Bukan suatu yang hebat apabila pulang dari suatu perjalanan yang jauh tanpa membawa sesuatu hasil. itulah yang perkara yang terakhir dalam fikiran para pemancing apabila beredar dari ‘lubuk’ tanpa membawa hasil tangkapan menuju destinasi pulang. Namun begitu hari minggu yang lepas, ekspedisi memancing di Lubuk ikan Taman Negara melalui pengkalan Jenagor, Kenyir begitu menjengkelkan rombongan kami. Apa taknya, rombongan seramai 30 orang yang semuanya dah akil baligh hanya mampu mampu memenuhi separuh tong ‘Coleman’. Berpuluh-puluh batang pancing hanya berjaya mendaratkan spesies-spesies yang hanya layak untuk dilepaskan semula bagi memelihara ekologi ikan di Tasik Buatan Manusia terbesar di Asia itu.

Perjalanan yang dirasakan agak jauh bermula dari jam 6.30 pagi waktu tempatan (di kerteh) dan hanya sampai di ‘Lubuk’ ikan di Kenyir pada jam 3.00 petang. Menempuhi perjalanan bot selama hampir 5 jam dari Pengkalan Jenagor mengakibatkan kongkongan adrenalin yang hebat apabila sampai di lubuk sementelaah lagi melihat beratus dan mungkin beribu ikan lampan menyambut ketibaan kami apabila juragan melabuhkan sauh menandakan rasminya kami tiba ke lubuk pemancing yang memang terkenal itu. Melihat persekitaran yang penuh dengan bot-bot lain yang lebih kurang 7 buah disekitar kawasan tersebut membuatkan aqal berfikir secara logik tentang keseronokan memancing yang akan dirasai nanti.

Dedak ditabur …….  kelapa sawit peram dicurah bagi mengundang species yang hebat menghampiri bot kami…..  Rod dikeluarkan…….. mata kail disangkut umpan….  gewang dingilatkan …….  HASIL = menghampakan.

Benarlah kata beberapa penulis blog yang pernah memasuki alam Kenyir… ikan yang banyak memang bukan untuk dikail dan hanyalah untuk tatapan semata-mata. Melihat sebarau dan toman dengan kibasan ekor atau badan yang lembut laksana gemalai penari zapin tradisional itu hanyalah sebagai memenuhi impian pemancing menonton pertunjukkan spesis air tawar yang boleh dikatakan jinak jika dibandingkan dengan spesis di lautan yang terkenal dengan renjutan-renjutan yang boleh melemahkan urat perut si penarik kekili.

Kejadian ikan tidak memakan umpan atau menerkam kelibat gewang bagi RENJUNA bukanlah sesuatu yang agak pelik. Ini terpalit pula dengan pemberian rezeki dari Nya. Begitu juga dengan dengan nasib sipemancing yang memang diakui boleh berubah sekelip mata. Ada yang menunggu lebih separuh hari, barulah dapat hasil seekor dan ada yang hanya menunggu dua minit untuk mendapatkan hasil yang serupa.

Kebaikan yang nyata hasil daripada ekspedisi ini ialah satu sahaja: Jikalau macam itulah pe’el ikan di Taman Negara Tasik Kenyir, untunglah generasi yang akan datang, kerana mereka akan dapat melihat beberapa spesis yang memang terancam seperti kelah, toman, tapah, baung, etc. Ikan memang akan membiak dan pemancing hanyalah mampu membaling umpan. Kombinasi yang hebat inilah akan memperbesarkan lagi ekologi hidupan air tawar di kawasan Tasik Kenyir tersebut.

Bagi RENJUNA, sebagai pemancing yang levelnya bawah lagi dari kelab semi pro yang gelanggang sebenarnya adalah di Laut, kegagalan trip pertama di Kenyir hanyalah suatu deheman yang kecil kerana adat si pemancing, semakin payah ikan untuk dipancing…. semakin kuat nafsu untuk memegang joran lagi …. trip yang lebih kecil sudah diatur…. masa telah ditetapkan….. perancangan sudah diatur….

KENYIR … nantikan kedatangan RENJUNA untuk kali ke dua…

Wassalam.

Nota :

Omongan di atas ditulis, setelah penulis membaca temubual eksklusif Mingguan Malaysia dengan Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said. Jadi penulis meminta maaf kerana bahasa yang berbunga-bunga inilah yang menjadi kehebatan bangsa Melayu. Kepada yang kurang faham, pergilah ambil peperiksaan BM Julai… Dan pada yang melihat adanya penggunaan prosa kata yang salah.. harap perbetulkan kerana RENJUNA bukanlah melayu sejati … (tetapi InsyaAllah seorang Islam yang sejati..InsyaAllah) 

 

 

Fuuuhhhh …..  dah abis rupanya … (apa yang dah habis tu ? )

Cuti sekolah la … selama dua minggu, my ayang keeps complaining yang terpaksa ‘berperang’ dengan batalion anak-anak yang sangat aktif tahap pembesarannya. Me … as usual a cool dad yang selalu lebihkan anak-anak. For me cuti sekolah is a holiday kan, mesti happy and free. I feel pity to Dina yang her teacher ( Cikgu tadika je) telah menunjukkan tahap ‘kesivikkan’ tahap tertinggi dengan memberi homework/kerja-sekolah yang almost 80 pages of Math exercise dan juga untuk subject sains. Can you believe it … it’s almost 80 pages for a kindy student.

Last night, Dina went to sleep almost 11 pm just to complete her homework which suppose to be done in two weeks time. and the reason for that unfinished homeworks are :- ( saja nak bagi alasan ni)

….TERLALU BANYAK KENDURI KAHWIN

Yaaaa .. disebabkan terlalu banyak kenduri kahwin yang dilangsungkan pada masa cuti sekolah ini, Baba dan Ummi tak dapat membantu Dina menyiapkan kerja sekolah akibat terlalu banyak travel dan berpindah-randah hotel menghadiri kenduri kahwin. Boleh dikatakan dalam masa 2 minggu ini, masa penuh yang berada dirumah sendiri ialah 2-3 hari sahaja. yang lain tu penuh dengan aktiviti rondaan di atas jalan raya dan juga di bawah khemah-khemah pengantin. Permulaan dengan perkahwinan adik sendiri Anuar vs June di Kluang dan Kota Bharu diakhiri semalam di Dewan Perdana Felda, perkahwinan anak boss saya.

Disebabkan terlalu banyak majlis perkahwinan, saya teringat satu kisah bagaimana pesan ibubapa untuk anaknya agar mencari pasangan yang original ( ori )… kisahnya bermula begini….

Pada suatu masa, disuatu kampung, Laila ( bukan nama sebenar) baru mendapat tempat di IPTA (bukan Uni.Malaya). Selepas mendaftar di First College, maka tibalah saat perpisahan antara pasangan Pak Salleh dan Mak Siti dengan anak dara mereka Laila yang belum pernah berjauhan sebelum itu. Terlanjur saling berpesan-pesan untuk menjaga diri dan maruah keluarga, maklumlah Laila ni budak yang naif tentang kemodenan duniawi ni, Mak Siti telah berpesan kepada Laila.

” Nak, mak nak pesan ni… kau kat sini belajarlah bersungguh-sungguh, nanti senang boleh tolong kami semua dan alang-alang kau dah kat Universiti ni.. carilah pasangan terus.. kalau ada jodoh boleh la kawen terus lepas belajar.. jadi senang la ngkau nanti .. Mak tak nak ngko jadi macam Ekin tu… sampai sekarang masih lom kawen, lepas ijazah nak master pulak.. terus jadi andartu ‘” begitulah bunyi pesanan Mak Siti kepada anaknya.

” Selain tu Mak nak pesan ini… kalau nak cari pasangan itu, Laila carilah yang ORIGINAL atau ori … Mak tak nak ngko cari yang palsu … sekarang macam-macam pe’el orang ada… ingat tau CARI YANG ORI…”. Sambung Mak Siti lagi menekankan agar anaknya Laila mencari pasangan yang Ori.

Jadi Laila pun sematlah pesanan maknya itu. Sambil belajar untuk mencapai ijazah, sambil mengambil peluang mencari pasangan ‘ori’ tersebut. Laila sebenarnya orang yang cantik dan ayu, maka ramailah jejaka yang terpikat kepadanya… Namun nak cari yang ori itulah masalahnya… Laila tak tahu macam mana nak menilai yang mana yang ori dan yang mana yang palsu…

Namun pada semester terakhir, Laila pun bertemulah dengan Nazrool(bukan nama sebenar jugak) , jejaka hensem dari Perak yang setelah meneliti tahap ke’ori’annya ( mengikut tafsirannya sendiri), Laila membuat keputusan Abg Nazrool memang insan yang dimaksudkan oleh Maknya dahulu. Itu lah mereka,  ’bertenet’ di semester terakhir pengajian mereka sehinggalah berjaya menggenggam ijazah masing-masing.

Setelah bekerja hampir setahun selepas graduasi, pasangan muda Laila dan Nazrool pun mengambil keputusan untuk berkahwin. Hasrat mereka dimaklumkan kepada ibubapa masing-masing yang sama-sama telah bersetuju untuk mempercepatkan majlis kawen tersebut. Itu lah kisah Laila dan Nazrool yang selepas itu selamat di ijab-kabulkan oleh bapa Laila sendiri.

Selepas majlis akad nikah, persandingan pun di adakan secara gilang-gemilang meraikan pasangan yang sama-sama padan dan cantik itu. Semua yang hadir memuji ke’kocok’kan pasangan dan sama-sama mendoakan mereka agar berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Bagi pasangan tersebut, mereka sama-sama menikmati majlis yang sungguh meriah itu walaupun dalam hati masing-masing sangat BERDEBAR menunggu malam pertama mereka.

Malam pertama yang ditunggu-tunggu pun tiba. Laila pun bersiap-sedia bagi menghiburkan Nazrool yang kini menjadi suaminya yang sah dan Nazrool pula tak sabar-sabar menunjukkan tahap ke’ori’annya kepada Laila. Maka selepas itu .. ….. jeng..jeng….jeng …jengg (sampai habis …. cubalah bayangkan sendiri yer)….

Masa pun berlalu … tik.. tik ..tik.. tik.. tikk … sehinggalah dinihari.

Keesokkan paginya lebih kurang jam 5.30 pagi Mak Siti pun bangunlah untuk menunaikan sembahyang Subuh. Semasa hendak masuk ke bilik air, tiba-tiba Laila muncul dari biliknya sambil memandang tepat ke muka Mak Siti sambil menyapanya…

” Mak…. mak ingat tak pesanan mak pada Laila sebelum Laila masuk Universiti dulu. Mak pesan pada Laila agar mencari pasangan atau lelaki yang Ori kan” . Kata Laila pada maknya.

” Ingat…. mestilah mak ingat … Jadi, macam mana Nazrool tu ?”. balas Mak Siti pada Laila untuk mengorek rahsia anaknya

” Nazrool…… Memang Original Habis Mak … Plastik pembalut pun masih ada lagi… belum dibuka lagi mak”. jawab si Laila dengan ‘confident’nya sambil mereferkan Plastik ‘Kond#m’ yang Nazrool pakai sebelum projek sebagai kaedah Perancangan Famili kerana keadaan ekonomi yang agak gawat sekarang.

—- TAMAT—–

Itulah alkisahnya Laila yang sangat Naif mencari pasangan hidup yang Ori seperti yang di pesan Maknya. Kepada pasangan yang baru berkahwin di Musim Cuti Sekolah ini. Harap anda semua mendapat pasangan yang ORI …

Akhir kata, RENJUNA ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA KEAKHIR HAYAT KEPADA PASANGAN :

  • Mohd Anuar dan Zurati ( Adik Renjuna sendiri )
  • Amran dan pasangan ( Kawan Renjuna)
  • Hanum dan Naza ( Anak Boss Renjuna nih)

 

A lot of things happened in these few days but coudn’t get my mood to write in :

