Sebentar tadi baru balik dari melihat dan melawat orang susah sambil memberi sedikit bantuan. Walaupun tak seberapa, ianya diharap dapat meringankan sedikit beban. Derma daripada rakan taulan diharap Allah sahaja yang membalasnya. Lebih kurang 20 famili diberi hamper dan duit raya.

Sepanjang ‘walkabout’ tadi kadang-kadang terfikir jugak, ramainya orang susah kat dunia nih.. terlintas jugak apa yang kerajaan buat nih, tak nak tolong ker kat diorang yang susah ni.. bukan banyakpun, kan beli kapal selam pun boleh, buat masjid kristal pun boleh,  takkan rumah sebijik ( kecik jer nih) pun tak boleh nak repair atau buat baru.

Namun apabila sekali fikir lagi, ini salah kerajaan ker salah kita masyarakat sekeliling atau paling trajisnya mungkin ini ialah salah KITA/SAYA/AWAK… kita makan sampai tak berhabisan.. kalau kat rumah tu, sampah kalau bulan Ramadhan lebih banyak daripada bulan biasa. Makan sampai 2-3 lauk.. diorang … makan ke tak sebenarnya?

begitu jugak rumah… kita ada macam-macam kat umah tu, tapi diorang, angin sikit pun mungkin dah bergoyang rumahnya..

So… banyak jugak la moral yang boleh diperhalusi tadi… untuk diri sendiri khususnya

Nota Kecik : InsyaAllah… konsep Infaq ini tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadhan sajer..

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha