Aku pun dah tak ingat berapa lama aku tak update blog ni.. dan ianya bukan disebabkan oleh sindrom kemalasan atau ketidakcukupan masa melayan sinetron melayu AdaMaya hari tu, tetapi ke’brengset’-kan Celcom Broadband aku mendajalkan segala-galanya.
Tapi kini semuanya telah kembali seperti sediakala, dan Renjuna sudah boleh bersiaran seperti sebelumnya ( tapi itupun kalau web-hosting dapat direnew dalam tempoh yang terdekat). So apa yer topik yang terhangat sekarang….. MENTOR dengan Ziana mencari protege barunya kah ? … TIDAK ; atau Shahir yang menang AF8 dengan penggunaan status ‘SUCI’ nya kah ? JUGA BUKAN …. jadi apa yang paling hot sekarang yer…
Tidak lain dan tidak bukan ialah BOLA… atau FOOTBALL kata orang puteh atau SOCCER kata geng2 Uncle Sam. Sempena dengan Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi, maka Renjuna dengan ini mengistiharkan yang Topik yang akan paling banyak berlegar diruangan renjuna.com ialah pasal BOLA dan yang sewaktu dengan … Jadi kepada para pelawat yang ada bola-phobia, sila jauhkan diri anda dari kawasan ini termasuklah jika anda ingin mencari kisah atau video 3gp pasal BOLA dalam seluar .
Memandangkan hari ni ialah hari ahad dan biasanya penulis tak bertauliah macam aku rehat daripada berkarya pada hari ini.. maka entry ini akan ditamatkan setakat ini kerana terdapat satu HIPOTESIS yang boleh dibuat semalam (awal pagi tadi) yang jikalau bolasepak Malaysia ingin maju dan dapat mara ke Piala Dunia, maka DS Najib perlulah berjumpa dan seterusnya meng-hire JOse MOurinho kerana hanya dengan beliau sajalah yang mampu merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat Skuad Harimau kita bertarung di Piala Dunia… atas sebab-sebab..
Renjuna percaya yang tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia (Termasuk reporter Rizal Hashim dan geng-geng Sokernet) dan semua warga peminat bolasepak ( kecuali geng2 Inter ) yang berani meramalkan yang Inter Milan berjaya merangkul kejuaraan Ketiga-tiga-an (Treble) pada tahun ini…
Sebagai tanda respect dan hormat , maka Renjuna ingin TABIK SPRING ( spring Tilam Vono) kepada Saudara Jose Mourinho kerana melengkapkan kejuaraan Ketiga awal pagi tadi dengan membenam Bayern Munich 2-0 di Bernabeu.. KUDOS to Jose..
Follow me on Twitter
Bebelan….