  • Kelantan lost to Selangor in Final Malaysia FA Cup : Keciwaaaaaaaaaaaaanya
  • I’ve got my ACD result : Good lesson for me..
  • I am finishing my Skill Group Training : fuyyyo .. leh relax sikit pas ni
  • I’ve made my submission to this year BE Form ; Borang Taksiran Cukai Pendapatan on the last day with 2 1/2 more hours before closing date/time.
  • My friend : Tasha and Ust Hisham been blessed with newborn baby ; Congrats to them 
  • Yesterday the whole day at Kuantan… my wife keep pushing me to buy ‘kain’ for this year RAYA…. can you believe it… it’s 4 months ahead….\
  • My beloved cari makan car ” WJJ 620* happened to be like orang mengandung …. selalu sakit-sakit …. heheee …. banyak betoi kena repair.
  • A lot of new landscape decoration in my house… thanks for my wife who now has a habit to go to plant nursery and brings back all those potted plants.
  • My EOS camerra still in ‘hibernate’ mood…. ayaaa berapa kali gi Kuantan but never had a time to go to Canon Service Center..
Maybe May 2009 will bring a good mood and a good ‘quality’ time (plus good broadband connection) for me to update more frequent in this renjuna dot com………
*** it’s been 4 months already since I went back to Sri Renjuna***
Note : This is my place that called Teluk Renjuna : the BLUE colour ‘perahu’ is belong to my late father but now taken care by my younger brother….. ( picture credit to Yusri Yamin)
 

Utusan dan Berita Harian melaporkan  yang penduduk menafikan terdapatnya kasino beroperasi di kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa. Ini adalah berdasarkan laporan yang mengatakan ada segelintir yang melihat penduduk membawa peti wang tunai dalam jumlah yang banyak semasa kejadian runtuhan tanah berlaku. 

Pada pendapat Renjuna, tohmahan terdapatnya kasino merupakan satu perbuatan tidak bermoral kerana walaupun ada sekalipun, ianya bukan jaminan berlakunya tanah runtuh kerana kejadian tersebut adalah kuasa Allah yang maha Kuasa.  Sebenarnya apa-apa ang berlaku telah diceritakanNya ; contohnya saya masih teringat yang pada masa belajar dahulu, pensyarah subjek Struktur (untuk Civil Eng) ada menyatakan yang BS Standard yang digunakan semasa merekabentuk atau pengiraan kekuatan sesuatu struktur bukan-lah satu jaminan kerana seorang jurutera harus berfikir lebih luas daripada itu (think outside the box).

Kerana subjek Struktur tadilah Renjuna mengetahui yang gunung dan bukit ini diciptakan oleh Allah swt sebagai Pasak Bumi, pengikat atau penahan bagi mengelakkan bumi ini tidak stabil. Pn Rodhiah, pensyarah ketika itu walaupun memberi ingatan secara lewa, ianya kekal dalam CPU otak saya mengenai Firman Allah swt iaitu:-

“(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?”
(An-Naba’:6-7)”

“Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.”
(An-Naazi’aat:32-33)

Begitulah hebatnya Ayat-ayat yang terbitnya lebih 1400 tahun dahulu yang masih relevan untuk kita jadikan iktibar atau panduan kehidupan. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang boleh kita jadikan panduan dan antaranya ialah:-

“Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.”
(Al-Anbiya’:31)

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (An-Nahl:15)

“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.”
(Luqman:10)

Itulah antara Ayat-ayat Allah yang boleh dijadikan panduan dan mungkin ada banyak lagi dan untuk itu bolehlah bertanyakan Ustaz-ustaz.  

Selain daripada itu, kurangnya ‘Maintenance’ atau ‘Penyelenggaraan’ ; perkataan yang pada hemah Renjuna merupakan mungkin penyumbang utama berlakunya kemalangan harta benda ini. Terdapat penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa mengakui yang tidak terdapatnya pengairan yang sempurna  di kawasan tersebut. Hong Kong yang muka buminya berbukit bukau dan bergunung ganang serta mempunyai lebih banyak bangunan pencakar langit kerana kekurangan kawasan bertanah jarang mengalami kemalangan seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Telahan pula Hong KOng berada dalam kawasan lingkaran gempa bumi/gunung berapi (lebih dekat berbanding Malaysia). Betullah seperti saya pelajari ; ‘ Maintenance Matters are the last subject to be discussed during the meeting, AND the first one shall be slashed-off if company has budget constraint.

