara terbaik yang pernah dilakukan bersama. My wife, ikhwan and ikmal woke up to be with their Baba watching the World Cup final. Eventhough, they stay-up just only for few moment sebelum boozing again, its make my tired eyes still open until the final whistle.

OK LAH, AKU TAK NAK CITER LANGSUNG PASAL GAME FINAL TU.. {sebab korang boleh baca berita internet atau baca blog-blog yang ramai penulis/pengkritik bola yang hebat-hebat belaka kat sana tuh.}

So, after about 5 mingggu penuh dengan aktiviti BOLA dan selepas 64 matches, apa yang paling significant sekali buat kamu ?

For me hanya 2 sajer. PERTAMA : Vuvuzella …. KEDUA : Demam PAUL the Oracle Octopus

Drama King : Tersangat banyak, antaranya ……

Kisah England balik awal, france players tak nak turun training, Team juara bertahan, ITALY yang terpaksa balik awal, kisah HEBAT Diego Forlan, Germany dengan young players nyer,  Kisah Messi yang tanpa golnya, Maradona dengan perangainya, Korea Utara dengan kerja lombongnya, Samuel Etoo dengan Roger Millanya, kisah vuvuzella yang bunyi macam tebuannya, kisah new hero cam Mesut Ozil, Suarez, Honda, Muller, dan banyak lagi la cerita-cerita yang menarik sepanjang Piala Dunia ini berlansung.

Sebenarnya, my target in this world cup would be to watch all the games.. tapi mata yang sepet nih, tak lah sekeras mana pun ? .. namun kalau direkodkan, maybe almost 3/4 daripada 64 games tu aku layan.. samada secara live atau siaran ulangan. Orang cakap buat apa apa tengok betul2, baik layan highlight jer sebab kat ASTRO ada kemudahan untuk itu.. tapi apa boleh aku buat, dah bola tu minat aku dari kecik.

So lepas ini, life akan jadi macam biasa menunggukan Barclays Premier League yang hanya akan bermula Ogos nanti.

Sambil … all of you out there.. SOMETHING BIG IS COMING ON … you’d better get ready

…. IT’s RAMADHAN …

So… marilah kita sama-sama melafazkan doa ini…

” Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.”

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha