Setelah protes ‘PROTES’ yang dirasakan kurang umpph tempoh hari, diharap pimpinan Pakatan Rakyat dapat bersama-sama memikirkan satu hala tuju yang baru (atau menetapkan satu garisan yang jelas) tentang perjuangan sebenar yang mahu diharungi bersama-sama. Ini penting kerana perjuangan yang menuju matlamat yang sama tanpa menyinggung hati dan perasaan pihak-pihak yang lain merupakan tunjang perjuangan yang sebenar dan bukannya hanya untukmemuaskan hati pihak-pihak tertentu sahaja.
Setelah membaca komen Sdr Nik Abduh (sila klik sini), saya juga dapat merasakan apa yang beliau rasa. Perenggannya yang terakhir mempunyai makna yang cukup dalam dan saya pun lebih kurang setuju dengan pandangannya. Berjuang dengan mengekori kelibat yang lain umpama mendapat pingat emas olimpik tetapi posisinya hanyalah pemain simpanan yang tak pernah diturunkan sepanjang permainan. Suka tetapi benak hati ada berbaur perasaan duka.
Tetapi adakah perlu untuk kita membuka alternatif lain bagi mencapai erti sebuah kejayaan dalam perjuangan. Jawapannya adalah ya dan tidak. Ya sekiranya jalan perjuangan yang asal jauh melempang dan tidak sekiranya perjuangan masih selari dengan matlamat asal yang amat memerlukan perhubungan secara ‘simbiosis’ antara pasukan.
Mahukah kita melihat perjuangan bersama yang kita sudah nampak putiknya dan InsyaAllah dengan izin Allah akan mengeluarkan buah tak lama lagi akan musnah seperti jatuhnya kesultanan melayu Melaka (yang sampai sekarang tak ada Sultan) atau silapnya strategi yang menjatuhkan Enron yang boleh dikatakan korporat yang sangat unggul pada zamannya.
Jawapannya, terserah kepada anda semua kerana ianya berada dalam hati masing-masing.. bukannya pada mata, bukan pada nafsu, bukan pada akal tetapi pada hati kalian~ bak kata Kumpulan Nasyid Hijaz
Follow me on Twitter
Bebelan….