Akhir kata; Salam Takziah kepada mangsa dan semoga peristiwa ini memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. 

 

Rujukan : Petikan Ayat Al Quran dr mendidik.blogspot

 

Kudos to MP of Tumpat, Datuk Kamaruddin Bin Jaffar for his efforts to develop a sort of residential complex in islands at Tumpat. However, there are other few items need to be tackled-up by him and Deputy MB, Datuk Ustaz Mad for all the islanders there.

The issue of hygenic water supply, land erosion especially during monsoon season, a better jetty, reacreational area (no padang (except at SKPB)  or hall to do recreational activities) and many more requires further action by Yang Berhormat. This long issue still pending since I was just 10 years old kid.

Anyway, please keep up the good works and hopefully they (MP and ADUN) always be ‘Yang Beringat’ who keep remembering that they will be asked by Allah one day on what they’ve done with the authority and ‘amanah’ and they surely cannot run away on their responsibilities like our friend Mr Bala ( Private Investigator).

————————————————–

Taman perumahan pertama di kawasan berpulau di Kelantan

Lanjusoh
Sun | Jul 20, 08 | 5:06:43 pm MYT

TUMPAT, 20 Julai (Hrkh) – Sekali sekala terpias air dari Sungai Kelantan ketika bot dinaiki bergerak laju. Enjin empat bot sangkut berderum ketika menghilir Sungai Kelantan. Lokasi yang dituju beberapa penempatan, lebih dikenali sebagai pulau di mana kedudukannya terletak tidak jauh dari kuala Sungai Kelantan.

Bermula di jeti Pengkalan Kok Majid rombongan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar bertolak jam 9 pagi ke beberapa penempatan di sepanjang sungai tersebut. Ikut serta Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Ustaz Ropein Hassan dan Timbalan Ketua Muslimat Tumpat, Arniwati Sabirin bersama anggota jawatankuasa mereka.

Selain itu, Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak dan Ketua Penerangan, Mohd Nawi Adam. Sebuah daripada empat bot sarat dengan hamper dan barangan sumbangan untuk penduduk. Ikut serta Penghulu Teluk Renjuna, Mat Rani Abdul Hamid dan Penghulu Pulau Seratus, Che Dir Che Hamid.

Lokasi pertama di Pulau Beluru di mana rombongan bersarapan pagi di sebuah kedai milik penduduk. Ketibaan mereka disambut penduduk tempatan. Kemudian lokasi kedua melawat tapak pemindahan mangsa-mangsa banjir di Teluk Renjuna di mana kerja-kerja menimbun pasir sedang dijalankan.

Mat Rani berkata, kawasan seluas hampir dua ekar ditambun dengan pasir yang disedut dari Sungai Kelantan. Sebanyak 14 buah rumah akan dibina di tapak tersebut untuk diagih kepada mangsa-mangsa banjir. Setiap rumah dianggarkan bernilai RM30,000 yang disumbang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik),� katanya.

Kamaruddin berkata, pembangunan kawasan itu seperti sebuah taman perumahan yang akan dilengkapi dengan dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk. Menurutnya pembinaan kediaman jenis banglow di penempatan tersebut merupakan projek yang pertama di kawasan pulau di Kelantan.

Katanya apabila siap sepenuhnya projek itu ia menjadi taman perumahan pertama di Kelantan yang dibina di kawasan pulau. Projek tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Maik dan kerajaan negeri akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di pulau Teluk Renjuna. Malah ia boleh dimajukan dengan sektor pelancongan yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada penduduk tempatan,ujarnya.

Pada lawatan sehari tersebut Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS mengagihkan sumbangan kepada penduduk di Pulau Beluru, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Tokang dan Teluk Renjuna.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha